Saturday, December 26, 2009

Alhamdulillah


Alhamdulillah..segalanya telah berakhir...dan tahun baru ini mmbawa sinar baru dlm kehidupan ku....syukur tak terhingga pada mu ya Allah...kini impian bukan lgi ilusi dan aku tidak lagi berdelusi..insyaAllah segalanya akan menjadi kenyataan...trima kasih utk insan yg tersyang masih menerima dan memahami dri ini...trima kasih banyak....

Thursday, November 26, 2009

Salam AidilAdha buat semua



Salam aidiladha buat semua sahabat2 yg mengenali diri ini atau tidak...setiap insan yg hidup pernah berkorban dan terkorban...

Semoga segala pengorbanan yg kita lakukan selama ini mendapat keberkatan dari Allah...

Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap..Berkorban zahir dan batin demi agama bangsa dan negara..(ni quote abg syah..hihi)

Tuesday, November 24, 2009

Kehebatan Surah Al-ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim
'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahim
'Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... .
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'.
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran...
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...
Sabda Rasulullah SAW lagi:Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Sunday, November 8, 2009

Aku Redha..Aku pasrah Ya Allah


Ya Allah..terlalu berat ujian Mu ini..
Namun aku yakin tentu ada hikmahnya..
Walaupun tak terdaya aku memikulnya..
Tapi aku yakin bahawa Kau tidak akan menzalimi hambamu..
Ujian2 yg Kau berikan mmpu digalas hamba2Mu..
Namun Ya Allah..
Aku lemah tak berdaya..
Bantulah hambamu ini Ya Allah..
Andai perjalanan hidupku begini liku2nya..
Kau tabahkanlah hatiku menempuhinya..
Andai pengajianku tamat disini..
Kau redhakanlah aku menerimanya..
Berikanlah aku kekuatan menghadapi segalanya..
Andai kehidupan ini perlu aku lalui sendirian tanpa sesiapa disisi ku..
Kau berikan aku semangat menghadapinya..
Andai dia masih lagi utk Ku..
Kau permudahkan urusan kami Ya Allah..
Andai dia bukan lagi milikku..
Kau redhakanlah hatiku..
Ketahuilah saat ini aku tidak mengharap cinta manusia lagi..
Aku hanya mengharap cintamu Allah..
Ya Allah...andai ini kafarah atas dosa2 ku..
Aku terima Ya Allah..
Namun aku hanya insan biasa..berikanlah aku kekuatan..
Tabahkan hatiku..Lapangkan fikiranku..tenangkan jiwaku
Ya Allah andai ini takdir ku..Aku pasrah dan aku redha..
Aku terima segala ketentuanmu Ya Allah..
Hanya pada Mu aku berserah..Ya Allah..
Kuatkan imanku Ya Allah..
Menghadapi segalanya..
Permudahkanlah segalanya..
Amin ya rabb

Tuesday, October 27, 2009

imtihan lg...huhu


Imtihan dtg lg...huhu namun kali ni mampu ke 'saya' menghadapinya dgn baik..huhu preparation lngsung xda ni...huhu ni la akibatnya kalu xda mood nk blaja..huhu..subjek killer smuanya..walaupun cuma 4 paper dari 8 paper tp 4 paper tu paper yg pening kpala dibuatnya..huhu dhla dkat2..mmg biol..doakn boleh jawabla...huhu

28/10 (sok ni) - Sociology & Anthropology of Food ( den x fhm lngsung pokobondo nyo ni)
9/11 - Nutrition (okla kot..tp bnyak jgk nk kna bca)
10/11 - Biochemistry )ni lg hampeh..lg x fhm)
12/11 - Anatomy & Physiology (ni plg killer..dhla bnyk nk kna bca..fhm pn ciput jer..)

p/s: habib busuk syg..doakan isterimu ini...doa restu mu mngiringi perjuangan ku...syg dh poning ni bang oi...habib arini mkn kat luar yer... :-p

Sunday, October 25, 2009

6 bulan berlalu..namun....


Hari in genap 6 bulan diri ni melayari bahtera khidupan berdua...zahirnya nmpk berdua namun hakikatnya diri masih sendiri dan tetap akan sendiri mengharungi dugaan dan cabaran kehidupan...aku rasa aku bukan hampir berputus asa tetapi aku sudah berputus asa..aku tidak mampu lg melihat jalan keluarnya...biarlah aku sendiri..

Ya Allah tabahkanlah hatiku menghadapi dugaan Mu ini...Aku redha dengan segala ketentuanmu..

Aku berlindung dengan Allah meneruskan kehidupan
Bukan ku menjauhi..tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali,
Aku disisih dan dibuang ketepi,
Malah aku tidak dipeduli..
Allah Maha Mengetahu yang ada dihati
Biar Dia menentukannya..
Ku redha dan sedia terima
Yang tertulis dalam kehendakNya...



p/s :- mohon maaf pada semua kerana entry akhir2 ini bnyak luahan perasaan..insyaALLAH akan kembali spt biasa...

Saturday, October 17, 2009

Hancur pilu dan luluh hati ini


Tidak dapat digambarkan hancur pilu dan luluhnya hati ini semalam...hanya air mata yg menemani diri dari ptg semalam hinggalah membawa ke hari ini..aku tidak tahu dimana silap ku...adakah aku terlalu berkeras?adakah aku trlalu mngikut perasaan ku?tapi bgi ku apa yg ku perkatakannya kepada adalah dri lubuk hatiku..apa yg aku pendam slama ini...pa yg aku rasa selama ini...slahkah aku meluahkn apa yg aku rasa???aku trlalu bnyak beralah sblum ni...knp msti sentiasa aku yg harus mengalah..adakah kerana status ku yg x menentu membuatkan aku harus menglah dlam setiap perkara???jika ya smpai bila keadaan akan berterusn mcm ni??

hati dan perasaan aku tiada siapa yg peduli...dia hany mnjaga perasaan disana..tapi aku hanya dibiarkan merawat luka di hati sendirian tidak berteman...hati dan perasaan ku dibuang bagai sampah yg tidak berharga...kesabaran ku ada hadnya kerana ku hanya mnusia biasa bukan malaikat...aku insan yg lemah..kesakitan hati ini blum lg terubat dan aku kira akan mengambil masa yg sgt lama kerana dia telah melakukan sesuatu yg x pernah aku sangka dan x pernah dia lakukan sepanjang 20 tahun hidup bersama dgn disana...aku bukan sekadar terkilan dgn tindakannya tp sedih dan luka yg teramat sgt...sehingga saat ini blum ada khabar darinya..

aku pasrah mungkin perjalanan ku hanya setakat ini..aku pasrah aku redha..aku tidak sangup lg dipermainkan dan dijadikan boneka tidak berperasaan...aku punya perasaan dan hati dan yg pling penting aku juga pny harga diri...andai ditakdirkan aku sndri aku redha dan pasrah walaupn terlalu pedih dgn knyataan itu..walaupun aku juga akn merana sepanjang hidup ku..aku trima andai itu yg trbaik untuk dia dan semua..biarkan aku mengubat luka ini sendrian walaupn aku sedar aku tidak mampu melakuknnya kerana dia trlalu aku syangi dan sgt brharga dlm driku...

~luahan hatiku~
17/10/09

Saturday, October 3, 2009

Cinta, Kekayaan,Kecantikan,Kesedihan,Kegembiraan ( Part2)

Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan.

Lalu ia berdoa kepadaTuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat- cepatCINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"


renunglah selalu HATI kita..kerana ia merupakan sumber kebaikan dan kejahatan..wadah kekufuran dan keamanan..rebutan antara malaikat dan syaitan.HATI..perasaannya halus,sentuhannya tak terasa..tetapi memberi kesan mendalam dalam kehidupan kita..


Monday, September 21, 2009

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa akhirnya tiba hari kemenangan..tibanya Aidilfitri bermakna ramadhan juga kita tinggalkan...Sayu rasa di hati mengenangkan ramadhan yg telah peri..mungkinkah diri ini akan bertemu dengan ramadhan lagi??

Syawal kali ini juga memberi seribu makna kepada ku..Syawal ini merupakan syawal yg pertama diri ini bergelar isteri kepada sang suami..Terasa kelainan di syawal kali ini..Perasaan dialami bercampur baur..mengenang keluarga mentua nun jauh di seberang..di tanah jiran Medan,Indonesia..Gembira,sedih,sayu semuanya bercampur aduk..Kerap kali juga air mata ini gugur pada Syawal pertama kali ini..

Hari ini masuk hari raya yg kedua..Diri ku masih kurang sihat..Semenjak semalam demam melanda diri..dan hari ini ditambah dgn muntah2...huhu..Jadi hanya berehat dirumah sambil menyiapkan assignment dan jgk prepare utk test bila naik cuti nnt..huhu..Sedih jugak kna tinggal..

Belum terlewat rasanya utk mnegucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua sahabat2,teman2 dan sesiapa juga yg mengenali diri ni dan juga suami..


Kami berdua menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai tersilap kata terkasar bahasa terguris hati dgn perbuatan kami..Semoga amaln di bulan ramadhan diterima olehNYA..amin..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, August 31, 2009

Cinta, Kekayaan,Kecantikan,Kesedihan,Kegembiraan ( Part1)

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda- benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. "KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat
dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.

Tuesday, August 25, 2009

Nukilan dari My Habib


Jauh ku renung

di jendela kehidupan

kabus-kabus dosa semalam

dalam kesamaran alpa dan leka

keseronokan yang hanya sementara

ku hitung mencari pengertian

masa yang terbuang kosong

ilmu yang sepi tanpa amalnya

usia yang merangkak tua tiada ibadah

walaupun diri sebenarnya berjasa

tanpa ku sedari

rintik-rintik penyesalan jatuh jua

dalam muhasabah diri

di penghujung sebuah kenangan

menadah tangan memohon pedoman-nya

bagimengisi ruang-ruang pengampunan

lalu hati menjadi gentar akur dengan keagungan-nya

atas jalan kembali ini

memanjat kesyukuran penuh sayu

bersama gerimis keinsafan


p/s: tq abg meingatkan sayang...x sangka jugak ek abg ni pandai tulis puisi rupanya..luv u

Ramadhan Kareem


Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga utk 'saya' mengupdate blog ni setelah lama bersawang...terlalu bnyak sbnarnya ingin dicoretkan disni..tp x tahu dimana ingin dimulai..Hari ni genap 4 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa..rasanya blum trlalu lewat utk 'saya' mengucapkan kepada smua pmbaca blog ni "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN".

Hari ni merupakan puasa ke2 'saya' di kampus puncak alam..wlaupun rindu nk brbuka bersama dgn habib tpi atas tuntutan tggungjwb terpaksa la jgk berjauhan dan buka sama dgn shbt2 disni..tp jgn risau hari khamis ni smpai isnin sy di rumah..yey..x sabar nk blik khamis ni..p/s:-abang kita buka di luar ye..heheh :P

semoga kedatangan ramadhan kali ni mmbwa keberkatan dlm rumahtangga kami dan juga kepada semua umat Islam di dunia..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA &
MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

JANGAN CURI2 ..... JANGAN KEJA ..... JANGAN BUAT ...... JANGAN ASIK ......

JANGAN ASIK BANYAK2 LA BERSABAR...... MESTILAH SENTIASA .........

Saturday, July 11, 2009

Update..update


Alhamdulillah 'saya' telah mendaftarkan diri di Uitm dlm nk x nk dlu...tp kena la jgk kn..huhu tp rupanya 'saya' hrus ke puncak alam sbb fkulti 'saya' di sana...dlm hati hnya ALLAH yg tahu mcm mana x sronoknya kna naik ke pncak alam...perjalanan ke sna melalui ladang klapa sawit..dlm hati 'saya' brkata ni cnfirm kampus ulu banat...mmg btul telahan 'saya' kampus berada di atas puncak bukit..

'saya' mula rasa x tnteram sbb habib sush nk dtg ke sni dgn keadaan mto yg agk uzur...hti menngis..tp sbnrnya bkn hati je ngis..'saya' pn ngis jgk..huhu (malu plak)..tp mmg btul dlm suasana yg baru kmdhan lgsg tiada..byangkan bank pn xda..abes tu cmner nk kuarkn duit???dh la tu mknan kat sna pn sgt la mahal...ada ke patut nasi ayam harga dia RM 5.30??? agak2 la..kami ni student..mkn mmg sush kat situ...

pd awal 'saya' agak sush nk sesuai kn dri..sbb kmdahan lgsg xda...bas nk trun ke bndar pn xda..hai cmne la den nk balik umah ni..tu 1 hal..internet pn xda kat sna..line phone pn kjap da kjap xda...haihlah..cmno den nk survive 4 thn kat sne ni.. awal2 slalu cal habib ngis dgn habib..so bg mnegubat kerinduan pd habib stiap mgu 'saya' balik..nasib baik jgk 'saya' xda klas hr jumaat..so hari khamis dh blh blik..yey..

so...blog ni pn bkl mglami kekurngan updatenya..mungkin smgu skali la....huhuhu ok da..da

Sunday, June 21, 2009

buat ayahanda2 ku yg tersyg


Hari ini 21 Jun 2009 seluruh Malaysia menyambut HARI BAPA..wlaupun sbnarnya x perlu pun satu hari yg khas untuk menyatakan rasa kasih dan sayang kepada sorang bapa tapi bgus juga sebabnya kdg2 kita ni terleka dan terlupa pengorbanan sorang ayah yg x kurang besarnya dgn seorang ibu..

Jasa seorang bapa tersgt la besar..mencari rezeki nafkah utk mmbesarkan anak2 dan utk keluarga yg tercinta..Jadi bersempena HARI BAPA hari ini 'saya' pn nk ucapkan kepada ayahanda2 'saya'..(jgn x tau bnyak ni ayah..) So buat ayahanda2 'saya'


Azman b Abd Aziz ( ni ayahanda 'saya')
:
Kasim ( ni ayahanda mertua 'saya')
:
Barmawi b Kasim ( ni zauj 'saya' bakal ayah..heheh)
:
Zaid b Kamarudin (babah..ayah angkat)
:
Mohd Yatim b Dolir (ayah angkat gak ni)
:
dan buat semua yg bergelar ayah di dunia ni...

JasaMu dikenang..Terima Kasih atas segalanya..Love all of you..

Thursday, June 18, 2009

Kasih Sayang Sesama Saudara Seislam (Part 1)


C Mencintai orang lain sebagaimana mencintai diri sendiri. “Tidak beriman salah seorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” ( HR Bukhari & Muslim ).

C Menyukai perkara yang disukai dan membenci pekara yang dibenci orang lain sebagaimana dirinya menyukai dan membenci perkara berkenaan. “Perumpaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang sesama mereka seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh akan merasa sakit. (HR Bukhari & Muslim).

C Tidak menyakiti orang lain dengan perbuatan atau perkataan. “Seorang muslim adalah orang yang muslim lainnya selamat dari gangguan lidah dan tangannya.” (HR Bukhari & Muslim).

C Bersikap tawadhu’ kepada setiap orang dan tidak sombong kepadanya. “Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku hendaklah kamu tawadhu’ sehingga tidak ada orang yang membanggakan diri kepada orang lain. (HR Abu Dawud & Ibnu Maajah).

C Tidak bersikap menyampai-nyampai berita atau fitnah kepada orang lain. “Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba.” (HR Bukhari & Muslim).

C Jika marahkan seseorang, hindarkan sikap tidak mengendahkan lebih daripada 3 hari. “Tidak boleh seorang muslim menghindari saudaranya lebih 3 hari,keduanya saling bertemu dan saling berpaling. Sebaik-baik orang diantara keduanya adalah orang yang memulai mengucapkan salam.” (HR Bukhari & Muslim).

C Buat kebaikan kepada setiap orang Islam semampu kamu tanpa membezakan sesiapa. “Abu Hurairah r.a berkata bahwa Rasulullah s.a.w tidak pernah berbicara dengan seseorang melainkan baginda menghadapkan wajahnya ke wajah teman bicaranya lalu Rasulullah tidak akan berpaling dari wajah seseorang sebelum selesai bicaranya.” (HR Ath-Thabrani)

C Tidak masuk ke rumah orang lain tanpa izin. Jika sampai 3 kali tidak diizinkan, batalkan hasrat itu. “Meminta izin itu 3 kali. Yang pertamanya untuk menarik perhatian tuan rumah, keduanya memperbaiki, dan ketiga agar memberi izin atau menolak.” (HR Bukhari & Muslim).

C Sopan kepada setiap orang mengikut kesesuaian keadaan. “Hindarilah api neraka walaupun dengan separuh kurma. Lalu sesiapa yang tidak memilkinya, maka dengan perkataan yang baik.” (HR Bukhari & Muslim).

C Menghormati orang tua dan menyayangi anak-anak. “ Tidak masuk dalam golongan kami orang yana tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak kecil.” (HR BUkhari & Abu Dawud).

C Selalu memberikan kegembiraan dan bersikap lembut. “Tahukah kamu kepada siapakah api neraka diharamkan? Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui.” Lalu Rasul s.a.w bersabda, “Kepada orang yang lemah lembut, yang selalu memudahkan, dan selalu akrab.” (HR Tirmidzi)

C Janganlah berjanji kecuali bermaksud menepatinya. “Tiga hal yang ada pada diri orang munafik, apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari & Muslim).


Lemah atau Lembut Wanita


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.... ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam.....


Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju


Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita... .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar


Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,


Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI"

Tuesday, June 16, 2009

Dilema yg Membelenggu Diri


'Saya' x tau la perkabaran yg 'saya' terima hari ini mnggembirakan atau sedih...nak kata 'saya' gembira x jgk..nak kata 'saya' sedih pn x jgk..abes pa yg 'saya' rasa ni..( maafla ya ayat belit2..sama dgn fikiran yg tgh terbelit..huhu) sebenarnya 'saya' tau pkara ni akan muncul jugak akhirnya..walaupn cuba menolak tapi x boleh..huhu

hari ini on9 then lydia comment dekat friendster ckp keputusan kemasukan ke uitm dh kuar..so dh blh check..'saya' pn dgn x berapa nk berdebar pn check la keputusan samada 'saya' dpt ke x..dan keputusannya...............'saya' berjaya menempatkan diri di uitm shah alam dgn ditawarkan kursus " science nutrition and dietetic"..tempohnya selama 4 thn..dan apa yg membelenggu di hati samada nk pegi sambung ke x ni??

bila 'saya' tny sahabat2 yg lain mcm mana dpt ke x..jawapan yg diterima sgt mengejutkan...ramai sahabat dr klas 'saya' x dpt tempat kat uitm..apa ni??kata cnfirm dpt tmpat kat uitm sbb kolej bersekutu..blh dikatakn pelajar sains kat kolej 'saya' batch 'saya' x dpt tmpat..bila difikrkan keadaan ni 'saya' rasa rugi plak kalu menolak..sbb pluang hny dtg sekali..

tapi kalau 'saya' menerima prospek kerjaya utk bidang ni ada ka?sbb menurut kata seorg shbt 'saya' agak sush nk dpt keje..so kalu mcm tu 'saya' akan buang masa,duit dan tenaga kalu akhrnya nnt kuar dr uitm x dpt keje..adoi..tambah 'saya' tidak diberi kemudahan asrama dan juga terpaksa berjauhan dgn suami tercinta slama 4 tahun..huhu..

bila diberitahu kepada suami tercinta tentang tawaran ni..dia sruh 'saya' pegi..dan bila 'saya' tanya jgk kepada org2 yg 'saya' percaya dan juga rapat dan sentiasa dihati smua memberikan jawapan "pegila sambung".. ada jgk yg syorkan tukar course..ntahla..namun hati ini masih berbelah bagi antara nak atau tidak..

'saya' masih blum memberikan jawapan lg..jika merima 'saya' harus mendaftar pd 4hb Julai ini..sesuungguhnya 'saya' blum bersedia utk berjauhan dan berpisah dgn suami tercinta jg anak yg tersayang dan juga 'adik ipar' tersayang..huhu

Ya ALLAH bantulah hambamu meleraikan kekusutan yang melanda diri ini..berikanlah aku petunjuk Mu yang manakah terbaik bg ku.. Amin..

Tuesday, June 9, 2009

1st Award..

1st award ni dpt dr atikah a.k.a alang atie..seb
narnya 1st time jgk dpt tag ygmcm award ni..heheh.ok meh kita tgk awardnya..erk..kna jawab soklan jgk ka..kalu x jawb x blh?huhu..
a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" diatas untuk diletakkan di blog anda



b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
~ Atikah a.k.a alang atie..Full name die Atikah bt Hatta..kenal die time skolah rendah..satu kelas tp x igt la time drjah brapa..time drjah brapa ek atikah?huhu..last jumpa die terserempak dkat dpan 7 eleven kat area kolej..rasanya time tu die dgn arif kot..heheh sempat bual kejap ja then tukar no phone..heheh die ni sorang yg cute dan sgt ske politik..ikut jejak langkah ayah ek..heheh pa lg ek..hmmm MySpace skunk ni die dh jd cikgu heheh..so kna pggl cikgu atikah la..heheh =)

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri
erk...10 fakta/ hobi..alamak pa ek...jap2 pkir..huhu haaa...

1. sgt la suka pd kucing..sbb kucing ni tersgt la comey...x caya tgk ni..MySpace haa..comey kan..kat umah ni dulu bnyak kucing smpai 20 ekor..tp skrg dh tggl 4 ekor ja..yg len ilang..huhu sedeh.. =( tp sbnarnya x blh main kucing pn wlaupn suka dgn kucing sbbnya allergis dgn bulu kucing cnfirm bersin pas main kucing..huhu

2. mempunyai seorg suami yg trsgt la baiknya..sbar sungguh melayan kerenah 'saya' yg mcm2 ni..huhu ( tq ya habib )..hehe alhamdulillah dikurniakn kpd 'saya' seorng insan spt dirinya yg blh mmbimbing diri ini ke jln yg diredhai..

3. aktif sbarnya dulu dlm bersilat...silat cekak hanafi..tp skrg ni dh kurg skit la..kurg skit ker mcm kurg bnyak jer..huhu..adoiai nk buat cmne keadaan x mgizinkan..tp kalu da wajadiri nk join jgk x kira..heheh

4. mempunyai seorg chaya mata yg x dpt dijaga spnuhnya..seorang bayi lelaki yg lahir pd 1 april..diberi nama abid baqir syah badian syah..huhu skrg brada bersama walidnya di alam yg sukar utk digapai oleh manusia biasa.. (camna ya tu..cam seram jer..) tp walau apa2 pn hubungan ank dan ibu xkn terpisah..insyaALLAH tetap berusaha utk menjaga baqir..ummi dan ayah syg baqir..

5. sgt la suka camping dan aktiviti lasak..dulu mmg tersgt la kerap wat aktiviti ni tp skrg disebabkn keadaan dan kondisi badan yg x mengizinkan maka aktiviti ini pn terkubur begitu shj...mmg teringin nk wat balik aktiviti ni..so kna tggu la smpai keadaan mengizinkan..

6. dh ada hobi baru..erk blh kire hobi ke ek..huhu ikut my habib g memancing..actually memancing ni hobi my habib..hehe tp kalu teman kan pn blh kire jgk la kan mcm hobi..hehhe lalalala..

7. haha ni plg best..hehe 'saya' suka sgt tgk cter detective conan..hehe bestla cter dia..hehe smpai akhi azrul pggl 'saya' budak2..hehe x kira nk tgk jgk cter conan ni...

8. suka pggl habib dgn nma bmw..hehe apa bmw ni cari la sndri..hehe mcm jnis kreta plak kan..ni us adi 'adik ipar' tersyg la mula dulu..'saya' ikut ja..cam sdap pggl bmw hehe.. ( habib jgn mara ek.. ) tp kekadang pggl jgk my habib dgn pggln b = hubby n yg plg besa abg la..huhu

9. 'saya' sgt la suka gigt ais makan ais..org minum air sjuk tp 'saya' air tu skit ja yg bnyak dlm cawan ke gelas ke cnfirm ais..hehe habib slalu mrh ckp sygla gigi tu..adoi tp x blh nk buang habit ni..dr skolah rndah lg dh gigit ais..huhu..

10. ni rumah impian kami berdua..'saya' dan habib..rumah yg ada dewan mkn ada surau sendri dan ada ruang aktiviti utk anak beranak..after subuh dan mghrib akn ada kuliah atau tazkirah yg habib sndri akan bg..solat jemaah bersama..bilik utk anak2 sorg satu..mkn ramai2 sama2 kat dewan mkn..moga impian kami tercapai...

huh..siap jgk 10 fakta..huh jnuh nk pkir ni..hehe..

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda




erk sapa ek 6 org

~ lina 
~ mira
~ cicah
~ muzaffar
~ azrul
~ asma'

Sunday, June 7, 2009

Nasihat Imam Shafie dalam Persahabatan ( part 2 )

SUKARNYA MENCARI SAHABAT SEJATI

ØTenanglah engkau dalam dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang imam dalam menghadapi seorang manusia.

Ø Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan peroleh kebaikannya.

ØSepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temui di dunia ini sahabat sejati.

ØKu tinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang mulia kerana kebaikkannya yang sedikit.

 

SAHABAT SEJATI PADA WAKTU SUSAH

ØKawan tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

ØTidak ada yang abadi dan tidak ada kawan sejati kecuali yang menolong ketika susah.

ØSepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara tapi tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

MENJAGA NAMA BAIK

Ø Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan padanya.

Ø Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

ØDalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Ø Tidak semua orang yang kau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Ø Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Ø Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat keran dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Ø Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.