Monday, December 22, 2008

Pesanan buat sahabat2 SCH

Alhamdulillah,

Kita kini masih diberikan nafas dan dipanjangkan umur hingga ke saat dan ketika ini, agar kita sentiasa berusaha untuk pulang pulih sediakala seperti keluar dari perut ibu mengandung, suci sesucinya bak kain putih yang belum dicorakkan, moga kita dapat mewarnainya dengan lukisan-lukisan yang indah dan menenangkan jiwa...insyallah.

Dalam ,menempuhi keadaan sukar persatuan kita, sebagai ahli yang juga insan bernama muslim, kita wajib membuang sejauh-jauhnya perasaan dendam, hasad dengki, sikap yang mengundang pergaduhan, pertengkaran dan sebagainya. Buanglah segala sikap dan perangai tidak elok kita yang berpunca dari sikap fanatik kita terhadap perkara-perkara yang terjadi pada persatuan.

Tidak perlulah di'highlight'kan pantang larang perguruan "JANGAN BERGADUH SESAMA AHLI" hanya kerana tidak mahu diderhakai, dan juga janganlah kita terus memburukan-burukan dan membuka keaiban orang lain berterusan hanya kerana ingin "MENEGAKKAN KEBENARAN". Cukuplah dengan apa yang terjadi sepanjang dua tahun yang lepas. Marilah kita membuka lembaran baru dalam persatuan ini agar terus realistik dalam dunia yang serba moden dan berteknologi tinggi ini. Apa yang lepas biarlah menjadi sejarah, dan usah dikenangkan lagi, fokuskan tumpuan kita bagi terus mengembangkan ilmu yang berguna demi agama bangsa dan negara ini.

Apa yang penting adalah, sebagai seorang Islam, kita semua adalah bersaudara, kerana itu, umat Islam perlu kuat dan tidak boleh berpecah belah apatah lagi bergaduh hanya disebabkan berlainan "fahaman yang bukan agama". Jika kita orang Islam, kita dengan automatiknya, tahu yang kita wajib "JANGAN BERGADUH SESAMA ISLAM"!

Seperkara yang ingin saya fokuskan pada kali ini, adalah mengenai sesetengah pihak yang suka mendakwa andai kita bersama guru yang benar, nescaya ilmu yang kita pelajari berkat dan "menjadi". Jika bukan guru yang hak, maka tiada "roh"nya, maksudnya ilmu menjadi. Lebih hebat lagi, diperkatakan andai Silat Cekak Hanafi bergaduh dengan Silat Cekak Malaysia, maka akan kalah si Silat Cekak Malaysia itu!

Apa yang ingin saya tekankan disini, betul, ilmu adalah berkat jika kita belajar dengan guru yang betul, tapi, betul yang bagaimana? Adakah ia betul kerana ia keturunan guru yang sebelumnya? Ataupun betul kerana ia mengajar ilmu agar kita berada di jalan yang lurus dan diredhai Allah swt?

Fikir-fikirkanlah, ilmu itu bukan milik manusia, tetapi milik Allah swt, juga bukan milik sesuatu keturunan. Andai ilmu itu milik keturunan, nescaya yang akan mengajar agama islam di muka bumi ini adalah keturunan Rasullullah saw, bangsa Arab Quraisy.

Ilmu juga menjadi berkat dan "menjadi", andai kita mengamalkan kerana Allah swt, dan mengamalkannya kerana ingin menjaga diri, seterusnya agama bangsa dan negara yang tercinta ini. Andai benar sekalipun guru itu, jika kita yang ,mempelajarinya mengamalkan ilmu ini ke jalan yang salah, maka ilmu itu tiada menjadi, malah memakan diri kita kembali.

Berbalik kepada cerita CM dan CH tadi, andai si CM itu benar dan berniat baik, maka Allah swt akan menolongnya, begitu juga sebaliknya jika CH benar dan berniat baik.

Kesimpulannya, keberkatan ilmu itu datangnya dari niat kita yang baik, dan tujuan kita mengamalkannya, insyallah andai kita berniat ikhlas, maka Allah swt akan menolong kita serta memberkati ilmu yang kita pelajari, sekaligus menjadikan ilmu itu, "JADI".



Wednesday, December 3, 2008

hmmm..nak wat pa nih??


hmmm...dh lama jugak cuti sem...huhu baru duduk kat umah brapa ari dh bosan bangat....nk wat pa nih???huhuhu..

setakat ni duk umah..mkn tidor tgk tv...ckup time solat..paih tu tgk blik tv mlm tidoq...
kalu ari2 gini gumuk dan brtambah mls la saya...

tp nk wat pa...rasa mcm nk blik kolej lani ja..bohsan....huhu

Wednesday, October 29, 2008

Penantian Berakhir..


Akhirnya segala penantian yg mendebarkan tamat hari ni...Semalam x dapat tdo dengan lena memikirkan keputusan hari ni...Seawal jam 8.30 pagi dh barsiap untuk ke hospital..Appoinment pkul 10 pgi..

Sepanjang perjalanan hati ini x tenang sebab fikirkan result yg bakal diperolehi...Hati ini hanya mampu berdoa dan bertawakal...
Sampai hospital lagi 10 minit pkul 10 pagi...dapat no 093..hui lamanya nk kna tgu...sementara menunggu angka giliran yg sgt lama...bca la dlu note sbb dh nk dkat final exam...tapi skjap ja..sbb pastu mata rasa mengantuk sgt2..yela smlamnya x lena tdo..asyik trjaga2..

Dalam pkul 12.30 bru dpt jmpa dktr..hui..stlh lama menunggu..dapat jugak masuk jmpa dktor..tapi masa nk masuk ke bilik dktor debaran di hati x tau la brapa km/h..lajunya..


Dengan lafaz basmallah ana buka pntu bilik dktor n mlgkah masuk..ku cuba bertenang sedaya mungkin..doktor tu pn mcm fham je kan..dia pn wat lawak..sblm bgtau kptusannya..


YA ALLAH beratnya ujian Mu kali ini...x terdaya rasanya diri ini ingin memikul dugaan ini..terasa ingin ku limpahkan airmata yg sudah lama ditahan...namun ku kuatkan hati agar airmata ini tidak tumpah...


Apa yg slama ni ditakuti..dikhuatiri akhirnya trjadi..keputusan ujian lymphoma postif...terasa spt syiling hspital tu jatuh hmpap diri ni...selepas ni harus jalani treatment di Institut Perubatan Respiratori (IPR)..untuk susulan..
moga smuanya akanberakhir dgn baik..amin..

Saturday, October 18, 2008

Ada hikmah di Sebalik Ujian ini



1. Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa, yang sebelumnya tidak pernah nampak.

Seseorang berkata: ”Maha Suci Dzat yang telah memunculkan doa hambaNya dengan cara memberinya cubaan.” Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah memberikan cubaan kepada seorang hambaNya yang soleh, lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya:”Tujuannya adalah agar Aku medengar suaranya.”Maksudnya, doa dan permohonannya.

2. Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.

Allah berfirman: Ketahuilah! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas.Ketika melihat dirinya merasa serba cukup. (Al-An’aam: 6-7)

3. Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang tertimpa musibah.

Sesungguhnya manusia mempunyai kecenderungan untuk bersimpati dan saling membantu ketika tertimpa musibah dan bencana.

4. Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri.

Kerana musibah yang menimpa seseorang jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya.Seseorang yang ditimpa musibah akan diberi ampunan atas dosa-dosanya dan kesalahannaya dan akan diberi pahala oleh Allah. Jika seorang hamba telah mengetahui bahawa semua hal yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik dari adanya musibah, nescaya ia akan tenang, tenteram, tidak akan gelisah, dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah. ......sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar : 10)



Bersabarlah duhai hati..

Akhirnya..

Alhamdulillah setelah melalui minggu2 yg amat meletihkan,akhirnya dapat jgk merehatkan diri dengan erti kata sebenar2 benar rehat..

Bermula dengan keadaan diri yg x berapa sihat kebelakangan ini..memaksa diri berulang alik ke klinik dan juga hospital..cukup meletihkan..inilah ujian dari Yang Maha Kuasa utk diri ini...wlaupun memang penat untuk berulang alik ke hkl tapi yerpaksa digagahkan juga untuk mengubati dir walaupun pada hakikatnya diri hanya dapat berserah pada tkdir Yang Maha Esa..

Walau apa2 pun keputusan yang bakal diterima dari dktor di hkl samada positif atau negatif diri ni mghidap lymphoma ( sjnis kanser darah ) diri ni akan tabah menerimanya..InsyaAllah..(doakan saya ya)...

Memandangkan final exam semakin hampir so lecturer pun sibuk nk buat kuiz dan test...otak letih rasanya bila test dan kuiz berturut-turut tanpa henti...tapi itulah tugas seorang pelajar..nak buat pa lagi kalau x blajar...

Alhamdulillah segala kepenatan itu akhirnya tamat juga untuk minggu ni..Sebelum final exam bermula diri ni k brehat secukupnya lantaran keadaan diri xmengizinkan..

buat sahabat yg da pelawa ke mana2..ampun dan maaf diri ni pohonkan x dpt nk penuhinya..memandangkan kesihatan diri x mengizinkan...

Saturday, October 4, 2008

kena tag...

alamak...ana pun kna tag jgk ka...iskh..iskh...ok2..

Question 1: What were you doing 5 years ago?
Answer : Disember 05 tgh wat biomedik..june 08 brtanding wajadiri (blh kira jgk ker)..hehe

Question 2: What are the 5 things on your to-do list today?
Answer : 1. Siapkan assignment biologi...
2. Kemaskan beg nk blik key ell..
3. Settlekan progaram Silat Cekak Hanafi

Question 3: What are the 5 snacks that you enjoy?
Answer : 1. Indulgence..(tapi x leh mkn bnyk pn)
2. Ais krim coklat..
3. Coklat..(ni pn x leh mkn bnyk)
4. Peyek...
5. karipap..heheh

Question 4: What are the 5 things that you would do if you were a billionaire?
Answer : 1. beli umah...
2. semua gi haji/umrah..
3. bantu org2 yg memerlukan..
4. beli kereta idamanku...
5. pas gi haji bawak smua g jalan2..heheh

Question 5: What are the 5 jobs you've had?
Answer : 1. Fasilitator (keje ke nih)
2. wat website..huhu..
3. yg lain tgu abes blaja..heheh

OK...finally the 5 lucky people that hopefully will continue this tag:
Answer : 1. Mujahid007 (:-D)
2. Mohamad
3. Cicah
4. Ikmal ( :-P)
5. Atikah

Wednesday, October 1, 2008

RaYa..rAyA..

Alhamdulillah....
hari ni semua umat Islam meraikan hari kemenangan..meriah...melahirkan kesyukuran dalam kemeriahan....hari ni lepas solat raya...satu family ambil gmbr n bermaafan..khalas,pergi ke kubur arwah atuk n arwah makcik...blik umah juz layan2 budak2 dtg umah n mengadap tv...huhu..
hnya itu setakat raya pertama ni...

raya kedua..
raya kedua..perancangan dh dibuat..huhu dari smlm kaum2 ibu dok sibuk wat prjlnan nk beraya ke mana dan ke mana...dlm pkul 11 lebih kami pn bertolak ke simpang dlu..then lepas ke simpang kami ke bagan serai..umah pakcik meor..wktu dh dlm tghari..perut masing2 dh klaparn..smpai umah pkcik meor nasi dah trhidang dgn laksa...pa lagi mula mkn laksa dlu..org kata pns kn enjin...dan mkn nasi...tgk lauk mmg sdap..ikan bakar..ikan keli masak tempoyak kari ayam dll...macam2 lagi la..ana mmg dh lma x mkn tempoyak ni..mmg mncari kat kl lagi tme bulan posa..tp x jmpa tempoyak..dpt hari ikan keli tmpoyak..mmg x pndang kiri kanan dh...heheh sembang pnya sembang x sedar hari dh petang...

opah dll nk teruskan perjalan ke lenggong..ana dh x larat dh..n memikirkan assgnment yg x siap lagi..ana n kakak ipar ana tggl kat umah..yg lain trus beraya...smpai pkul 1 lbih pagi...(btul beraya sakan depa ni )

raya ketiga...
ana menerima kunjungan yg blh dikatakan sbg kunjungan bertuah..(ye ke..ntahla..hehe) mereka smpai dlm pkul 9 lbh...mka smpai ketibaan saudara mujahid007 and da geng..(gengnya adk prmpuan dia yg bongsu,kwnnya 3 org)..hehe..dia x bg posting ni..ana x kira nk posting jgk..hihi..mnta ampun ya..

smpai ja mereka..dari umah yg snyap (sbb yg kcik2 dh blik) trus jadi riuh meriah sbb keriuhan dan kemeriahan si mujahid007@nama sbnarnya muzaffar..heheh..mmg kecoh la..
siap dgn opah n mak ana pn meriah skali..al maklumlah org kuale jmpa org kuale..abes crite..kluor smue bhse kuale..

hehe..sbb yg dtg pn 5 org jakan..kbtulan masak pn bnyk..maka dgn sgla hormatnya 'tetamu2 khas' ni dijamu la nasi...heheh awal2nya malu2 jgk la kan nk mkn nasi tu..tpi abes jgk nsi dlm malu2 tu...hehe..mcm2 diorang ni...khlas smuany..'tetamu2 khas' ni pn mnta nk bransur..dlm pkul 10 gtu..tpi da la hmba Allah ni..bg duit rya kat ank buah ana xda smpul..hehe tp dlm begnya bnyk bebenor smpul ryanya..klam kbut ka gabra..hehe tp xpala ya kah..jnji ikhlas bgi tu..

Friday, September 26, 2008

Ramadhan yg akan berlalu,Syawal yg bakal Mnjelma

Ramadhan madrasah amal akab berlalu pergi..pergi meninggalkan diri..adakah diri ini akan menemui ramdhan yg akan dtg..sebak rasa di hati untuk merelakan ramadhan pergi..serasa mahu menahan ramadhan dari terus berlalu..namun ramadhan tetap akan pergi..semoga ramadhan ini menjadi ramadhan yg bermakna bgi diri ku dan bgi semua umat Muhammad..dan seandainya ramadhan ini adalah ramadhan yg terakhir bgiku..moga ramadhan kali ini mampu membelaku di sana nnti..insyaALLAH..amin..

apabila berakhirnya ramadhan kelak maka menjelanglah syawal yg dinanti2kan smua umat manusia...syawal yg disambut dgn air mata keinsafan..syawal yg disambut dgn meriah dan dikelilingi sanak saudara..namun jgn dilupakan pada mereka yg tidak bernasib baik dan anak2 kecil yang yatim piatu..

di kesempatan ini..dgn bakal menjelangnya syawal..menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat2...andai terkasar bhasa..terguris hati..trsinggung atas perbuatan dan kekhilafan diri ini...ana memohon ribuan jutaan ampun dan maaf..mohon dihalalkan segalanya..

buat abg khalid..maafkan abid dunia akhirat..halalkan makan minum abid...maafkan keterlanjuran kata2..keterlanjuran perbuatan...dan relakan pemergian diri ini dgn ikhlas..
moga abg sihat sentiasa dan bahagia dismping yg tersayang..sampaikan slam abid pada smua terutama azim yg comel...

buat shbt2 yg mengenali diri ini..di KTI,sahabat UNIC,FEZ,ukhwah.com ampunkan salah dan silap..moga ukhwah tetap berkekalan abadan abada..korang semua mmg best!!!sayang semua...
doakan diri ini..

akhirul kalam..sambut syawal dgn keinsafan dan meraikan kemenangan bersama..SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

ikhlas dariku insan yg lemah..
Nur Dhabitah@abid@btah

Sunday, September 14, 2008

Tabahkan Hatimu wahai Da'ie

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia
Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya"
Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali… Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"
(Al-Furqan:56-57)
Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" (Al-Anbiyaa':87)
Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…
Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

Sunday, September 7, 2008

Antara sabar dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala Allah: "Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "

Tuesday, September 2, 2008

RamAdhan MadrAsAh AmAl


Allahumma bariklana fi rejaba wa syabaana wa balighna ramadhan..


Berkata Miqdad (sahabat Rasul sebelum Perang Badar) kepada Rasulullah s. a. w: "Wahai Rasulullah! Kami tidak akan tinggal di sini sebagaimana dicakapkan oleh Bani Israel kepada Nabi Musa: 'Pergilah kamu dan Tuhan kamu dan berperanglah. Kami akan duduk di sini sahaja.' Tetapi kami akan berkata : 'pergilah kamu dan Tuhanmu dan berperanglah, dan kami akan bersamamu memerangi mereka.' "
Itulah yang contoh sahabat di zaman Rasul yang mengambil pelajaran kesalahan yang dilaksanakan oleh umat Nabi Musa.
Tertarik dengan Firaun?
Rupanya pengikut Nabi Musa banyak terpegun dengan Firaun. Umat Nabi Musa kemudian ditunjukkan kesalahan Firaun sebagai penzalim di atas muka bumi dengan kufur pada Allah dan menggunakan politik untuk melenyapkan kalimah Allah. Namun usaha Firaun itu gagal malah di akhir hidupnya, dia mengucapkan kalimah keimanan tetapi ia ditolak oleh Allah.(40:84-85)
Allah menunjukkan kematian Firaun di depan Bani Israel bagi menunjukkan kuasa manusia adalah terbatas dan kehebatan makhluk bukanlan yang hakiki sehingga kebanyakan manusia terpegun dan gerun. Kehebatan Allah-lah yang sebenarnya yang perlu kita imankan. Orang yang bersalah mahu kembali ke dunia .Dalam Surah Al-An'am, Allah menceritakan bahawa manusia yang berada di neraka Allah akan memohon pada Allah untuk dikembalikan ke dunia untuk membaiki amal dan memperbanyak kebaikan. Tetapi Allah menempelak mereka bahawa Dia mengetahui mereka akan kembali berbuat keengkaran walaupun diberi peluang sekali lagi. Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi Neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman. (Mereka mengatakan yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta. (6:27-28)
Hal ini tidak jauh bezanya analogi dengan Ramadhan yang kita ada sekarang.
Apa-apa kemajuan amal di bulan Ramadhan ini?
Telah bersabda Nabi SAW: Apabila menjelangnya bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu langit dan ditutuplah pintu Neraka Jahannam serta dirantai para syaitan. [Hadis al Bukhari]
Sepatutnya bila syaitan dirantai, kita akan kurang berbuat dosa pada Allah dan kita akan menambah amal serta membaiki diri. Mengapa ? Kerana ramai yang sering menyatakan bahawa mereka berbuat dosa lantaran syaitan menggoda mereka dan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat. Ada pula yang menyatakan syaitan yang mengganggu mereka sehingga tidak boleh ke masjid untuk solat, menutup aurat atau menjaga percakapan. Ada pula yang menyatakan syaitan menyuntik jarumnya hingga payah untuk solat di awal waktu atau belajar ilmu Allah. Dan ada pula berhujah: syaitanlah yang banyak menggoda untuk bercampur lelaki perempuan tanpa batasan.
Namun kalau Ramadhan sudah tiba, syaitan telah dirantai, tetapi masih lagi ada sisa tengik dosa di atas, mana silapnya?

Ramadhan - Madrasah Amal
Sebagaimana ada manusia di neraka nanti (nauzubillah min zaalik) yang mohon agar dikembalikan ke dunia, maka janganlah kita menjadi orang yang semata-mata meminta Allah kurangkan musuh penggoda agar mampu kita berbuat amal, tanpa usaha kita membaiki diri. Jika syaitan telah dirantai dan masih ada banyak dosa yang kita lakukan, koreksilah diri. Syaitan tidak berkuasa kecuali meniupkan was-was sahaja dalam manusia. Kita sendirilah yang perlu berubah mengawal nafsu untuk menurut perintah Allah. Inilah masa untuk memperbanyak amal.. agar lain sedikit dari hari biasa... dan moga madrasah amal Ramadhan membawa kesan di hari biasa nanti lantas kita 'deserve' untuk mendapat redha Allah kerana telah beramal dan mencari keredaan-Nya... dan tidak meminta Allah untuk dikembalikan ke dunia semula. Ameen

Sunday, August 31, 2008

Yiiipeee....AlhamDuliLlah

Hari ni genap 11 hari anak buah hamba yg kedua..hehhee baru sempat mnjenguk dia lantaran kesibukan yg melanda diri..tepat 1.19 pagi 21/08/08 selamat lahirlah puteri abg hamba yg kedua ni..Farah Damia Bt Mohd Hafiz..berat 3.5kg..alhamdulillah..bertambah lagi srikandi Islam..moga jadi anak yg solehah ya Damia...maksu sayang dia...

Negaraku Merdeka ke-51

Perpaduan Teras Kejayaan



Sebagaimana yang kita sedia maklum tema perayaan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke 51 bagi negara kita Malaysia adalah "Perpaduan Teras Kejayaan". Kita percaya bahawa setiap rakyat dan individu yang berfikiran waras sudah tentu bersetuju dengan maksud tema ini. Kebiasaannya, perpaduan yang jitu akan menghasilkan kejayaan yang manis sebagai natijahnya.


Ustaz Hanafi semasa zamannya sangat menekankan isu perpaduan ini. Sebagai pengasas Silat Cekak, beliau yakin perpaduan di kalangan ahli-ahli adalah satu unsur penting dalam perjuangannya. Ustaz Hanafi tidak sekalipun menganggap Silat Cekak sebagai milik mutlaknya atau milik warisan keluarganya. Pada beliau, Silat Cekak adalah satu wadah pergerakan bangsa, ugama dan negara. Dengan ini, perjuangan lahiriah dan bathiniah Silat Cekak dapat dianuti oleh semua. Kedua-dua jasad dan roh Silat Cekak diperjuangkan dan kejayaan dicipta.

Salah satu makna “cekak” yang digubal oleh Ustaz Hanafi adalah "padu". Bila ada perpaduan maka adalah kekuatan dan kekuatan ini yang telah menghasilkan kejayaan Silat Cekak di zamannya itu.

Sejarah telah merakamkan bahawa kegemilangan Silat Cekak telah dicapai melalui perpaduan jitu yang dilahirkan hasil didikan Ustaz Hanafi. Nama Silat Cekak dan nama Ustaz Hanafi menjadi masyur kerana perpaduan jitu yang wujud dikalangan semua peringkat ahli iaitu daripada ahli biasa sehingga ke para pemimpin di peringkat cawangan negeri dan pusat.

Kejayaan ini tidak akan terhasil sekiranya para pendukung tidak bersepakat dan bersatu padu di bawah kepimpinan Ustaz Hanafi. Salah satu kejayaan besar Ustaz Hanafi di zamannya adalah wujudnya satu pasukan kerja yang mantap dan padu yang menyokong dan mendukung perjuangan Ustaz Hanafi dalam Silat Cekak.

Bagaimana Ustaz Hanafi memupuk perpaduan dalam Silat Cekak?

Pertamanya, pantang larang Silat Cekak yang melarang ahli-ahlinya bergaduh sesama sendiri serta menghormati mana-mana silat melayu asli yang lain. Perpaduan diwujudkan didalam dan diluar Silat Cekak.

Keduanya, setiap ahli Silat Cekak mempunyai kedudukan yang sama tanpa mengira kedudukan sosio ekonomi seseorang mahupun umurnya. Di dalam pergerakan Silat Cekak, semua ahli mempunyai hak yang sama.

Ketiganya, sebagai pemimpin utama, Ustaz Hanafi telah menyatupadukan ahli-ahli Silat Cekak dengan cara bijaksana. Beliau boleh bergaul dengan semua peringkat umur samada yang muda, sebaya dan yang lebih tua. Beliau berlaku adil dalam segala tindakannya. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Teguran atau tindakan yang diambilnya adalah sejajar dengan kesalahan yang telah dilakukan. Ustaz Hanafi juga tidak mengamalkan sikap pilih kasih dikalangan ahli samada yang baru mahupun yang lama, di kampung mahupun di kota. Samada yang berjawatan atau ahli biasa. Disamping itu pula, Ustaz Hanafi tidak mengadu-domba ahli-ahli Silat Cekak. Beliau tidak mewujudkan budaya berpuak-puak dalam Silat Cekak. Inilah sifat kasih sayang tulen yang ditunjukkan oleh Ustaz Hanafi kepada semua anak muridnya.

Keempatnya, keupayaan Ustaz Hanafi sebagai seorang pentadbir telah berjaya menyusun pergerakan Silat Cekak dengan kemas dan teratur. Didukungi pasukan kerja yang mantap dengan ilmu dan kemahiran, maka kejayaan Silat Cekak sebagai silat nombor satu di negara ini pada zamannya tercapai. Silat Cekak disegani kawan dan lawan.

Kelimanya, Ustaz Hanafi menolak apa jua budaya taksub atau asyabiah terhadap dirinya sebagai guru. Beliau tidak akan membenarkan mana-mana ahli mengagung-agungkan dirinya sebagai guru utama sedangkan sebenarnya beliau adalah seorang guru yang berilmu lagi hebat. Bukan mudah untuk mendapatkan gambar potretnya. Bukan mudah untuk mencium tangannya kecuali sewaktu kunjungan hari raya. Bukan mudah untuk mendakapnya kecuali dalam waktu-waktu tertentu. Malah beliau tidak mengalakkan gambarnya digantung untuk di’sembah’ oleh anak-anak muridnya.

Daripada hujah-hujah yang disebutkan diatas ternyata Ustaz Hanafi telah berjaya mewujudkan perpaduan yang jitu dikalangan ahli-ahli sehingga memartabatkan Silat Cekak dipersada dunia persilatan di tanah air kita. Ini yang berlaku di zamannya.

Namun apa terjadi selepas Ustaz Hanafi meninggalkan kita 22 tahun yang lalu? Dimanakah kedudukan Silat Cekak di mata masyarakat umum sekarang? Mengapakah berlaku perpecahan sebanyak dua kali selepas Ustaz Hanafi kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 1986?

Sebenarnya, persoalan-persoalan ini perlu dijawab oleh mantan-mantan guru utama Silat Cekak kerana sebagai guru utama, mereka telah gagal memupukkan perpaduan dikalangan ahli-ahli Silat Cekak sehingga berlakunya perpecahan demi perpecahan. Sekarang, Silat Cekak tidak lagi semaju di zaman Ustaz Hanafi.

Jika Ustaz Hanafi berada dihadapan kita sekarang, apakah jawapan-jawapan yang akan diberikan kepada beliau?

Al-Fatihah

Petikan dari www.cekakhanafi.com

Wednesday, August 20, 2008

Moga Ku Temui Ramadhan Kali Ini..

Ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan...

Assalamu'alaikum w.b.t..Segala puji yang selayaknya hanya bagi Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan sahabat baginda sekaliannya yang berjuang menegakkan ISLAM dimuka bumi ini sehingga kita sendiri sebagai ahli gerakan islam dapat merasai nikmat yang besar: iman dan islam ini. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan kepada kita. Setelah kita melalui bulan Rejab, bulan tarbiyah tauhid, kita pun menempoh bulan tarbiyah ibadah, bulan sya’aban dan bakal meniti kita pula Ramadhan, bulan mendidik jiwa, mentarbiyah diri menjadi hambaNYA yang takut dan taqwa kepada Allah SWT. Selamat menempuh RAMADHAN AL-MUBARAK, bulan yang mulia ini dengan penuh penghayatan dan keazaman.RAMADHAN, BULAN YANG DIBERKATI, BULAN MENDIDIK JIWA

Ramadhan, bulan adanya satu malam yamg lebih baik dari seribu malam, Lailatul Qadr. Bulan yang diturunkan mukjizat teragung, kitab al-Quran ini melakarkan peristiwa-peristiwa bersejarah yang amat memberi kesan dan pengajaran seperti perang Badar, persiapan perang Khandaq, Penawanan Kota Makkah, perang Tabuk, pendaratan pasukan tentera Islam pimpinan Thariq bin Ziyad di Sepanyol, penawanan semula Baitul Maqdis oleh tentera Islam pimpinan Salahuddin al-Ayubi dan pelbagai peristiwa yang bersejarah. Tuntas, jadikanlah catatan sejarah ini sebagai pemangkin keyakinan dan semangat kita sebagai pewaris agama Islam. Marilah kita sama-sama renungi dan hayati kehebatan Allah S.W.T untuk menjadi hambaNya yang taat kepada perintah dan hukum-hukum Allah S.W.T di muka bumi ini. Marilah bersama memperbanyakkanlah amalan-amalan sunat seperti bangun malam, solat sunat, membaca al-Quran, bersedekah, membantu fakir miskin dan anak-anak yatim, belajar menyelami kesusahan orang lain dan pada masa yang sama menjaga pancaindera daripada perkara-perkara yang boleh mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa. Semoga ramadhan ini mendidik jiwa kita menjadi tabah dan sabar dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur ”AL-BAQARAH 185

Sempadan geografi tidak membataskan, umur tidak membezakan dan darjat bukan perhitungan, aqidah yang menyatukan. Tidak kira enlightened, hegemony mahupun lauza’ie hatta generasi pencetus AM kita merupakan satu keluarga. Syariat memagar kita, menjadi Hamba Allah yang takut dan taqwa kepadaNYA. Manfaatkanlah segala kelebihan dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk Islam di mana sahaja kita berada. Kita perlukan Islam, Allah memelihara Islam.jika kita enggan bersama Islam, Islam tetap terpelihara. Malah akan bangkit golongan lain yang bersama Islam.

Maaf atas segala kesalahan dan kesilapan. JazakAllahukhairan kathira wabarakAllah kepada semua sahabat-sahabat. Semoga sentiasa dalam rahmat hidayah dan tarbiyyah Allah SWT

Sirru a’la barakatillah.

Friday, August 15, 2008

Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Saturday, July 12, 2008

Wajadiri Silat Cekak Hanafi 08

Alhamdulillah..tamat segala debaran2 yg dialami..pada 08.06.08 bertmpat di KUIS selamat berlangsung Wajadiri Silat cekak HAnafi...pengalaman pertama dan amat mengembirakan...
malas nk citer pnjg..biarkan gmbr yg menceritakan sglanya..heheh


Tuesday, May 20, 2008

Dihimpit waktu..

Lama ana tidak mencoretkan apa2 di sini lantaran kesibukan yang melanda diri...mohon maaf kepada semua kerana tidak sempat nk update blog..sekarang ana agak sibuk dgn persiapan ke wajadiri..moga selepas ni ada sedikit masa untuk mengupdae blog ni..

Monday, April 7, 2008

Cantik..Menarik..Tertarik..Memang istimewa





Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,
WANITA! kerana, Setiap Wan ita itu Cantik...~
Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

BoiKot!!!!

Filem FITNA menghina kesucian Al-Quran dan Islam.Puak kafir sudah semakin berani memijak dan menghina maruah Islam.Mari sama-sama kita memboikot barangan dari Belanda..Ayuh penganut agama ALLAH bangkit bangun..Together we build people concern about Islam..

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. -
30. -
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain

Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-


Friday, April 4, 2008

Kenangan Semalam

Tanggal 3 April 2008..pkul 8 pagi...diri ini menerima perkhabaran yg amat mengecewakan hati..terasa pedih dan luka yg amat mendalam..tapi apakan daya itu semua harus ditelan walaupun teramat pahit..itulah kehidupan..adakala suka menyelubungi diri dan adakalanya duka yg menyelimuti..

namun apa yg berlaku tidak boleh ku undur lagi..biarkan ia berlalu pergi...namun bila dikenangkan pasti gugur air mata ini...


Tika terkuak jendela hari,
Fajar pun belum menyising lagi,
Tercari-cari kemana telah pergi,
Dia yg pernah menemani di sisi.

Ku harap sinar menerang kabus,

Agar terang lorong jalanan ku,
Ku sangka cerah siang ku hari ini,
Mendung pula menutupi.


Gerimis ini terlalu pagi,
Menghantar sayu pilu di hati,
Gerimis ini bagai mengerti,
Dikau yang pergi dari sisi.

Menyeka gerimis yg gugur di pipi,
Terimbau kenangan yg pernah terlukis,
Dalam gerimis yg bagaikan mengerti
Diri mu yang telah pergi dari sisi.

Ku pujuk diriku tidak menyesali,
Segala takdir Ilahi,
Namun hati ini sukar ku bohongi,
Kehilanganmu x berganti.

Gerimis tiba di hujungnya,
Sampai waktu kan berhenti jua,
Begitu jua hati ini,
Akhirnya akan menerima segalanya..

Kau tetap dalam ingatan dan doa ku..

*Dedicated to somenone special to my life*

Wednesday, March 19, 2008

Bakal2 doktor yg tgh bedah tikus..


Alhamdulillah..Selamat akhirny buat amali wajib..Mula2 sian jugak tgk tikus2 tu nk kna bedah..sbb semuanya comel..tmbah2 lagi tikus kat ana..memang lagi kesian..huhuhu..sbb ana suka merobekkan tikus...heheh..tp nk wat cmna..tugasan sbg seorang plaja..kena la bedah gak tikus tu walaupun kesian...huhuhu..

Nilah tikus yg telah ana robekkan..huhu..mula2 elok tersusun je struktur dlam organ dia..pastu dh hilang satu2..huhu..keje ana la tu..




Sempat lagi bergambar dgn tikus..tu partner lab ana..nk posing x sempat..hehe..cian dia...ni baru mula bedah tikus...posing2 dulu sblm concentrate bedah n merobek2 tikus










ni lecturer ana bersama dgn kawan2 serumah ana yg juga merangkum sebilik..sekelas..asyik mengadap muka diorang jela...huhu.masing2 khusyuk wat dissect...

Monday, January 7, 2008

Sambutan Tahun Baru di MAsjid As-Syakirin KLCC

Sambutan tahun baru di Masjid As-Syakirin KLCC dimulakan dengan persembahan awal dari kumpulan fareast dengan 2 buah lagu..Kemudian majlis ditruskan dengan forum dan kemudian disambung dengan persembahan dr ustaz Akhil Hayy..kemuncak majlis apabila bunga api dilancarkan ke udara dan hadirin yg hadir berselawat bersama ustaz akhil dan juga fareast..



Disamping acara yang berada di luar..didalam masjid PERKID turut menjalankan usaha dakwah mereka..Perkid mnjalankan ops hijrah pada mlm itu untuk mentarbiah remaja2..Tidak ketinggalan KARISMA JIM turut menjalankan task force..semoga usaha dakwah bersama mendapat keberkatan dari yang ESA..


Nasyid mggu Ini (NMI)

Alhamdulillah Anugerah nasyid Minggu Ini ( NMI ) yang diadakan di PICC telah berjalan dengan jayanya..Keputusan daurah seperti berikut:

1.) AL-JANNAH - MAWI
2.) AHLAN BINA - FE
3.) AMAN - HUSNA
4.) HIDAYAH - HIJJAZ
5. ) MENTARI HIDUP - SYIFA'
6.) TAWAKKAL - RAIHAN
7.) SAHABAT - DEVOTEES
8.) KEHIDUPAN - INTEAM & NAZRI
9.) ZAPIN ZIKIR - SUHAIMI
10.) DI SINI KAMI BERKUMPUL - AEMAN

Artis Nasyid Popular - mawi
Klip Video Terbaik NMI 2007 - ahlan bina (fe)
Lagu Paling Lama Dlm Daurah NMI 2007 - ahlan bina (fe)
Lagu Terbaik NMI 2007 - kehidupan ( inteam & nazri)

tahniah pade pemenang2 n semoge trs maju n berjaya d masa akan dtg..


Thursday, January 3, 2008

Gathering FarEast

Agak lama x posting di sini lantaran kesibukan yang mendatang..alhamdulillah..gathering far east zone bersama fareast selamat diadakan...syukran jazilan semua yang menjayakan gathering ini...pengalaman yang ana xkan lupa kan...semoga ukhwah yang terjalin berkekalan..k la x merepek pnjg2...uhuhu..