Monday, March 2, 2009

Ya Allah..Leraikanlah keluh kesah diriku


Minggu ini baru hendak bermula..Walaupun hari ini baru hari Isnin hari pertama di minggu ni namun cabaran dan dugaan yang 'saya' hadapi terasa seperti tidak sanggup untuk menempuh hari2 yang berikutnya..Btul kata org jika terlalu gembira pasti kita akan menangis..Itu yg 'saya' alami..Semalamnya 'saya' terlalu gembira dan hari ini 'saya' menangis..Mungkin semalamnya kegembiraan itu melalaikan hingga membawa kepada 'amaranNya' pada hari ini..

Bermula dengan cabaran di awal pagi..Bangun dari tidur sudah ada yg menduga diri..Tapi masih mampu mengawal emosi dan jiwa..Teruskan juga perjalanan kehidupan seharian sebagai seorang pelajar..Namun disitu sekali lagi 'saya' diuji..Hari ini hari Isnin yg sepatutnya semua pelajar berpakaian formal tetapi 'saya' terpaksa memakai kemeja yg mmg 'saya' x suka untuk pakai atas sebab 'saya' perlu untuk present mock meeting..Bersama sahabat2 tunggu kehadiran lecturer sampai pkul 9.15 last2 dapat tau dia MC so klas cancel..Temperature sewaktu semakin naik sbbnya ini bukan kali pertama kami terpaksa memakai blazzer dan kemeja dan kemudiannya mock meeting tu x jd sbb cancel..Masuk kali ini dh kali ke 4..'Saya' berjalan balik ke bilik dengan perasan sedikit tidak puas hati...

Sampai di bilik lagi sekali 'saya' diuji..Namun diri masih mmpu mengawal emosi lagi..Teruskan ke klas CHM 360 pkul 11..Alhamdulillah klas lancar dan tiada ujian yg dialami..Pkul 12 balik ke bilik 'saya' hanya berkurung di dalam bilik mengadap laptop dan mndengar nasyid..'saya' x mampu utk kluar duduk di ruang tamu dlm keadaan yg x tenang..Klas pkul 2 pn alhamdulillah berjln lancar tnpa sebarang halangan..Pulang ke bilik dlm pkul 3.30ptg..masih berkurung dlm bilik..tetapi disaat itu temperature semakin meluap disebabkan sikap2 bermuka-muka..kemudian dpt msg dr presiden MPP pkul 6 ada meeting..Pkul 4.30 ust msg tny mcm mana keadaan dan brtanya blh tidak untuk berjumpa..Dia bnyak sruh 'saya' bersabar dan bersikap matang..selesaikan dgn cara muafakat..jgn berdiam diri..Agak lama bersama berbincang dgn ust dan pjg lebar jgk tazkirahnya pada 'saya'..

Pkul 6 pergi ke meting MPP..dlm keadaan temperature yg semakin meningkat emosi x stabil..terus kena serang dgn kaunselor..Sampai saat ini 'saya' terfikir sgt berbeza kaunselor ni dr yg lama..Persoalan yg bersarang di benak 'saya' adakah seorang kaunselor meninggikan suara x tentu pasal pada student??Kebetulan 'saya' agak x mengemari kaunselor yg baru ni..waktu tu mmg thap kemarahan di tahap tertinggi sehingga 'saya' merasakan kaunselor tu kecik je..pasti syaitan2 bersorak riang jika 'saya' apa2kan kaunselor tu..terasa ringan tgn nak balik note pad kat muka dia..namun akal fikiran masih waras..pkul 7 lebih ust cal bertanya lagi mcm mana keadaan diri..namun saat itu tidak mmpu untuk diri menahan emosi...'saya' menangis sewaktu bercakap kerana sudah berada di puncak kemarahan..Ust memberi tazkirah yg lebih panjang dari petang tadi dan menyarankan utk 'saya' pulang menenangkan perasaan di rumah..saat ini masih lagi berkira2 hendak pulang kerumah atau tidak..

Ya Allah,
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah denga hasutan syaitan
Kurniakanlah kepada ku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar Mu berikan ku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan..

1 comment:

Anonymous said...

salam takzim dan ziarah.................