Friday, July 6, 2007

Neraka Jahanam

Keluasan Neraka yang amat dasyat. Untuk dikongsi, betapa kasihnya
Rasulullah kepada umatnya. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra
berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak
biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh
nabi saw "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi
orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa
kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu
tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka
ia hitam gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang
jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai
yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya
akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-
potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi saw bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah saw: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi
Isa as serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu
kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga
tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis
dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang
yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama
Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah saw sehingga
ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu
yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi saw jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi saw di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi
saw menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi saw masuk ke
dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

1 comment:

bfggds said...

Customized women's leather jackets are supposed to north face jackets give you not just the perfect fit but also the perfect style and color that suits your taste. When you decide to have your jackets customized, Moncler Outlet you need to find the right maker who can do it well for you. You have to make sure that your jackets can be worn along with your other wardrobe for every occasion. The North Face Sale This will make you investment for customizing jackets very practical and cheaper in the long run.