Hadith : |
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.” Riwayat Ibn Abi Dunya |
Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah
antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan
keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal
emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua
mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan
bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya
daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan
dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang
itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam- macam.
Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan
lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang.
Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara
yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama
atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri
jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.
2 comments:
Hi, Hi, i like Your Blog, I like Your Comments. Nice Job. If to know more about Fitness Training ,Corporate Fitness Training,Mobile Training ,please visit our website.
Nice Blog, i like it, I am Michael as a Personal Trainer. To know more about Personal Trainers please visit website.
Post a Comment