Wednesday, December 28, 2011

Panduan untuk mereka yang diuji

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai
oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah
seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi
dadanya dengan keimanan.”
Riwayat Ibn Abi Dunya

Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah
antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan
keimanan.


ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal
emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua
mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan
bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya
daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan
dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang
itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).


iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam- macam.
Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan
lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang.
Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”

iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara
yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama
atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri
jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

Ular yang tidak berdosa


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu
mereka cuba membunuh ular itu.


Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

Sunday, December 18, 2011

SEKADAR RENUNGAN



Siapakah orang yang sibuk?, Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Thursday, December 8, 2011

Perjalanan seorang insan



Walaupun kisah sudah berlaku 6 bln yg lepas, namun ana tetap nk juga bercerita..hehe..Perjalanan melahirkan seorang insan di muka bumi ini...bukan mudah untuk bergelar seorang ummi namun dengan berbekalkan semangat ditambah dengan dorongan suami, pengalaman bergelar seorang ummi merupakan suatu saat yg paling manis dlm kehidupan....

Perjalanan kisah bermula pada pg 25/5/11 lebih kurang pkul 10.00 pg terasa ada darah mengalir...perasaan takut menguasai diri ditambah waktu itu berseorangan di rumah..terus call hubby minta balik ke rumah...sampai di hospital cek masih blum terbuka tp darah yg keluar agak byk...so kena tahan di wad..scan balik di wad rupanya uri di bhgian bawah..

2 hari berikutnya pendarahan berhenti namun ana terpaksa di tahan di dlm wad memandangkan keadaan uri di bawah...kalu ikut bhs perubatannya PP type 2..memandangkan waktu itu kandungan bru 33 minggu so dr nk scan blik bla 34 mggu nk tengok kedudukan uri..kalu masih di bawah bermakna kena operation..namun kuasa Allah mengatasi segalanya..lbih kurg pkul 1 pg 1/6/11 ana bleeding balik..so pg tu terpaksa puasa sbb tkut trpksa buat emergency cesarean..tp alhamdulillah ptg drh berhenti..so ptg tu blh la mkn blik...so lega la...tp tnpa disangka pg 2/6/11 sekali lg pendarahan berlaku..kali ni mmg byk smpai katil pn bsh...so pg time dr round wad dr cdgkn ana dipindahkan ke HDU..HDU ni wad intensive care la..so seorang nurse akn jga ana spnjang masa..Dlm 30 min sekali nurse dtg cek..pkul 6.15 ptg ana mula rasa sakit contraction..nurse pn cek tkut slh kn huhu yela first time mengandung..huhu bila nurse cek so mmg btul contraction so 6.48 ana dibedah..

perasaan masa tu hanya Allah je yg tahu..sbb hubby xda kat sebelah..time tu pulak kereta rosak...so sblm masuk bilik bedah tu x jmpa hubby lgsg..perasaan takut gementar dan mcm2 la..tambah plak hubby xda..so msa dlm bilik bedah tu rasa cam nk ngis je..huhu bila nurse tenangkn ana so perasaan gementar kurg skit..operation lbih kurg 30min...waktu ana dengar suara tangisan si kecil mengalir air mata...Akhirnya seorang lg hamba Allah selamat lahir ke dunia..Subhanallah..hilang segala perasaan takut dan gementar...hanya kegembiraan menyelubungi jiwa..

Disebabkan baby lahir x ckup bulan so dia terpaksa di pantau di NICU..nasib baik tak masuk dlm incubator sbb brat dia ckup..2.2kg..so just nk pantau kesihatan dia baik or x sblm blh bwk balik..alhmdulillah segalanya berjln dgn lancar..baby hari ke-4 smkin sihat n blh bwk blik..dan sekarang NURUL ARIFAH BARMAWI semakin membesar dgn sihat dan riang...terima kasih kepada smua sahabat2 yg dtg melawat sewaktu dlm pantang..dan sentiasa memberi semnagt...jazakumullahu khairan kathira..

gambar arifah 4 bulan



Setelah sekian lama


Alhamdulilalh setelah sekian lama menyepi hari ini ana akan kembali menulis...Sudah sekan lama blog ini usang, terbiar suram muram lantaran kekangan masa membuatkan ana tidak menulis untuk sekian lamanya....

Bertitik tolak dengan melahirkan penyejuk mata penawar di hati sehingaalah ana sudah mula bekerja kembali selama itulah ana menyepi...

Insyaallah ana kembali melarikan jari jemari di atas keyboard untuk kembali bersama sama berkongsi segala yang mampu untuk dikongsi bersama...Terma kasih kepada yg selama ini menyokong ana, yang blog walking ke blog ana jazakumullahu khairan kathira...

Monday, January 3, 2011

Tahun Baru yang menjelang


Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk menghirup udara di muka bumi Allah ini...sedar x sedar pejam celik pejam celik sudah sampai ke tahun baru 2011...agak lama blog ni ditinggalkan bersawang di sana sini..moga tahun ini memberi kekuatan pada diri untuk terus menulis di blog yg trsayang ni...

2011...pabila masuk tahun baru seperti lazimnya soalan2 yang kerap diutarakan adalah "apa azam tahun baru?". Kenapa perlu menanti kehadiran tahun baru untuk membina azam yg lain meneruskan azam atau apa saja..Pada saya tidak perlu tunggu tahun yg berikutnya untuk kita perbaiki diri kita...Kita perlu untuk perbaiki diri dari sehari ke sehari...hari ini lebih baik dari semalam dan esok leboh baik dari hari ini..Bukankah begini lebih elok..namun tidak mengapa jika ada yg menunggu tahun baru untuk perbaiki diri sekurang-kurangnya masih lagi mempunyai semangat dan azam untuk berubah...

Bagi saya tahun lalu yang ditinggalkan banyak mengajar erti kehidupan memberi seribu pelajaran dan pengajaran dalam mematangkan diri untuk menempuh kehidupan ini...seribu macam suka dan duka yang dilalui..namun itu tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kehidupan di ambang tahun baru..

Semoga tahun baru yang menjelang ini memberi lebih makna dan sinar dalam kehidupan kami sekeluarga..kita bukalah buku baru..sengketa-sengketa lama dilupakan..perbaharui segalanya...perbaiki amalan perbanyakkan ibadat...moga Allah merestui dan merahmati seluruh umat Islam di muka bumi ini...dan semoga thun baru ini dengan debaran menanti kehadiran orang baru dlam kehidupan membawa lebih kerahmatan dalm rumah tangga kami..insyaALLAH amin!!

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI, SAHABAT2,SAUDARA MARA DAN YANG MENGENALI DIRI INI..