Friday, June 29, 2007

Komen Penahanan Akhil Hayy

ms ana dpt tau...ana cukup terkejut...tp ana dh mnjangkaknnya...kerana apa??
kerana kita dipimpin oleh kerajaan yg x tau hala tuju...knapa harus ditgkap org yg mengajak kearah kebaikan..tp yg memaparkan kebatilan dibiarkan sja...apa makna islam hadahri ciptaan imam hadhari pak lah???nk musnahkan org ker??

nk berceramah nk kne ada tauliah...ni apa ni??bygkn xkn harun din pn nk msuk slgor nk kne ada tauliah??fikir la??
jgn anda dilantik menjadi kerajaan...rakyat bg anda mandat pgg amanah anda nk menindas org!!!

igt...tgn yg teraniya jika berdoa..ALLAH makbulkan...

fikirlah dgn mata basirah..bukan dgn kpala otak fikiran imam hadhari dn umno...

TAKBIR!!

sedikit komen dari sahabat ana..beliau posting dlm blognya sendiri..beliau boleh di lawati di http://safa.blogdrive.com

Berita penahanan Akhil Hayy agak kelakar. Namun, dalam kelakar itu, ada timbul rasa akan benarnya pendirian yang saya pegang selama ini. satu perkara yang dianggap luar biasa, kini sudah dianggap biasa oleh umat Islam.

Akhil Hayy ditahan oleh barua-barua yang berkudakan JAIS. Ditahan kerana berceramah! Agak pelik juga JAIS amat serius untuk menyekat maksiat dan jenayah. Mungkin di mata JAIS, orang-orang yang berceramah, jika dibiarkan akan menyebabkan berlakukan maksiat dan jenayah.

Pada 23hb yang lalu, Ust Akhil Hayy berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor. Beliau merupakan penceramah tunggal pada malam itu. Setelah selesai berceramah, beliau didatangi oleh pencacai tahi yang bertopeng JAIS dan menahannya. Ust Akhil di bawa ke balai polis Seri Kembangan. Ditahan atas alasan tidak ada tauliah.

Ini adalah satu bukti bahawa JAIS dan banyak lagi pertubuhan yang senyum-senyum di bawah kerajaan Islam Hadhari merupakan golongan yang mahu melihat Islam ini akan terus dipijak dan dilupakan. Mereka tidak mahu Islam dibela. Mereka tidak mahu ada orang yang seronok bersama Islam. Mereka mahu orang seronok dengan maksiat. Budak-budak sekolah seronok dengan berpasangan dan berrzina sudah dianggap seperti rutin biasa saja.

JAIS yang sebelum ini juga membuat tangkapan kepada Rufaqa saya sifatkan sudah seperti binatang yang buta matanya. Dalam keadaan tidak nampak, dia mahu berjalan saja. maka kerana itu, apa saja yang ada dihadapan dirempuh saja. Binatang/haiwan adalah maklhuk yang Allah ciptakan mempunyai otak tetapi tidak ada akal. Maka hal ini adalah sama seperti JAIS dan mana-mana saja institusi tukang kipas Islam Hadhari yang ada otak tapi tiada akal. Jika akal pun sudah tidak ada, tentu imannya juga tidak ada. tidak tahulah, setebal mana agaknya iman mereka. mungkin terus lenyyap. Tidak ada. Kosong. Mereka tidak ada iman.

Mungkin iman mereka sebesar biji sawi. Ada harapan? Cuba check balik, apakah prasyarat menjadi orang beriman? Mudah! Lihat rukun iman. Pertama, percaya kepda Allah. Adakah mereka percaya Allah? Adakah mereka takut Allah? Bagaimana pula dengan percaya kepada kitab? Mereka percaya kepada kitab kah? Jika tidak percaya kepada kitab, maka mereka tidak ada imanlah. Konsep rukun iman, tolak satu HABIS semua! Jika lihat kata-kata Mashitah Ibrahim yang terang-terangan menolak hukum Islam, maka Mashitah juga tidak ada iman. Mashitah tertolak daripada senarai tukang dakwah. Jika ada yang memanggilnya Ustazah Mashitah, lempar saja dengan batu. Ini adalah badut badut boneka Islam hadhari bagi melaksana agenda merosakkan Islam yang syumul.

Ini semua adalah perkara luar biasa. Suasana seperti ini tidak pernah tergambar di minda sahabat-sahabat nabi terdahulu. Malah generasi kini lebih melampau berbanding kaum-kaum yang mendustakan Allah berkurun lama dahulu. Jika kaum luth terkenal dengan lesbian dan gay, sekarang dunia kita pun sudah ada. Malah kita sekarang berada di dalam dunia yang merangkuni semua maksiat yang dilakukan oleh umat terdahulu.

Wahai penegak kebenaran! Dengan terjadinya pelbagai peristiwa pelik seperti ini, yakini bahawa zaman kegemilangan Islam sudah hampir tiba. Namun harus di ingat. Pejuang kebenaran terpaksa melalui pelbagai rintangan. Mari rapatkan saf! Satu barisan yang kukuh mampu menumbangkan jutaan musuh Allah. Dengan satu kalimah: Allahu Akbar! Jangan impikan syahid, tapi impikan kemenangan. Syahid dalam kemenangan itulah yang di tuntut. Perkemaskan strategi. Jangan hanya bersemagat tapi tiada isi. Satu insan yang kerdil, namun mempunyai jiwa yang besar, akan mampu menjatuhkan kubu besar kebatilan!

Sifat pelik saya semakin menjadi-jadi kerana masih ramai lagi yang melihat seseuatu keadaan itu hanya pada pandangan akal dan pandangan mata biasa saja.

Saudara Saiful dan el-Hijrah. Juga silantra pun boleh masuk sekali. Minta maaf jika pendapat dan pendirian saya tidak sealiran dengan anda.

Apa yang saya nampak, anda membuat kenyataan bagi membenar dan menyokong tindakan JAIS. Saya tidak tahu atas tujuan dan kepentingan apa anda berbuat begitu. Namun, saya menganggap, anda membela dan mempertahankan tindakan JAIS itu adalah yang benar, tepat manakala yang bersalah disini adalah ust Akhil.

Sepanjang penglaman saya, tidak ada ustaz-ustaz dari kalangan bulan yang mendapat tauliah daripada kerajaan. Mereka berkuliah dan berceramah atas dasar tauliah yang Allah beri direct pada mereka. Jika ada yang berjaya mendapat tauliah, mungkin el-HIjrah atau saudara saiful boleh listkan nama ustaz dari kalangan bulan yang telah mendapat tauliah. Jika ada, bermakna sayalah yang salah....

Tindakan INteam menarik ustaz akhil sebagai artis komersial juga sebenarnya satu tindakan yang berisiko tinggi. Mungkin juga boleh dikategorikan sebagai artis 'black list' ataupun juga artis tidak ada tauliah. Jika anda masih ingat, artis nasyid dahulu ditauliahkan agar mengikut acuan kerjaan pemerintah yang antara lain mewajipkan memakai songkok. Bagaimana ust akhil? Tentu anda semua tahu akan imejnya bukan? Mujurlah ustaz akhil boleh 'lebih kurang' dan rela membuka serbannya. Namun untuk memakai songkok, saya rasa ustaz akhil hanya menjeling...

Ketika saya mendapat berita ustaz akhil mahu dikomersialkan sbg artis rakaman, serta merta saya hubungi ustaz. Saya sms mengatakan, 'syekh, enta dan inteam memang berani mati!'. Lantas, ustaz hubungi saya semula secara 'call' yang mana ketika itu beliau berada di hotel penginapan - sedang menjalani rakaman album Nasyid Legenda. Apa kata ustaz? Ustaz kata, "syekh, yang beri kita rezeki ini allah, dan segala tindakan kita ini atas petunjuk allah, berani mati atau takut mati, kita akan mati juga, namun dakwah akan terus jalan! Inteam adalah golongan remaja yang sedar insyallah!". Macam tu lah lebih kurang ayatnya.

Apabila melihat ustaz akhil semakin diterima ramai, perkara ini dianggap sebagai ancaman kepada pihak pemerintah. Golongan rock juga kelihatan agak ramai yang mula sedar dan jika dilihat, mereka inilah yang saya nampak lebih 'up to date' berbanding peminat nasyid yang tampak semakin keliru dan lemah tak bermaya. Tahap kesedaran mat mat rock ini juga semakin berpotensi untuk menjadi sebahagian anggota jundullah bagi memperkemas struktur perjuangan Islam.

Maka kerana itu, atas kesempatan kuasa yang ada pada JAIS dan kerajaan Selangor, mereka mengambil peluang untuk membuat tangkapan dengan alasan tiada tauliah. Saya juga pelik, ustaz akhil sudah menjelajah hampir lapan tahun berceramah di sana sini bercakap tentag Islam dan hiburan khususnya. Mengapa baru sekarang mahu ditangkap? Mengapa tidak di awal kemunculannya dahulu? Tidak lain tidak bukan, ini merupakan satu agenda yang telah disusun oleh mereka. Adakah sejak dia bergelar atis komersial ini, maka dia menjadi 'ancaman' kepada negara? Artis perempuan yang telanjang sana sini tu JAIS tak nampak pula?

Kesimpulan mudah: Mereka mampu mencipta alasan dengan tujuan menyekat kebenaran daripada tersebar. El-hijrah dan encik saiful berbicara tentang undang-undang yang dicipta manusia, dan sokongan yang anda berikan itu saya berpendapat adalah tidak wajar sama sekali. Atas apa sebab sekalipun, saya secara peribadi akan berpihak dan sentiasa akan membenarkan satu usaha menegakkan Islam yang berpandukan undang-undang Allah. Undang-undang yang manusia cipta adalah bertujuan untuk menyekat Islam daripada berkembang dan tidak sepatutnya sokongan padu harus diberikan kepadanya melainkan jika ianya releven pada keadaan. Undang2 Allah tinggi dan tidak ada undang2 lain yang mampu menandinginya.

Akhill Hayy

Pendakwah dan juga bekas penyanyi kumpulan rock The Riyadh, Ustaz Akil Hayy Rawa mendakwa wujud 'tangan ghaib' bermotif politik yang mengarahkan agar beliau ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

ImageBeliau yang ditahan ketika memberi kuliah di Surau al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang pada malam 23 Jun lalu mendakwa ada usaha pihak tertentu yang cuba memerangkapnya, katanya semasa ditemui Harakahdaily dalam satu majlis pelancaran album di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, selepas ditahan beliau dibawa dengan ke balai polis dengan kereta peronda polis dengan siren yang dibunyikan seolah-olah dirinya adalah penjenayah yang sangat dikehendaki.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai usaha untuk memburuk-burukkan imej beliau, Akil menganggapnya sebagai ujian Allah memandangkan dalam berdakwah rintangan sebegini adalah biasa.

"Saya akan ke Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada 15 November ini untuk mendengar keputusan sama ada akan didakwa atau sebaliknya,"jelasnya.

Ustaz Akhil Hayy ditahan!!

Apakah jadahnya? Juara menyediakan arak tidak ditahan, tetapi pendakwah dianiaya dan ditahan dari menyampaikan syariat Islam.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan berita tiga anak Melayu yang menjadi juara menyediakan arak, dan agak malang pihak penguatkuasa agama membuta mata dan memekakkan telinga tanpa memgambil sebarang tindakan walaupun ia dilaporkan secara gah dalam akhbar The Star, 15 Jun 2007 yang lalu.

Hari ini, pihak Harakahdaily mendapat laporan bahawa pendakwah dan penyanyi nasyid, Akil Hayy telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam 23 Jun lalu dan akan disoalsiasat oleh jabatan berkenaan esok (26 Jun 2007).

ImageBeliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini, berkata, soal siasat tersebut dibuat atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di bawah enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor.

Dalam kejadian tersebut Akil Hayy ditahan oleh unit penguatkuasa Jais ketika beliau berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor.

Sementara itu, dakwa penyanyi yang bernaung di bawah Inteam records dengan kerjasama EMI, ceramah agama yang disampaikan pada malam itu bertajuk 'silaturrahim' dan tidak ada mengena isu politik.

Malah dakwanya ceramah tersebut dihadiri semua masyarakat tanpa mengira fahaman mana-mana politik.

Beliau yang merupakan penceramah tunggal di majlis berkenaan, berkata, motif ceramah tersebut adalah untuk mengerat tali siratul rahim antara satu sama lain.

Ceramah tersebut juga katanya, dilakukan di dalam surau dan tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.

Namun katanya, belum lagi beliau berada di pentas beberapa anggota polis dan unit penguatkuasa Jais sudah berada di surau berkenaan.

Katanya lagi sebaik saja beliau selesai berceramah beliau didatangi beberapa pegawai Jais dan mereka menyatakan bahawa beliau ditahan kerana berceramah tanpa tauliah.

Selepas itu katanya, beliau terus dibawa di Balai Polis Seri Kembangan.

Bagaimanapun dakwanya, setibanya di balai berkenaan beliau tidak pun diambil keterangan oleh pihak polis sebaliknya pegawai Jais sendiri mengambil kes tersebut.

"Saya tak faham mengapa saya tidak dibawa ke pejabat Jais sebaliknya dibawa ke balai polis. Adakah pihak Jais sengaja mendera minda dan jiwa saya kerana kes itu langsung tidak dilibatkan dengan polis.

"Bahkan setelah saya bersama beberapa orang yang menemani saya berada hampir tiga jam di balai polis, tiba-tiba pegawai Jais yang bernama Mohd Rizalnuddin mengambil keterangan saya dan memberi jaminan agar saya untuk hadir ke pejabat Jais di Shah Alam esok," katanya yang pertama kali ditahan sejak terlibat dengan dunia dakwah dan artis.

Katanya, walaupun beliau sedar majlis tersebut dipantau pihak berkuasa beliau tetap menyampaikan dakwahnya bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Antara intipati dakwah saya ialah menyuruh hadirin menutup aurat, para remaja tidak mendekati gejala dadah, tidak terlibat dengan gejala sosial dan jenayah.

"Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah.

Sunday, June 24, 2007

Kes Pelajar Mesir Dibunuh

dipetik dari blog http://www.bloodyrains.blogspot.com/

Thursday, June 21, 2007

Bumi Mesir dikejutkan dgn satu pembunuhan tanpa akal oleh seorang pelajar Malaysia yang menetak rakannya sehingga maut dgn menggunakan 3 bilah pisau dan masih belum diketahui punca sebenar kejadian..akan tetapi banyak andaian2 yg saya dengar tp saya tanak tulis dlm ni kerana byk sgt andaian yg tidak diketahui kesahihan cerita tersebut.


Saya ada satu bahan hendak dikongsi bersama dgn pelawat smua mengenai soal siasat yang dijalankan bersama suspect di pejabat polis yang di kendalikan oleh en. Amri ( Pegawai Atase Pendidikan, Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah. Temubual en. Amri bersama kenalan saya ini berlaku selepas majlis tahlil yang dianjurkan oleh pelajar Malaysia di Kaherah baru-baru ini.Menurutnya, beliau sendiri pon naik pening kerana suspect seorang yang "hati kering" kerana tidak nampak keresahan/gerun/gementar/bersalah pada raut wajah beliau walaupon telah melakukan pembunuhan kejam disamping kurang bercakap.Sewaktu diajukan soalan kenapa beliau membunuh suspect..beliau hanya menjawab "dah saya nak bunuh".Ditanya lagi kenape sampai membunuh rakannya sebegitu rupa walaupon dlm keadaan mangsa tidak bermaya utk melawan kerana kehilangan banyak darah, ape jawapannya ?? "alang2 dah saya tetak baik saya bunuh terus".Gile atau buat2 gile ??


Suspect juga ditanya samada hajat beliau kerumah itu pada malam kejadian utk membunuh arwah Muhammad atau orang lain, dengan selamba dia menjawab yang sebenarnya beliau hendak bunuh 4 orang dan arwah adalah salah 1.Ditanya lagi siapa mangsa yang lain ?? iaitu 2 rakan serumah mangsa dari kedah dan sorang arab yang bekerja di jawazat (tempat urusan visa) Gile atau buat2 Gile ??

Suspect juga telah di kurung selepas kejadian di lokap bersama 2 lagi rakan serumah Muhammad yg ingin dibunuh sambil diawasi oleh pihak polis dari jauh akan tetapi tidak ada perlakuan pelik semasa di lokap bersama rakan2 Muhammad.Gile atau buat2 Gile ??

Sempat saya download buletian Utama Tv3 dan hampir menitiskan air mata bilemana ayah & ibu arwah menangis mengenangkan takdir yg menimpa arwah, bukan tidak redha dgn qada' dan qadar ttp kematian arwah Muhammad diluar dugaan, hati mana yg tidak tersentuh?
Ape2pun kita serahkan segalanya kpd pihak berkuasa utk meneruskan siasatan berhubung kes ini dan menentukan hukuman terhadap pembunuh.Wallahu a'lam



Semoga Allah (S) mencucuri rahmat keatas roh allahyarham Muhammad B. Ishak dan menempatkan beliau di kalangan hamba-hambaNya yang beriman..Amin - AlFatihah Buat Arwah.

Saturday, June 23, 2007

7 GOLONGAN YG MENDAPAT NAUNGAN ‘ARASY ALLAH SWT


Hadith:

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)


Huraian:

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

a) Pemerintah yang adil

Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya

Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

Sesungguhnya terdapat hadith yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripadaNya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"

Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya

Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah

Inilah sifat muslim mu'min sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifatNya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Malam Amal Raudhatus Sakinah


OBJEKTIF MALAM AMAL:

Menjana dana bagi pengurusan dan pembangunan Raudhatus Sakinah di seluruh negara.
Melancarkan kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’
Menjana dana bagi pengurusan dan pembangunan PAKSI (Pusat Sokongan Keluarga Islah)
Menekankan keperluan kerja dakwah terutamanya nahi mungkar dipertingkatkan dalam masyarakat


OBJEKTIF KEMPEN:

Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang bahaya zina khususnya di kalangan remaja.
Memupuk sikap prihatin ibu bapa terhadap anak-anak dalam menangani permasalahan gejala sosial.

Tarikh 14 Julai 2007
Masa 8.00 malam-11.00 malam
Tempat Dewan Wawasan (peta)
Seri Cempaka Convention Centre,
PGRM Cheras, Kuala Lumpur
Konsep ‘Ladies Night’
Jualan meja/kerusi dan tajaan
Jualan tiket untuk persembahan sahaja
Pelancaran kempen
Makan malam/Persembahan seni yang Islamik/Pertunjukan fesyen
VVIP SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

asa Aturcara
8.00 malam Ketibaan tetamu
8.15 malam Ketibaan VIP
8.30 malam Ketibaan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
8.35 malam Kata aluan Pengerusi Majlis
8.40 malam Doa dan bacaan ayat suci Al Quran
8.45 malam Ucapan Pengerusi Lembaga Pengarah Induk Raudhatus Sakinah - Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj
8.55 malam Ucapan VIP
9.05 malam Pelancaraan kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ dan penyampaian hadiah khas untuk DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
9.15 malam Persembahan multimedia
9.30 malam Makan malam
10.00 malam Persembahan/kutipan sumbangan/apresiasi penajaan
11.00 malam Penutup

BORANG SUMBANGAN DAN TEMPAHAN MEJA

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih)

Saya............................................................................................................................
yang beralamat di ..........................................................................................................
...................................................................................................................................
...................................................................................................................................
Tel.Rumah:.......................... Tel Pej:..........................................................
Tel. Bimbit:.......................... E-mail:...........................................................

Ingin membeli Meja Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) seperti berikut:

Meja Cinta : RM5000.00x...........................=RM..................................
Meja Kasih : RM3000.00x.......................... =RM..................................
Meja Sayang : RM2000.00x......................... =RM..................................

Ingin membeli kerusi Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) seperti berikut:

Kerusi Cinta : RM500.00x........................... =RM................................
Kerusi Kasih : RM300.00x.......................... =RM.................................
Kerusi Sayang:RM200.00x......................... =RM.................................

Bersama-sama ini saya sertakan RM.........................
(Tunai/Cek/PO/MO/* No:.............................) atas nama Wanita JIM Raudhatus Sakinah bagi pembelian meja/kerusi seperti di atas.

Saya juga ingin memberi sumbangan kepada Raudhatus Sakinah seperti berikut:

Ingin memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM...............................
(Tunai/Cek/PO/MO/* No:.............................) bagi menampung kos pembiayaan dan pengurusan Raudhatus Sakinah.

Ingin memberi sumbangan bulanan (sara diri) sebanyak RM............................... untuk menanggung seorang remaja di Raudhatus Sakinah bagi kes remaja yang tidak berwaris.

Semua pembayaran dan sumbangan hendaklah dibuat atas nama
Wanita JIM Raudhatus Sakinah,
(Bank Muamalat Taman Melawati No Akaun:14030000499716)

Dan dialamatkan kepada:

Sekretariat Malam Amal Raudhatus Sakinah,
Lot 300.3 Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-41073379/03-41089669 Faks:03-41071754

E-mail:wjim@pd.jaring.my

Pn Hamisah Manan: 019-2227506
Cik Nazirah Idris: 019-5053008
Cik Junainah Tolani:012-2630653


Friday, June 22, 2007

TALKSHOW NISA': ANTARA CINTA & IMAN-24/6/07

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak, buang AGAMA
Kerana kasih hamba turutkan...

Pantun ini berkait-rapat dengan isu hangat yang melanda
Malaysia masa kini iaitu tak lain dan tak bukan...
ISU MURTAD...

apakah yang dimaksudkan dengan murtad?
apakah yang menyebabkan seseorang itu murtad?
apakah ianya sekadar isu terpencil?
apakah peranan anda jika berhadapan dengan situasi murtad?
Dapatkan jawapan kepada persoalan ini dalam...

TALKSHOW NISA'

dengan tajuk
ANTARA CINTA & IMAN

disampaikan oleh...
ustaz Ridhuan Md Noor
(Pengerusi FRONT BERTINDAK ANTI MURTAD - FORKAD)

pada
24 Jun 2007, 10pg - 12tghr
bertempat di
Dewan Seminar, Masjid As-Syakirin KLCC


kami persembahkan khas untuk anda...

Kerana Dirimu Begitu Berharga...

Hubungi: 0192313176, 0192050319
http://nisawp.blogspot.com

* Makanan disediakan
* Muslimin Muslimat Dijemput Hadir!!!

Thursday, June 21, 2007

Lafaz yang Tersimpan




Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Sayang abah n ummi..x lupe juge buat mak!!love u

Rintihan Subuh

Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum",seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam",sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Kutanya khabar subuh,bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

" Tadi...",kata Subuh dengan sayu,"...aku baru saja melintasi satu tempat.Kucari tempat persinggahan,ku ketuk rumah2 yang sunyi,tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."Dan airmata Subuh pun berlinangan."Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya,tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.Orang2nya sepertimu,menyambutku dengan pebuh kesukaan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat! serta mengiurkan.Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud,puas kucari dibumi lain,tapi jarang kujumpa.Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka".Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh,aku tiada menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada roti Shiyam",cadangku pada Subuh.Subuh menolak dengan hormat."Roti itu ada tuan punya",kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?"rayuku pada Subuhu."Baiklah,ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan",pinta Subuh.Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh,yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut.Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku berdetik didalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuakan manisan yang dipin! tanya.Selesai menjamah kesemuanya,Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...",seruku,"...mahukah kau tinggal selamanya denganku?Aku memerlukan teman dalam kesunyian.Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi."Aku perlu menziarahi ramai orang,dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh",...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"."InsyaAllah",jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?".Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamulaikum",seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam",jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh,yang semaik laju dengan setiap langkah.Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.

Untukmu Sahabat

Tahukah wahai teman. Sahabat ini begitu bersyukur kerana telah dijentik sewaktu persahabatan itu. rasa kemanisan itu hadir kembali. rasa ALLAH melihat kembali. rasa bahagia untuk meneruskan kehidupan dalam menggapai cinta ILAHI. Kau kata kau takut api neraka. Sahabatmu lagi lah wahai teman. Cuma sahabatmu itu tidak boleh menunjukkannya di hadapanmu. Setiap kata-katamu sahabatmu ini simpan jauh di lubuk hati. Sahabatmu telah tersedar dari lena yang panjang. Sahabatmu itu makin kuat teman. Sahabatmu dapat menangkis fitnah yang datang. Sahabatmu belajar untuk fokus terhadap nawaitu hidup. Fokus dalam menggapai impian yang indah. Impian yang dicita-cita oleh segenap mukmin. Sahabatmu itu merasakan bahawa ALLAH telah melihatnya….

Em…. Memang pandangan ALLAH tidak pernah lari kepada hambaNYA…. Mungkin kemanisan ini dikecap kerana doa seorang teman kepada temannya yang lain. Menyebabkan ALLAH redha. ALLAH menghidupkan kembali hati sahabatmu ini.

Teman. Ketahuilah bahawa sahabatmu ini kembali hidup hatinya dengan kata-katamu. Pedas. Berbisa. Tapi kadang-kadang ia perlu untuk membangkitkan diri… Engkau harus bersyukur teman. Engkau punya banyak ilmu sehingga mampu menyampaikan kepada orang lain. Orang yang amat memerlukan. Engkau harus jadi lebih baik daripadanya. Andai engkau menasihatinya membaca Al-Quran sejuz sehari.. Engkau bagaimana? Bagaimana dengan qiammu? Bagaimana dengan puasamu wahai teman? Bagaimana dengan hubungan dan kecintaanmu kepada ILAHI? Adakah engkau telah berjaya meletakkan ALLAH di tempat teratas di dalam hatimu? Atau engkau masih takut? Engkau takut dengan bayang-bayang sendiri… Bagaimana dengan hatimu? Adakah ia tulus kerana ALLAH? Perjuangan yang engkau lakukan itu mutlaknya kerana ALLAH? Adakah engkau bisa menjaga jiwamu daripada riak dan takbur? Ingat teman…. Kehebatan itu hanya milik ALLAH. Benar. Jiwa temanmu hidup setelah mengenalimu tetapi ia yakin!!! Bukan engkau yang menghidupkan hati yang mati itu tetapi TUHAN yang kasih kepada dia lantas memberi peluang kepada hamba pilihanNYA itu untuk kembali kepadaNYA.

Teman… Ketahuilah… Andai engkau telah letakkan hanya ALLAH dalam hatimu, engkau pasti kan berjaya menghadapi ujian mendatang. Entahlah teman. Sahabatmu ini sendiri tidak tahu apa yang dicoretkan tetapi tinta ini adalah khusus buat seorang sahabat. Sama-samalah kejar impian dalam menggapai cinta ILAHI. Mungkin laluan dan jalan yang berbeza tetapi yakinlah. Doaku seorang sahabat tidak akan luput buat dirimu. Jadilah umpama seekor singa yang hebat bertempur mengaum di siang hari dan umpama seorang abid yang merintih, merayu menghadap Pencipta pada malamnya. Jangan hanya menjadi seekor singa tetapi singa itu tidak bergigi rupanya.

Benarlah seperti mana janji ALLAH….'Jangan kamu kata kamu beriman selagi mana kamu belum diuji.' Teman…. Kini… Sahabatmu ini berhadapan dengan situasi yang pernah berlaku satu ketika dulu. Ia hadir tanpa diundang… Tanpa dipinta… Mungkin ALLAH mahu melihat keikhlasan temanmu ini dalam mengejar impian menggapai cinta ILAHI…. Entahlah teman. Hati yang sudah dicuci didatangi debu-debu hitam lagi. Disuruh pergi… Makin makin datangnya…Mungkin mereka takut sahabatmu ini lari jauh daripada mereka menyebabkan mereka yang membisu selama ini kembali mengharapkan sesuatu. Memang di luar dugaan. Temanmu rasa kuat tetapi temanmu tidak tahu sejauh mana diri mampu mengawal hati ini. Teman….Seperti dirimu, sahabatmu ini takut api neraka. Sahabatmu sudah minta ia pergi jauh-jauh tetapi ia begitu degil dan tidak mahu berganjak. Baiknya, sokongannya ditakuti akan membawa masalah jiwa yang menyebabkan sahabatmu ini kembali tersungkur. Mohon kekuatan daripadaNYA……Teman….Sahabatmu ini begitu bahagia dengan kehidupan sekarang. Hati yang sentiasa cuba untuk dibersihkan. Mata yang mudah untuk mengalirkan airnya di hadapan Kekasihnya. Moga dikau dapat mendoakan sahabatmu ini agar ALLAH pelihara sampai akhirnya.

Akhiru kalam. Renung-renungkan wahai teman. Jadilah seperti mana dikau yang dahulu. Jangan berubah. Letaklah ALLAH di tempat tertinggi. Hanya ALLAH dan untuk ALLAH. Segalanya ALLAH. Hidup dan mati hanya untuk ALLAH. Penyerahan diri hanya kepada ALLAH. Moga kita kan sama-sama dapat mencapai apa yang pernah kita impikan dalam mengejar impian sendiri. Pesan buat dirimu jua diriku yang sering lupa

Tuesday, June 19, 2007

Harian Metro Perlu Berubah

Akhbar harian metro sebenarnya perlu berubah paradigmanya... sampai bilakah nampaknya akhbar tersebut tahun demi tahun ingin membawa isu kerosakan, keburukan, kepincangan, seks, cabul, lucah, dan sebagainya yang mundur sebegitu... sepatutnya apa yang perlu dihebohkan adalah alternatif untuk menyelesaikan segala permasalahan sosial.. wawancara2 dengan pakar2 dan resolusi perlu dibuat dan dicanang supaya masyarakat kita lebih proaktif dan kehadapan dalam menyelesaikan kemelut yang dah basi ini. Kem-kem motivasi yang sihat dan boleh membentuk masyarakat yang berpikir perlu diutamakan dan dihebohkan sebagai isu utama yang diketengahkan dalam masyarakat.. Harian metro nampaknya menyebabkan masyarakat terduduk dan menggeleng kepala setiap kali ada isu masalah..masalah..masalah dan masalah... bermain di kepala.. menyebabkan masyarakat melayu tetap dengan identitinya me"LAYU"..

Kerajaan yang bodoh sekarang ini duduk asyik leka di atas takhta.. tanpa lansung memberi alternatif yang positif tentang keadaan masyarakat. Contohnya, hiburan yang menggila di televisyen dengan pakaian separuh bogel dan tarian menaikkan nafsu.. menyebabkan mentaliti melayu mundur dan terus mundur...

INTERNET kini yang kian mengamuk dengan jutaan bahan2 porno perlu dibincang di meja bulat, mengumpullkan pakar2 IT untuk bersama2 merekacipta perisian yang dapat menghalang virus porno ini. Tidak mustahil virus porno tidak boleh disekat sedangkan jutaan virus2 komputer boleh dicipta antivirus.. jadi penapisan sumber berlaku dimana cuma perkara baik2 sahaja yang masuk ke sempadan MALAYSIA.. Bayangkan.. Dunia yang sedang mengalami arus globalisasi, dan kemungkinan 10 atau 20 tahun akan datang.. internet sudah ibarat televisyen di setiap rumah. Bayangkan impak keburukan dan kerosakan yang akan dibawa oleh internet jika tiada alternatif yang dibuat. Kelak adegan seks di hadapan mata anak2 kita. Tidakah kalian memikirkan hal ini.

Majalah-majalah lucah penuh di pasar2 ditambah dengan cd-cd hollywood dan bollywood yang kini memang menjadi kewajipan terselit adegan2 lucah. Bayangkan 10 dan 20tahun akan datang.. anak2 kecil kita sudah dibiasakan dengan adegan2 seks dan sebagainya jika tiada alternatif yang dibuat. Terutamanya oleh pihak kerajaan yang bodoh itu.

Bagaimana masyarakat kita akan cemerlang, gemilang dan terbilang! Proaktif dan maju kehadapan.. Jika anak2 muda kita sekarang dimomokkan dengan bahan2 lucah yang bersepahan.

Sepatutnya membangun bersama ISLAM bukan memaparkan kisah-kisah boleh menjatuh ISLAM..Inikah ISLAM HADHARI ciptaan imam HADHARI kita PAK LAH dan kroni??Dimana nilai modal insan yang diuar-uarkan?Bertamadun sehingga menjatuhkan ISLAM!!!Inikah yang dicari??

Jangan mengharapkan anak2 muda ibarat malaikat yang tidak mempunyai nafsu dan syahwat.. Tidakkah kalian menyedarinya..

Monday, June 18, 2007

Tanda2 Bahagia dan Sengsara

Bahagia dan sengsara ada petandanya. Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya


Tanda-tanda Sengsara
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati

(Dipetik dari kitab Tanbihul Ghafilin)

Wahai Diriku

Wahai diriku..
Adakah kau tahu matahatimu sedang menderita kerana ditinggalkan setelah sekian lama..
Wahai diriku..sudah lama kau tak bercakap dengan mata hatimu…
Adakah kau tahu “dia” sentiasa menunggu mu untuk mulakan bicara..
Adakah kau tahu“dia” sedang mencari jalan untuk membawamu pulang ke pangkal jalan..

Wahai diriku..
Airmatamu sudah tidak semurah dulu,
Sujudmu juga tak sepanjang zaman remajamu..
Kenapa ye wahai diriku..adakah kau sudah layak berdikari sehingga kau “buang” Tuhanmu yang Satu..

Wahai diriku..
jika kau sedar akan kedudukan mata hatimu nescaya kau akan tinggalkan segala apa yang kau kejar ..
tidakkah kau merasakan ia menderita mencari sinar bahagia..
Kau tak pernah tahu bahawa matahatimu itu sentiasa menuntut keadilan..
sentiasa mencari peluang dan ruang untuk lebih mengenalimu..
Kenapa kau seakan lari ye wahai diriku…
kau tak seperti dulu…
kau bukan dirimu yang ku kenal…
kau sudah lupa meminta pertolongan..
engkau takkan mampu mencapai matlamat yang samar..

Wahai diriku..
mata hatimu penuh dengan dendam..
Mata hatimu sarat dengan kebencian..
Mata hatimu melimpah dengan dengki dan percanggahan..
Kau lupa bahawa sudah lama kau tinggalkan matahtimu keseorangan..
ia tiada teman, tiada kawalan sehingga membuat onar tanpa segan..
Mata hatimu penuh cinta terlarang…
amanah dan panduan seakan kau tinggalkan di belakang..
Apa yang kau mahukan wahai diriku…
Apa yang kau cari sehingga kau lupa asal kejadian..
Pengalaman dan teman bukan melebihi kepentingannya dari Tuhan..
Keyakinan pimpinan bukan sehebat kecintaanmu pada Tuhan..
Sejak kita bermula di daerah perkampungan yang indah engkau sudah mula diajar untuk menjadi wanita solehah..
Sejak seawall kau didik ibu dan ayah , engkau sudah ditanam mendamba cinta Pencipta sekalian alam…

Wahai Diriku..
Tidakkah kau ingat dirimu tercampak ke daerah asing seawal usia remajamu..
Kepayahan ditanggung keseorangan, kematangan dicari sebagai perisai kekuatan..
Tika saat itu aku llihat dirimu kuat menahan ombak ..
biar hujan, biar rebut kau tetap cekal bertahan ..
kini sepatut nya kematangan mengatasi dulu..
namun entah Kenapa kekuatan yang kau timba dulu makin pudar menyesakkan perjalanan..
sudah berapa kali aku ingatkan dirimu jangan mudah hilang pertimbangan..
sudah berapa kali ku ulang bahawa engkau Cuma pasir ditepian lautan…
Mengapa ya wahai diriku..
Kenapa kau hanya membisu..
Kenapa matahatimu kaku..
Kenapa kau tak seperti dulu…

Wahai diriku…
Aku sedih melihat dirimu..
Aoa yang perlu lakukan wahai tuhanku..
Matahatiku seakan menolak kepulanganku..
Ia beku, kaku dan membatu..
Tuhanku..
Aku sekadar meluah rasa..
Namun aku takkan berputus asa..
Seringkali Kau bawa ku pulang mengadap-MU..
Seringkali juga KAU menegur perlakuan salah ku ..
Ia mebuatkan aku amat yakin pada-MU..
Tuhanku..
Matahatku sedang keseorangan..
Matahatiku memerlukan pertolongan..
Aku yakin hanya jalan-MU yang membuka ruang,
Hanya diri-MU yang sentiasa memberi peluang..
Ku harapkan diri ini akan sentiasa diberi kepercayaan untuk memikul amanah Tuhan kerana aku tahu kejadianku adalah sebaik2 kejadian..
Ameen…

Renungan..

Bismillahirrahmanirahim…assalamualaikum wbt.

"Dari Muadz Bin Jabal berkata, Rasulullah saw pernah bersabda, ‘Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya kerana Allah adalah ketakutan, mencarinya merupakan ibadah, menyebut-nyebutnya merupakan tasbih, membahaskannya merupakan jihad, menyampaikannya kepada orang yang layak menerimanya merupakan taqarrub, kerana ilmu itu tanda halal dan haram dan menara jalan para penghuni syurga. Ilmu merupakan pendamping di saat ketakutan, teman saat terasing, teman bicara apabila berseorangan, dalil atas kesenangan dan kesusahan, senjata dalam menghadapi musuh, hiasan di hadapan teman. Allah memuliakan banyak kaum dengannya, lalu menjadikan mereka penggerak dalam kebaikan, dan jejak mereka apabila dituruti menjadi rujukan. Para malaikat berhasrat menyertai mereka, memelihara mereka dengan sayapnya. Mereka memohon keampunan bagi golongan ini, dan segala hidupan di darat dan juga di lautan berdoa untuknya. Kerana ilmu adalah sinar hati dari kejahilan dan merupakan penyuluh dari kegelapan. Seorang hamba akan mulia di dunia dan di akhirat disebabkan ketinggian ilmu. Memikirkan ilmu sama seperti puasa, mempelajarinya sama seperti bersolat pada waktu malam. Hubungan akrab dapat dihubungkan dengan ilmu. Yang halal dan haram dapat diketahui dengan ilmu. Ia merupakan iman amal dan amal mengikutinya. Ia memberikan ilham kepada orang-orang yang berbahagia, dan tidak dapat dirasai oleh golongan yang sebaliknya’ (Diriwayatkan Ibn Abdil Barr An-Namry di dalam Kitabul Ilmi dari riwayat Musa Bin Atha’ Al- Qursyi)"



Suka saya mengambil hadis ini sebagai menunjukkan betapa peri pentingnya ilmu kepada manusia, terutamanya bagi mereka yang telah beraqal. Apalagi bagi para pendukung Islam yang mencintai perjuangan Rasulullah saw ini.

Tidak akan berjaya sesuatu kaum tanpa ilmu. Allah SWT menukilkan Luqmanul Hakim di dalam QalamNya kerana ketinggian ilmunya. Tiada gunanya jika kita selaku amil islami tidak mempelajari ilmu dan mendalaminya ikhlas kerana Allah. Maka binasalah sesuatu kaum apabila dipimpin oleh golongan yang tidak berilmu.

Hari ini, jika kita perhatikan kita ketinggalan 100 tahun di belakang US dan Yahudi. Baru-baru ini tentera penceroboh di Iraq telah berjaya menghasilkan sebuah robot yang tidak akan mati dan akan menyerang dan menggila di Iraq. Bulan hadapan, mungkin kita akan tahu apakah nasib sahabat-sahabat kita di sana. Persoalannya, di manakah kita? Apakah peranan kita? Saya tertarik dengan sikap kepimpinan tokoh-tokoh terdahulu, Hassan Al - Banna, Ustaz Hassan Al - Hudaibi, Mustafa Masyhur, Syed Qutb yang mengarang Tafsir Fi Zilalil Quran sewaktu dipenjarakan, dan tokoh terkini Sheikh Wahbah Zuhaily mengarang Tafsir Al-Munir dan Al - Qaradhawi yang telah banyak mengarang kitab-kitab muktabar yang menjadi rujukan utama seluruh dunia. Dr. Sheikh Yusuf Al - Qardhawi misalnya, merupakan ulama ulung yang menjadi rujukan gerakan Islam di Eropah, dan beliau merupakan di antara pengarang kitab yang terbanyak. Bagaimanakah mereka dapat menghasilkan penulisan yang berkualiti dan dalam pada masa yang sama mereka disibukkan dengan tugas seharian? Bagaimanakah pula dengan saya atau diri kita?

Sahabat - sahabat yang dirahmati Allah,
Melihatkan kepentingan dan tuntutan Islam kepada ilmu ini. Maka di sini, saya selaku hamba Allah yang hina menyeru supaya kita bersama-sama menambahkan ilmu kita melalui pembacaan dan pengajian kita. Mudah - mudahan diberkati Allah Dunia dan Akhirat.

Disiplinkan diri dengan ilmu dan pelajarilah Al – Quran serta tafsirnya.

Sunday, June 17, 2007

Dedikasi buat ayahanda Tercinta

Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

-------------------------------

Hari ini hari bapa...ya..pergorbanan ayah tercinta tidak dapat digambarkan..betapa besarnya pengorbanan ayah..tanpa ayah tiada ana di dunia..
airmata mengalir lagi..x dapat dibendung...
ayah...
adik terlalu merinduimu..bilakah kita dapat bersua..
ayah...
adik sayangkan ayah..kenapa kita dipisahkan??kenapa kita x dapat bersama seperti mereka2 yang lain..terlalu dalam kerinduan ini pada mu ayah...
ayah...
diri ini ingin mengucup pipimu..mengucup dahimu...
diri ini bersama meluangkan masa denganmu..
tapi...
apakan daya...jarak memisahkan kita..
ayah...
ketahuilah diri ini terlalu merindui diri mu..rindukan belaianmu..kasih sayangmu
setiap malam diri ini berdoa agar dapat bertemu denganmu..

ayah..adik menyanyangi mu!!

Saturday, June 16, 2007

Rintihan hamba-Mu

Ya ALLAH...
masih ada keampunankah bagiku ..Aku terlalu jauh dari Mu..
Aku ingin kembali ke pada Mu ALLAH..
Terlalu byk lautan dosa ku...Terlalu luas bumi dosa ku..
Kau tetapkanlah hatiku agar terus dilandasan Mu ya ALLAH...terus memengang agama Mu..
jgn biarkan aku hanyut ya ALLAH..

Ya ALLAH...
Ampunkanlah dosa hambamu ini...
Aku tidak layak ke syurga mu namun aku tidak ingin ke nerakamu..
Aku sedar akan dosa2 ku..mampukah aku menebusnya..

Ya ALLAH...
lindungilah aku...
Aku ingin kembali kepada mu..
Berikanlah aku ketenangan..
Berikanlah aku kekuatan dlm mengharungi hidup ini...
Teguhkanlah iman ku..
Kuatkanlah pendirian ku agar terus di jalan mu..
Luaskanlah fikiran ku...
Ampunilah hambamu

Amin Ya rabbal Alamin

ISLAM & Bukan ISLAM

Alhamdulillah semalam ana sempat berprogram di Hidayah Centre, JIM di taman melawati..Ceramah malam semalam dikendalikan oleh ustaz hafizan dari perkim..beliau seorang india muslim..maudu' yg dibawa ialah "Pandangan Orang Bukan Islam terhadap Islam"..MasyaALLAH..rupanya kita sendiri gagal mendidik jiwa kita yg sememangnya telah beragama Islam untuk sygkan ISLAM..cintakan ISLAM..mengikuit ajaran ISLAM..lalu bagaimana kita nak mengajak,menbimbing mereka yg bukan ISLAM untuk menganut agama ISLAM yg suci ini sedangkan kita masih lalai..masih terleka dengan duniawi...ana cukup terkesan dengan ceramah yang disampaikan...

Rupanya orang2 bukan ISLAM terlalu memandang negatif terhadap agama yang suci ini..agama ALLAH...pengalaman yg ustaz hafizan ceritakan bagaimana dia ditentang oleh keluarganya kerana dia ingin masuk ISLAM..cukuk menyedihkan..berat mata yang memandang,berat telinga yang mendengar..berat lagi lagi bahu yang memikul..ternyata ISLAM kini dihina..dipandang negatif oleh masyarakat bukan ISLAM..Mengapa jadi begini??kerana golongan2 yg mengakui ISLAM tetapi ISLAM itu hny sekadar di bibir..ya..mengaku sebagai ISLAM tetapi mengikut pemikiran budaya yahudi..

Ditambah dengan ideologi yg ingin mengelirukan umat ISLAM terutamanya saudara baru kita..apa ideologi itu??itulah ISLAM HADHARI!!mengapa perlu islam hadhari??Saudara2 baru kita keliru..ada yg bertny "Ini ISLAM baru ke?"tidak perlu kepada islam hadhari kerana ISLAM sudah cukup cantik dn lengkap..ISLAM itu jg dh tamadun..Jika dikatakan islam hadhari itu bagus tetapi mengapa kini ramai umat islam yg murtad??

Ana mengingtkn diri ana juga..Dimanakah sumbangan kita untuk ISLAM??Ustaz Hafizan ada mengatakan bahawa ini semua berpunca kerana kegagalan dakwah kita..ALLAH...kerana apa??kerana mentaliti umat ISLAM yg terlalu kolot..

Berfikirlah...Ana koreksi diri ana juga..Sama2lah kita berfikir..ISLAM ITU INDAH!!
I- Indah
S-Selamat
L-Lengkap
A-Aqidah
M-Memikir
Berfikirlah....TAKBIR!!

Friday, June 15, 2007

Apa nak jadi dunia hiburan kini!!!


Mengucap pnjang ana bile baca artikel berkaitan aktress yg prnh memenangi anugerah pelakon terbaik...yang mana satu ketika dulu membuat kontroversi dan mengundang kemarahan masyarakat melayu..kali ini sharifah amani tampil dengan wajah baru..BOTAK!!!dah tidak kerja lain ke?yang pergi botakkan kepala semata-mata hanya untuk lakonan..WAJARKAH?Mengapa sampai begini seklai harus bertindak..semata-mata kerana lakonan sanggup untuk botakkan kepala...dengan alasan "saya buat kerana keperluan".Apa keperluan botakkan kepala semata-mata kerana lakonan??Perempuan botakkan kepala...ingat ini luar negara ke..amerika ke..nj jd mcm artis barat spt britnney spears??ingatla anda artis timur..yg ada pengikut..anda ikon masyrakat..tindakan ini tidak wajar dilakukan kerana walaupun untuk memenuhi tuntutan lakonan, ia bertentangan dengan perlakuan wanita Islam sebenar.hukumnya HARAM!!!
sedarlah..kalau ini yg anda pnggil pengorbanan...ana ingin tnyakan apakah perngorbanan yg telah anda lakukan untuk ISLAM??berpijak lah atas bumi yg nyata

Wednesday, June 13, 2007

Tubuh jawatankuasa siasat punca banjir kilat dan fungsi Smart - Salahuddin

AMPANG, 12 Jun(Hrkh)-PAS menggesa Parlimen menubuhkan badan bebas bagi menyiasat punca banjir kilat yang berlaku di ibu kota serta sejauh mana keberkesanan Terowong Smart dapat mencapai objektif untuk menyelamatkan Kuala Lumpur daripada banjir kilat.

Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub yang mengulas isu tersebut mengharapkan badan penyiasat tersebut dapat ditubuhkan serta merta.

Di samping itu, katanya kerajaan seharusnya menjelaskan pemasalahan dihadapi dalam mengendalikan Terowong Smart tanpa hanya memikirkan keuntungan dan tujuan komersil semata-mata.

"Kami di pihak ahli Parlimen juga tidak mengetahui bilakah Terowong Smart ini akan berfungsi sepenuhnya. Cuma kami diuar-uarkan Terowong Smart ini untuk mengatasi masalah banjir di ibu kota.

"Kami juga berasa pelik kenapa Terowong Smart ini tidak berfungsi semalam. Apabila Perdana Menteri mengadakan lawatan mengejut barulah kita dimaklumkan Terowong Smart ini belum dapat berfungsi sepenuhnya. Perkara ini mengecewakan kerana kita telah membelanjakan wang rakyat RM1.6 bilion," jelasnya sewaktu ditemui Harakahdaily selepas Ketua Pemuda PAS itu bersama rombongannya melawat mangsa banjir di Lembah Jaya Utara, dekat sini hari ini.

Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga mempersoalkan kewajaran bayaran RM2 yang dikenakan kepada pengguna dalam keadaan terowong Smart yang belum siap sepenuhnya.

Beliau berpendapat belum sampai masanya untuk dikenakan tol kepada rakyat selagi Terowong Smart itu tidak dapat mengatasi masalah kesesakan lalulintas serta mengatasi masalah banjir.

"Ini tujuan dan objektif asal Terowong Smart dibina dengan harga yang begitu besar. Jadi tidak seharusnya tol dikutip terlebih dahulu sedangkan kita dapat tahu bahawa fungsi untuk laluan banjir ini masih lagi tidak dapat dilaksanakan dan tidak dapat beroperasi dengan baik,"katanya.

Dalam pada itu katanya, sudah sampai masanya Abdullah mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S.Samy Vellu kerana terlalu banyak kerja-kerja yang melibatkan kementerian tersebut yang dipertikaikan.

"Kalau di luar negara saya rasa menteri di kementerian seumpama ini sudah lama membunuh diri atau telah lama meletakkan jawatan. Jadi saya menggesa Samy Vellu meletak jawatan dan jika beliau enggan Abdullah seharusnya memecat beliau serta merta kerana banyak masalah tidak dapat diselesaikannya,"katanya.

Sementara itu selepas melakukan tinjauan serta lawatan mangsa banjir, pihaknya dengan kerjasama Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sedang mengadakan perbincangan tentang bantuan selanjutnya yang boleh dihulurkan pasukan Unit Amal.

"Sekiranya bekalan air pulih kita akan bersama-sama membantu penduduk di sini membersihkan rumah mereka. Buat masa ini kita tidak dapat menjalankan kerja pembersihan memandangkan tekanan air rendah,"katanya.

Dalam pada itu, Pemuda PAS juga menghulurkan bantuan air mineral memandangkan bekalan air yang tidak bersih selepas banjir.

Friday, June 8, 2007

Ya ALLAH

Hati yg menghadap Yang Esa
terasa makin hari makin jauh dariNya
mungkinkah kerana bertambahnya karat di hati
atau amalan yang tidak sempurna
lalu tidak diterimaNya
lantaran kesannya kembali pada hati

bagaimana nikmat yang dikurniakanNya
adakah sudah aku pergunakan sebaiknya
atau mungkin tergolong dalam orang yang kufur nikmat
bagaimana pula hubungan sesama makhlukNya
sudahkah aku menjadi insan yang menunaikan amanah
atau masih kurang sempurna lalu banyak lubang2 tercela
yang akhirnya mengundang murka dariNya
takut untuk bertemu denganNya
dengan amalan yang tidak seberapa
dan mungkin juga dosa yang akan mendahului pahala

Ya Allah betapa leka & lalainya diri ini
sesungguhnya semua ini akan dipersoalkan dihadapanMu
bersediakah aku...

Ya Allah..Ya Raheem..pimpinlah diri yang lemah ini
agar sentiasa tetap di atas jalan yg Engkau redhai
dengan amalan yang diangkat
suci dari perkara yang Engkau murkai
dengan hati yang bersih
Ya Ghaffuur...ampunilah segala dosa2ku
agar kembalinya aku disisiMu
bukan dalam satu penyesalan...

Santai INTEAM
















Saturday, June 2, 2007

Kalau dahi tak mencecah sejadah didunia

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
>Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Allahu Rabbi...ku minta izin

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu
yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya
penuh dengan kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati
cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu...Amin !

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Wallahu'alam...
Renung-renungkanlah...