Tika kau lemah..jadikan ALLAH sbg tempat utk meluah rasa..Tika kau goyah,kau perlu kuat kerana kau pembawa agama..Tika kau rebah,kau harus tabah kerana kau mujahidah muda
Sunday, December 18, 2011
SEKADAR RENUNGAN
Siapakah orang yang sibuk?, Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Alhamdulillah, mudah-mudahan ia dapat membantu kita mengenali lebih dekat siapa sebenarnya diri kita di muka bumi ini.
salam... datang ziarah
thanks share...,
ia benar
renungan yang indah buat saya di pagi yang hening ni...Alhamdulillah:)
thankz! sebagai peringatan untuk sahabat sesama muslim
http://sayap-kehidupanku.blogspot.com/
sesuatu yang ditunggu dari Ilmu yang dipaparkan dan aku besetuju apa yang dihebahkan dan sudah tentu al Quran hebahan yang terbaik...
Post a Comment