Wednesday, May 27, 2009

Nasihat Imam Shafie dalam Persahabatan ( part 1 )

Ø Aku mencintai sahabatku segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak-saudaraku.

Ø Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Ø Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Ø Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat semakin aku percaya diri.

MENCARI SAHABAT PADA WAKTU SUSAH

Ø Belum pernah ku temui di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Ø Jika suka yang melanda, aku sering bertanya, “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

PASANG SURUT PERSAHABATAN

Ø Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

 Ø Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

 Ø Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

 Ø Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang yang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

 Ø Mengasingkan diri lebih baik dari bergaul dengan orang jahat.

 Ø Apabila tidak ketemu sahabat yang taqwa, lebih baik aku menyendiri daripada harus bergaul dengan orang jahat.

 MENGHADAPI MUSUH

Ø Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan.

 Ø Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

 Ø Semua itu ku lakukan agar dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

 Ø Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang ku benci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang ku cintai.

 

No comments: