Thursday, November 29, 2012

Syahdu





Saat ana mendengar lagu ini ana bagai tersedar dari lamunan tersentak dari lena yg panjang..Terasa diri ini terlalu kerdil berbanding zat Mu ya Allah..Terasa diri jauh dari Mu dek terleka dengan cinta duniawi..Ampunkan diriku Ya Allah..


Oh Tuhan syahdu nian maya-Mu ini
Namun syahdu lagi cinta-Mu
kesyahduan-Mu tiada bisa terurai
Dek semua insan maya ini

Mataku melihat sang ombak
Menongkah buih di lautan
Lambaian nyiur selembut gemalai jejari
Bagai menggamit ku ke sana

Telinga ini mendengar
Bisikkan bayu kicauan burung
Desiran ombak menyentuh hati ku ini
Laranya hati mendambakan cinta-Mu

Oh Tuhan akan ku taa’zim kemuliaan-Mu
Akan kusemat keagungan-Mu
Agar terbuka segala pintu hati ini
Bersama belas hidayah-Mu

Duhai Hati



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

Duhai hati 
tenanglah dikau
Mengapa masih mengeluh 
Terimalah kekecewaanmu 
dengan penuh keredhaan
sesungguhnya Allah menyukai 
jiwa hamba-Nya yang sentiasa tenang.

duhai hati 
tenanglah dikau
mengapa mesti kecewa
mengapa mesti bersedih
mengapa mesti mengalah
ingatlah, 
di sebalik kegagalan akan ada kejayaan
di sebalik kejayaan akan ada kegagalan
di sebalik kehidupan 
akan ada pahit manisnya

duhai hati
tenangkan hatimu
berusahalah menerima kegagalan
kerana di sebalik yang tersirat
Tuhan sudah tetapkan hikmahnya
Usah menangis
Usah tangisi kegagalanmu

Duhai hati,
Sabarkanlah hatimu
Tabahkanlah hatimu
Carilah pengajaran di sebalik kekusaman itu
Carilah yang tersirat di sebalik yang tersurat
Dan
Carilah hikmah di sebalik kegagalanmu
Ingatlah
Bahawa tidak semuanya apa yang kita inginkan
Akan menjadi kenyataan
Juga
Tidak semua apa yang kita miliki
Akan kekal bersama kita
Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur
Dengan nikmat yang Dia berikan
Belajarlah menerima Qada Dan Qadar
Yang sudah tersimpan di Luh Mahfuz

Belajarlah menghadapi kekalahan
Duhai hati!!

Friday, September 7, 2012

Malaikat Mendoakan Mereka




Allah SWT berfirman, "Sebenarnya 
(malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka 
tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - 
perintah-Nya.  Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka 
dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at 
melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu 
berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28) 

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:


1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam
Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah 
SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat 
akan bersamanya di dalam pakaiannya.  Dia tidak akan bangun hingga 
malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam
keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih
At Targhib wat Tarhib I/37)  

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam
Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW 
bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu 
solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan 
mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia.  Ya Allah sayangilah ia" (Sahih 
Muslim no. 469) 


3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam
Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa 
Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" 
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud
I/130) 


4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF

(tidak
membiarkan kekosongan di dalam saf).  Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu 
Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah
ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para 
malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - 
saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib
wat Tarhib I/272) 


5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam
Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW 
bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh
dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa 
ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni 
dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)


6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam
Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 
"Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian
selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia 
belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan 
sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan 
hadith ini)

Sunday, July 8, 2012

Hanya kerana sebutir kurma


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
ziarah ke mesjidil Aqsa.Untuk bekal di perjalanan, dia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua berdekatan masjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak dekat timbangan.Menyangka kurma itu sebahagian dari yang dia beli, Ibrahim
memungut dan memakannya.
Setelah itu dia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 



4 bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.Seperti biasa, dia suka memilih tempat beribadah pada ruangan dibawah kubah Sakhra.Dia solat dan berdoa dengan khusyuk sekali. Tiba tiba dia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara
yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"kata malaikat yang satu.


"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana 4 bulan
yg lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua berdekatan masjidil haram," jawab
malaikat yang satu lagi.


Ibrahim bin adham terkejut sekali, dia terhenyak, jadi selama
4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lain tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.


"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Dia langsung berkemas untuk berangkat ke Mekah menemui
pedagang tua penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah dimakannya.S
ampai di Mekah dia terus menuju ke tempat penjual
kurma itu, tetapi dia tidak bertemu dengan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda.
 



"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.Kemana dia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan
pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.


"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".


Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.


"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur aku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tiada masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi saya tidak dengan saudara-saudara saya yang lain yang jumlahnya 11 orang.Saya tidak berani memberi keputusan bagi pihak mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.
"


"Dimana alamat saudara-saudaramu ?Biar saya temui mereka satu persatu."


Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui meraka.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah
kubah Sakhra.Tiba tiba dia mendengar dua malaikat yang dulu bercakap cakap.


"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara
makan sebutir kurma milik orang lain."


"O, tidak.., sekarang doanya sudah dimakbulkan lagi, dia telah
mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain.Sekarang ia sudah bebas."


Buat sahabat-sahabat yang saya sayangi hayatilah cerita ini.Kita terkadang lupa dari mana sumber hasil yang kita perolehi.Oleh sebab itu juga berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu apatah lagi yang memang sudah termaktub HARAM.

 
Pada hadits yang lain :"Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang lelaki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.(Riwayat Muslim).
 

Monday, May 7, 2012

Ujian Buat Kami..



Minggu lepas merupakan minggu ujian buat kami..Tanggal 2 Mei mencatatkan satu peristiwa yang sukar untuk saya lupakan dan pasti lebih sukar untuk suami saya..Rutin kehidupan bermula seperti biasa pada pagi kejadian..Bezanya saya terpaksa membawa Ifah ke pejabat disebabkan babysitternya demam..Semuanya berjalan seperti biasa..Hinggalah...

Pukul 2.oo petang saya terima panggilan dari abg din sahabat suami saya..Terkejut juga sebab jarang dapat panggilan dari dia..Itulah panggilan yang membuatkan saya tidak senang duduk selepas itu..Abg din call saya sebab nak bgtau suami saya ada di emergency room di Hospital Ampang..Menerima perkhabaran itu membuatkan saya memang tak senang duduk..Setelah agak tenang sedikit saya acll semula abg din untuk bertanya keadaan sebenar...Semasa kejadian abg din tiada di situ, jadi dia pun tak berapa pasti apa yang berlaku..hanya tahu suami saya terkena mesin grinder..

Terus saya minta kebenaran dari manager untuk pulang..Kebetulan masa hujan lebat jadi saya terpaksa tnggu hujan reda dahulu memandangkan saya bawa Ifah..Macam-macam yang saya fikir sementara tunggu hujan reda..Untuk menghilangkan rasa stress saya buat kerja dahulu sampai rasa hujan dah reda baru saya bertolak ke Hospital Ampang..Kesian Ifah basah jugak walaupun saya lindungkan Ifah dgn baju hujan..Maafkan Ummi ye sayang..Anak ummi kuatkan..Sampai di hospital abg din call,suami saya dah berda di wad dan doctor nk mintak kebenaran untuk operation kaki suami saya..Lagila perasaan saya tak tentu hala..Memandangkan Ifah tak boleh naik ke wad saya tinggalkan Ifah dengan abg din di lobby hospital..

Naik ke wad suami perasan makin berdebar-debar..Akhirnya jumpa wajah suami rasa macam nk menangis pun ada..huhu tapi control sbb masa sy sampai doctor ada..saya tanya suami apa yang terjadi grinder tu sebenarnya terkena sikit jari dia, terkejut terlepas grinder tu lalu terkenalah paha..luka yang teruk tu dkat peha dia..dalam la jugak..itu yang doctor nk operate..operate pn bukan operate apa nk jahit semula luka tu..lega sikit rasa hati..nasib baik juga tak kena tulang..kalau tak lagi haru..memandangkan saya bawa Ifah jadi malam tu saya terpaksa biarkan suami seorang di wad..Malam memang saya tak boleh tidur memikirkan keadaan suami..Pukul 3.00 pagi suami saya call dia dah ditolak ke dewan bedah separuh jalan..sebab blood pressure dia tinggi so terpaksa batalkan operation pagi tu..

Esoknya saya ke hospital awal pagi..Ifah saya tinggalkan dengan anak buah saya..Suami saya agak tertekan sebab tak jadi operate tambah sakit dan tak boleh tidur..sepanjang hari tu jenuh jugak la saya tenangkan dia..jangan fikir sangat sebab nak bagi bp dia turun..sebab selagi tak turun selagi tu la tak boleh buat operation..setiap jam nurse akan amik bp dia..Alhamdulillah akhirnya trun jugak la bp dia sikit dan boleh untuk operate..Pkul 5.00 petang suami saya ditolak ke operation theater..Saya yang menunggu yang berdebar sakan..huhu nasib baik la ada sorang nurse praktikal muda lg dr saya ajak bersembang..hilang jugak la rasa berdebar tu..2 jam berlalu..akhirnya pkul 7.00 petang suami saya selamat dibedah..Disebabkan suami di bius separuh badan dari pinggang ke bawah so dia tak boleh la nak bergerak..Malam tu saya menemani suami di hospital..Malam tu saya serba tak kena..ingat Ifah yang tak pernah saya tinggalkan waktu malam..dan suami yang tak boleh bergerak dan perlukan bantuan..

Pagi 4 Mei pukul 6.30 saya pulang sebentar..Amik Ifah terus pulang ke rumah..Badan yang kepenatan membuatkan saya terlena sebentar..Ifah pun tengok ummi dia tidur dia pun sibuklah cari badan saya letak kepala dia dan tidur!! heheh..sampailah pukul 9.00 pagi suami saya call tanya pukul berapa saya nk datang hospital sebab doctor dh bagi dia balik..Cepat juga boleh balik..Hati saya lega selega-leganya..Bangun bersiap..Ifah pun saya siapkan dan saya tinggalkan sekejap dekat rumah babysitter lama dia..terus ke hospital..muka suami saya dah ceria dan berseri sikit sebab dah boleh balik..Alhamdulillah semua lancar..selepas solat jumamt suami pun boleh pulang ke rumah..Abg din bawa balik suami naik kereta saya terus amik ifah dan tunggu di rumah..dalam hati fikir jugak macam mana la suami nk naik tangga tu walaupun setingkat..dalam bilik saya dh kemas supaya mudah untuk suami bergerak..

"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..." "Tiada sesuatupun yang menimpa seseorang muslim dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit berterusan, tidak pula kesedihan dan kesakitan, hinggalah kepada tusukan duri melainkan dengannya Allah hapuskan dosa hamba itu.."

Allah menurunkan ujian buat kami kerana Dia tahu kami mampu untuk menerimanya..Terima Kasih Ya Allah kerana menyayangi kami sekeluarga..Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.
Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

Saturday, April 14, 2012

Wasiat Imam Syafie


"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR.
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sunday, April 1, 2012

Memaafkan adakah melupakan??


Ungkapan " Maafkan saya " atau "Saya maafkan awak" selalunya mudah dilafazkan, tetapi adakah selari dengan apa yg tersirat di dalam hati.. Selalunya kita akan mudah melafazkan perkataan maaf sedangkan di dalam hati masih tersimpan dendam dan rasa sakit hati..Itu tidak perlu dinafikan lagi kerana terkadang saya juga mengalami situasi begini..Lidah tidak bertulang maka dengan itu mudah melafazkan kata sedangkan hati masih tidak melupakan..

Kali ini saya kongsikan untuk sahabat2 kisah di zaman Rasulullah s.a.w betapa manisnya sifat memafkan itu..


Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan : "Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini,"

Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu,"Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!,"

Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya : "Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu,"Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga,"

Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh didalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok ,"Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?,"

Maka dijawab ALLAH S.W.T :"Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !,"

Maka kata si penuntut "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?,"

Maka dijawab ALLAH S.W.T ,"Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu.

Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"

Firman ALLAH S.W.T :"Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :"Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim,".

Tuesday, March 27, 2012

Si comel Ciku dan Comot




Alhamdulillah dapat juga akhirnya update blog ni..slalu sangat ditinggalkan bersawang...Agak susah sekrang ni nak istiqamah mengupdate blog...huhu

Entri kali ni sy nk santai shj...Sejak dua menjak ni sy skodeng dalam diam blog papa hero a.k.a PH..hehhe saya amat kagum dengan usaha dan keprihatinan beliau terhadap haiwan yg terbiar..memang btul2 kagum...asyik sy baca blog dia ni..kucing2 yg dia bela kebanyakkannya semua yg terbiar..

jadi entri kali ni pn sy nk kongsi pasal kucing2 yg sy ambil untuk dibela.. =)...Sekarang ni dekat rumah ada 2 ekor..sekor nama Comot dan sekor lagi Ciku..si comot ni sy jmpa dekat flat danau kota..waktu sy nk blik ke rumah..kluar jer pintu lif nmpak si comot ni..si comot ni terus meluru dekat sy..mengiau ngiau..siap diri lagi pastu kuit tangan sy...sy pun usap2 badan dia..memang sangat manja..waktu tu kalu x silap dh pkul 12 lebih malam..bila sy jalan dia ikut..sy usap lagi badan dia..sy jalan skit dia ikut lagi...lpas tny encik suami sy apalagi angkut si comot ni masuk
dalam kereta..heheh comot ni bdan dia besar..bulu dia berkilat..sy rasa dulu si comot ni ada org yg bela memandangkan thap kemanjaan dia dan keadaan bulu dia..

Smpai2 umah terus masuk duduk atas tilam..sah dia memang kucing bela..kebetulan waktu tu mak tampung kucing yg menumpang di umah sy ada..comot x heran dgn mak tampung ni..hehe mak tampung ni sembur jugak si comot tp comot steady..bila bg mkn nmpk si comot ni lapar sgt..mkn x pandang kiri kanan...huhu tp gmbar si comot ni xda la pulak..nnt sy upload la ye..

Kucing kedua si ciku..ciku ni kesian..kecik lagi..masa jmpe dia, kurus sgt bdn dia..sy jmpe di petronas..bdn dia pn comot sgt...sy x tau la die ni tersesat ke or ada org buang..sbb die mmg sekor jer kat petronas tu...en suami ke toilet sy pn msuk dlm mesra nk kluarkan duit..kluar je dr mesra si ciku ni ngiau ngiau..huhu alahai kesian..sy usap bdn dia..mmg kurus..sy masuk blik mesra cari kot2 ada mknan kucing..pusing pny pusing x jmpe..bile kluar blik si ciku ni ikut sy..apalagi tangkap masuk dlm kereta..heheh ciku ni memang manja..msa duduk dlm kereta pn x takut siap duduk atas riba sy lg kat dpn..huhu
smpai kat umah bagi mkn mmg ciku kelaparan..huhu ciann dia..sekarang ciku dh gumuks..heheh dan ske sakt ifah..sbb ifah pn ske sakat ciku..

si Ciku

perut ciku gumuks..

ifah kena sakat dgn ciku.tagkap kaki ifah


tarik kaki dia jgn bg dia jln..


puas ati dapat sakat ifh..heheh

Tuesday, January 24, 2012

peringatan buat saudaraku

WANITA PENGHULU NERAKA


Rasulullah S.A.W bersabda:
Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan.

Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1.Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akanmelebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakankepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa dan siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

3.Orang perempuan yang digantung dengan buahdadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

4.Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki laindan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan bermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7.Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.

8.Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marahkepada suaminya.

10. Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya. Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat oleh Rasulullah s.a.wketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Dunia Hanya Sebentar


Tujuan kita hidup di dunia ini ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Menunaikan segala perkara yang diperintahkan dan meninggalkan segala perkara yang dilarangNya. Kita wajib patuh kepada Allah swt, tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu. Kita diberi ganjaran balasan yang baik jika kita melakukan amal soleh dan Allah akan memberikan pembalasan yang buruk jika kita derhaka melanggar suruhanNya.
Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunuia ini benar-benar merupakan godaan yang paling besar yang akhirnya menyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.
Cukuplah dengan apa yang kita ada dan cukuplah dengan kenikmatan yang kita kecapi agar dunia tidak akan membawa kehacuran kepada diri kita. Jadikan setiap yang kita lakukan di dunia ini sebagai ibadah agar dapat menambahkan lagi keimanan kepada Allah. Carilah keredhaan Allah dan jauhkan dari kemurkaan Allah. Dunia adalah jambatan untuk kita mencari bekalan menuju ke negeri akhirat yang kekal. Oleh itu jadiklan hidup yang sementara di dunia ini sebagai tempat untuk mempersiapkan diri mengahdapi hari akhirat yang lebih panjang dan berkekalan.

قُلۡ مَتَـٰعُ ٱلدُّنۡيَا قَلِيلٌ۬ وَٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظۡلَمُونَ فَتِيلاً
...Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.

( Surah An-Nisa' 4: Ayat 77)

Semoga tahun baru ini adalah lebih baik dr tahun2 sebelumnya..Berusahalah menambah keimanan kita,ibadah dan usaha untuk membuat diri menjadi yang lebih baik dari sebelumya kerana dunia ini hanyalah sementara..