Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan.
"Senyum Mujahidah Memburu Syahid"
Tika kau lemah..jadikan ALLAH sbg tempat utk meluah rasa..Tika kau goyah,kau perlu kuat kerana kau pembawa agama..Tika kau rebah,kau harus tabah kerana kau mujahidah muda
Tuesday, January 24, 2012
peringatan buat saudaraku
Posted by abid at 17:34 8 comments
Labels: Muhasabah
Dunia Hanya Sebentar
قُلۡ مَتَـٰعُ ٱلدُّنۡيَا قَلِيلٌ۬ وَٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظۡلَمُونَ فَتِيلاً
...Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.
Posted by abid at 17:18 2 comments
Labels: Muhasabah
Wednesday, December 28, 2011
Panduan untuk mereka yang diuji
| Hadith : |
| Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.” Riwayat Ibn Abi Dunya |
Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah
antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan
keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal
emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua
mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan
bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya
daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan
dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang
itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam- macam.
Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan
lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang.
Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara
yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama
atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri
jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.
Posted by abid at 18:43 4 comments
Ular yang tidak berdosa
mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu
mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".
Posted by abid at 18:34 3 comments
Labels: Muhasabah
Sunday, December 18, 2011
SEKADAR RENUNGAN

Siapakah orang yang sibuk?, Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Posted by abid at 11:30 6 comments
Labels: Muhasabah
Thursday, December 8, 2011
Perjalanan seorang insan
Walaupun kisah sudah berlaku 6 bln yg lepas, namun ana tetap nk juga bercerita..hehe..Perjalanan melahirkan seorang insan di muka bumi ini...bukan mudah untuk bergelar seorang ummi namun dengan berbekalkan semangat ditambah dengan dorongan suami, pengalaman bergelar seorang ummi merupakan suatu saat yg paling manis dlm kehidupan....
Perjalanan kisah bermula pada pg 25/5/11 lebih kurang pkul 10.00 pg terasa ada darah mengalir...perasaan takut menguasai diri ditambah waktu itu berseorangan di rumah..terus call hubby minta balik ke rumah...sampai di hospital cek masih blum terbuka tp darah yg keluar agak byk...so kena tahan di wad..scan balik di wad rupanya uri di bhgian bawah..
2 hari berikutnya pendarahan berhenti namun ana terpaksa di tahan di dlm wad memandangkan keadaan uri di bawah...kalu ikut bhs perubatannya PP type 2..memandangkan waktu itu kandungan bru 33 minggu so dr nk scan blik bla 34 mggu nk tengok kedudukan uri..kalu masih di bawah bermakna kena operation..namun kuasa Allah mengatasi segalanya..lbih kurg pkul 1 pg 1/6/11 ana bleeding balik..so pg tu terpaksa puasa sbb tkut trpksa buat emergency cesarean..tp alhamdulillah ptg drh berhenti..so ptg tu blh la mkn blik...so lega la...tp tnpa disangka pg 2/6/11 sekali lg pendarahan berlaku..kali ni mmg byk smpai katil pn bsh...so pg time dr round wad dr cdgkn ana dipindahkan ke HDU..HDU ni wad intensive care la..so seorang nurse akn jga ana spnjang masa..Dlm 30 min sekali nurse dtg cek..pkul 6.15 ptg ana mula rasa sakit contraction..nurse pn cek tkut slh kn huhu yela first time mengandung..huhu bila nurse cek so mmg btul contraction so 6.48 ana dibedah..
perasaan masa tu hanya Allah je yg tahu..sbb hubby xda kat sebelah..time tu pulak kereta rosak...so sblm masuk bilik bedah tu x jmpa hubby lgsg..perasaan takut gementar dan mcm2 la..tambah plak hubby xda..so msa dlm bilik bedah tu rasa cam nk ngis je..huhu bila nurse tenangkn ana so perasaan gementar kurg skit..operation lbih kurg 30min...waktu ana dengar suara tangisan si kecil mengalir air mata...Akhirnya seorang lg hamba Allah selamat lahir ke dunia..Subhanallah..hilang segala perasaan takut dan gementar...hanya kegembiraan menyelubungi jiwa..
Disebabkan baby lahir x ckup bulan so dia terpaksa di pantau di NICU..nasib baik tak masuk dlm incubator sbb brat dia ckup..2.2kg..so just nk pantau kesihatan dia baik or x sblm blh bwk balik..alhmdulillah segalanya berjln dgn lancar..baby hari ke-4 smkin sihat n blh bwk blik..dan sekarang NURUL ARIFAH BARMAWI semakin membesar dgn sihat dan riang...terima kasih kepada smua sahabat2 yg dtg melawat sewaktu dlm pantang..dan sentiasa memberi semnagt...jazakumullahu khairan kathira..
Posted by abid at 19:50 3 comments
Labels: penyejuk mata penawar di hati
Setelah sekian lama

Alhamdulilalh setelah sekian lama menyepi hari ini ana akan kembali menulis...Sudah sekan lama blog ini usang, terbiar suram muram lantaran kekangan masa membuatkan ana tidak menulis untuk sekian lamanya....
Bertitik tolak dengan melahirkan penyejuk mata penawar di hati sehingaalah ana sudah mula bekerja kembali selama itulah ana menyepi...
Insyaallah ana kembali melarikan jari jemari di atas keyboard untuk kembali bersama sama berkongsi segala yang mampu untuk dikongsi bersama...Terma kasih kepada yg selama ini menyokong ana, yang blog walking ke blog ana jazakumullahu khairan kathira...
Posted by abid at 18:57 1 comments
Monday, January 3, 2011
Tahun Baru yang menjelang
Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk menghirup udara di muka bumi Allah ini...sedar x sedar pejam celik pejam celik sudah sampai ke tahun baru 2011...agak lama blog ni ditinggalkan bersawang di sana sini..moga tahun ini memberi kekuatan pada diri untuk terus menulis di blog yg trsayang ni...
Posted by abid at 16:38 20 comments
Labels: Sekadar Coretan
Monday, July 26, 2010
Selagi diri bernama manusia

Posted by abid at 16:18 4 comments
Labels: Sekadar Coretan
Friday, June 18, 2010
Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kep adam u kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur mas ing- mas ing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan mas uklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain mas uk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain mas uk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Ji bra il A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Ji bra il A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam mas a itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.. 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Posted by abid at 14:31 12 comments
Labels: Muhasabah






