Thursday, June 21, 2007

Untukmu Sahabat

Tahukah wahai teman. Sahabat ini begitu bersyukur kerana telah dijentik sewaktu persahabatan itu. rasa kemanisan itu hadir kembali. rasa ALLAH melihat kembali. rasa bahagia untuk meneruskan kehidupan dalam menggapai cinta ILAHI. Kau kata kau takut api neraka. Sahabatmu lagi lah wahai teman. Cuma sahabatmu itu tidak boleh menunjukkannya di hadapanmu. Setiap kata-katamu sahabatmu ini simpan jauh di lubuk hati. Sahabatmu telah tersedar dari lena yang panjang. Sahabatmu itu makin kuat teman. Sahabatmu dapat menangkis fitnah yang datang. Sahabatmu belajar untuk fokus terhadap nawaitu hidup. Fokus dalam menggapai impian yang indah. Impian yang dicita-cita oleh segenap mukmin. Sahabatmu itu merasakan bahawa ALLAH telah melihatnya….

Em…. Memang pandangan ALLAH tidak pernah lari kepada hambaNYA…. Mungkin kemanisan ini dikecap kerana doa seorang teman kepada temannya yang lain. Menyebabkan ALLAH redha. ALLAH menghidupkan kembali hati sahabatmu ini.

Teman. Ketahuilah bahawa sahabatmu ini kembali hidup hatinya dengan kata-katamu. Pedas. Berbisa. Tapi kadang-kadang ia perlu untuk membangkitkan diri… Engkau harus bersyukur teman. Engkau punya banyak ilmu sehingga mampu menyampaikan kepada orang lain. Orang yang amat memerlukan. Engkau harus jadi lebih baik daripadanya. Andai engkau menasihatinya membaca Al-Quran sejuz sehari.. Engkau bagaimana? Bagaimana dengan qiammu? Bagaimana dengan puasamu wahai teman? Bagaimana dengan hubungan dan kecintaanmu kepada ILAHI? Adakah engkau telah berjaya meletakkan ALLAH di tempat teratas di dalam hatimu? Atau engkau masih takut? Engkau takut dengan bayang-bayang sendiri… Bagaimana dengan hatimu? Adakah ia tulus kerana ALLAH? Perjuangan yang engkau lakukan itu mutlaknya kerana ALLAH? Adakah engkau bisa menjaga jiwamu daripada riak dan takbur? Ingat teman…. Kehebatan itu hanya milik ALLAH. Benar. Jiwa temanmu hidup setelah mengenalimu tetapi ia yakin!!! Bukan engkau yang menghidupkan hati yang mati itu tetapi TUHAN yang kasih kepada dia lantas memberi peluang kepada hamba pilihanNYA itu untuk kembali kepadaNYA.

Teman… Ketahuilah… Andai engkau telah letakkan hanya ALLAH dalam hatimu, engkau pasti kan berjaya menghadapi ujian mendatang. Entahlah teman. Sahabatmu ini sendiri tidak tahu apa yang dicoretkan tetapi tinta ini adalah khusus buat seorang sahabat. Sama-samalah kejar impian dalam menggapai cinta ILAHI. Mungkin laluan dan jalan yang berbeza tetapi yakinlah. Doaku seorang sahabat tidak akan luput buat dirimu. Jadilah umpama seekor singa yang hebat bertempur mengaum di siang hari dan umpama seorang abid yang merintih, merayu menghadap Pencipta pada malamnya. Jangan hanya menjadi seekor singa tetapi singa itu tidak bergigi rupanya.

Benarlah seperti mana janji ALLAH….'Jangan kamu kata kamu beriman selagi mana kamu belum diuji.' Teman…. Kini… Sahabatmu ini berhadapan dengan situasi yang pernah berlaku satu ketika dulu. Ia hadir tanpa diundang… Tanpa dipinta… Mungkin ALLAH mahu melihat keikhlasan temanmu ini dalam mengejar impian menggapai cinta ILAHI…. Entahlah teman. Hati yang sudah dicuci didatangi debu-debu hitam lagi. Disuruh pergi… Makin makin datangnya…Mungkin mereka takut sahabatmu ini lari jauh daripada mereka menyebabkan mereka yang membisu selama ini kembali mengharapkan sesuatu. Memang di luar dugaan. Temanmu rasa kuat tetapi temanmu tidak tahu sejauh mana diri mampu mengawal hati ini. Teman….Seperti dirimu, sahabatmu ini takut api neraka. Sahabatmu sudah minta ia pergi jauh-jauh tetapi ia begitu degil dan tidak mahu berganjak. Baiknya, sokongannya ditakuti akan membawa masalah jiwa yang menyebabkan sahabatmu ini kembali tersungkur. Mohon kekuatan daripadaNYA……Teman….Sahabatmu ini begitu bahagia dengan kehidupan sekarang. Hati yang sentiasa cuba untuk dibersihkan. Mata yang mudah untuk mengalirkan airnya di hadapan Kekasihnya. Moga dikau dapat mendoakan sahabatmu ini agar ALLAH pelihara sampai akhirnya.

Akhiru kalam. Renung-renungkan wahai teman. Jadilah seperti mana dikau yang dahulu. Jangan berubah. Letaklah ALLAH di tempat tertinggi. Hanya ALLAH dan untuk ALLAH. Segalanya ALLAH. Hidup dan mati hanya untuk ALLAH. Penyerahan diri hanya kepada ALLAH. Moga kita kan sama-sama dapat mencapai apa yang pernah kita impikan dalam mengejar impian sendiri. Pesan buat dirimu jua diriku yang sering lupa

1 comment:

bfggds said...

The art of being a top golfer includes correct alignment of the pelvis, Moncler shoulders and neck in order to achieve the magic swing that takes them to the pinnacle of their class. UGG Bags The swing of the golfer is actually pelvic rotation which involves the lumbar spine, the sacrum and most importantly the sacroiliac joint. Nike Air Max Just read old Ben Hogan's book written years ago - somethings don't change Hogan Sale .