Sunday, June 7, 2009

Nasihat Imam Shafie dalam Persahabatan ( part 2 )

SUKARNYA MENCARI SAHABAT SEJATI

ØTenanglah engkau dalam dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang imam dalam menghadapi seorang manusia.

Ø Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan peroleh kebaikannya.

ØSepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temui di dunia ini sahabat sejati.

ØKu tinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang mulia kerana kebaikkannya yang sedikit.

 

SAHABAT SEJATI PADA WAKTU SUSAH

ØKawan tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

ØTidak ada yang abadi dan tidak ada kawan sejati kecuali yang menolong ketika susah.

ØSepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara tapi tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

MENJAGA NAMA BAIK

Ø Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan padanya.

Ø Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

ØDalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Ø Tidak semua orang yang kau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Ø Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Ø Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat keran dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Ø Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

 

1 comment:

AzwaZynal said...

huhuh menarik lah pengisian nye :)

byk kan lah entry tntg sahabat..
saye sgt sukeeee nk tau dan bace...