Tuesday, February 24, 2009

Denggi oh Denggi


Rata2 sekarang sibuk mengatakan tentang demam denggi..Begitu juga keadaannya di kolej 'saya'..Memang kecoh pasal demam denggi..Warden2 mmg x menang tangan la sebab ada ja laporan pasal demam denggi..Setakat ni yg diketahui ramai pelajar lelaki la yg kena..( knp ya..x kemas bilik ka?huhu..)tp nk kata x kemas bilik..bilik lelaki yg dpt no 1 prtandingan keceriaan yg bnyk kena demam denggi.. (musykil..musykil)..Han,wan dh kat hospital dh kena tahan kat wad..ni kejap lagi nk g melawat an kat hosptal selayang..yg tgh suspect denggi kimi, zahid da lgi yg lain2..sebelum tu sir fai n dak laki junior sorang...student prmpuan da dlm 2-3 orang yg kena denngi..uhuh mengganas sungguh denggi kat kolej ni sekarang..

hari tu 'saya' pn demam la jugak..dlm seminggu...warden bwak hospital selayang..smpai trus tolak masuk bilik 7 kena amik darah..sbbnya SUSPECT DENGGI..huhu tp alhamdulillah lepas result darah tu kuar bukan kena denggi...tp kena bnykkn rehat..huhu..kolej kena wat sesuatu ni sblm makin ramai lagi student kena denggi...cepat cepat..

ok..ni serba sedikit pasal denggi...

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza.

Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung.

Tempat pembiakan:

Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas.

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.

ii) Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.

Tanda-tanda atau gejala:

1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS).
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Tuesday, February 17, 2009

Malam Kasihku Palestin



Alhamdulillah..hari ni baru berkesempatan utk berbicarakan tentang Malam Amal Kasihku Palestin..( ewah ayat..)..Alhamdulillah segalanya berjln dgn lancar..

Alfun Mabruk utk Pengarah Program Us Miqdad,Penasihat pgrm Us Isa,MPP,Karisma n AJK2 pgrm kerana bertungkus lumus menjayakan malam ni...( TQ korang smua..kora
ng mmg best.. ;) .. ) Walaupun ptg rehearsel tu mcm2 konflik yg terjadi yela masing2 dh berada di puncak tekanan emosi memandangkan pgrm yg mcm ni bru 1st time wat...Alhamdulillah mlm tu lncar smuanya...

'Saya' tkot jugak mlm tu x sempurna..huhu sbb tugas yg diberi pd 'saya' agak la berat...jadi pengerusi majlis..huhu best x best mlm tu bergantung pd 'saya' dan patner..huhu..tambah pula ptg rehearsel tu teks x siap lgi...huhuh..terasa tekanan btul...pastu ptg tu jgk 'saya' bertukar patner MC..nasib baik patner baru ni best..(TQ Daus 4 ur cooperation...)..So ptg tu bertungkus lumus la 'saya' n daus dgn dibantu k zaira n bbrapa yg lain mnyiapkan teks..Akhirnya teks siap pkul 7.30 mlm...huhu blik solat n bersiap...pkul 8.00 mlm trun blik ke dewan komuniti..huhu nervous sgt2..dhla x practise lg..pastu teks tu pn x bhgi2 lg..mna part 'saya' n daus...huhu..tp alhmdulillah sbb vip lewat smpat gk dgn daus prctise sekali dua..hehehe...

persembahan dari Amar pn menarik...pembukaan Amar buat silap mata...memang terpegun la kan student2 kolej ni..heheh n persembahan dari stdent pn mnthop masing2...hebat jgk budak2 ni..bgus jgk diorang ni..1 st time tgk diorang smngat utk bab2 mcm ni...tahniah wat smua...

insyaALLAH da rezeki kita teruskan lgi ya pgrm2 mcm ni... ~_^

sempat ambik gmbr kat bendera ni ja..huhu sbb sibuk jd MC..
teks MC pn tgh pgg kat blakang lagi tu.. =P

Sunday, February 15, 2009

tag kedua dr MIra


Mira sungguh suka tag mengetag ya mira...hehehe...so ni jawapannya...nk upah mira jwab tag ni.. =P

1.what do the majority of people in your life call you?
>>abid,dhabit,
2.do you still talk to the person you were dating 6 months ago?
>>sapa?x date dgn sapa2 pn...huhu
3.what color is your phone?
>>silver hitam dgn hitam..(bnyak sungguh hitam..huhu)
4.who is the last male you hugged?
>>xda pn..huhu
5.do you enjoy drama?
>>wooo..suka wo...kalu cita hantu lgi best..melekat x g mna2 dh..
6.did you learn anything from the last BIG mistake you made?
>>of coz...insyaALLAH..
7.do you have dimples when you smile?
>>hehe cuba teka.. ada tp x la dlm sgt..heheh ~_^
8.do you think someone is thinking about you right now?
>>yup...ada2..hehe ^_^
9.what would you do if your best friend was moving away?
>>cnfirm nangis..huhu...
10.if someone liked you right now, would you want them to tell you?
>>aaaaa....ntahla...huhu
11.do you kiss a lot of people today?
>>hari ni xda lagi la...ummi pn x jumpa lagi..
p/s:mira jelez nih...huhu
12.name one person that made you smile today?
>>azwan
13.what were you doing at 8 am this morning?
>>hahah...tdor...sbb smlm pnt sgt abes konsert pkul 1pg lebih...hhu =p
14.is anyone jealous of you?
>>nath xda kot...nk wat pa jelez2 ni...xda faedahnya..huhu
15.would you consider yourself to be spoiled?
>>kadang2...heheh
16.can you handle the truth?
>>boleh kot...tp mkn masa skit la..
17.have you ever liked somebody and never told them?
>>uhuk...mestila ada...
18.would you move to another state or country to be with the one you love?
>>kalau memerlukan...tapi tgk jugak la macam mana kan...
19.do you have a best friend that knows you inside and out?
>>ermmm...da ke nih....da kot...huhu
20.have you ever told someone you were single when you really werent?
>>x pnh wat cmni...
21.today did you hug the person you have feelings for?
>>xda...
22.do you tend to rip the paper off water bottles?
>>uik...xda keje ka...xda x penah pn...comel lgi kalu botol tu sempurna sifatnya...hehe
23.where is your number one person on your friends list?
>>friend list kat mana tu?
24.did you ever lose a best friend?
>>of coz ada..huhu sdeh..
25.are any of your friends taller than you?
>>of coz la ada...kerana 'saya' ni sgt la 'tinggi'..huhu
26.are you good at hiding your feelings?
>>hahah...xad mknanya....tp tgk gak keadaan..kalu terpaksa kna jugak la pndai...huhu
27.do you wave when you see people you know?
>>kdg2..kalu perasan org tu n org tu perasan 'saya' yg tinggi ni...huhu
28.were you happy when you woke up this morning?
>>blh ja...sbb mslh dh settle...
29.do you hate being alone?
>>x jugak...kdg2 mmmg nk berseorangan..
30.pass dis tag to:
>>afrah
>>fierah
>>abg ito
>>aisyah
>>alang atie

Tag dr Mira


Alhamdulillah hari baru sempat nk mnjawab tag dri mira..hehe sowi ya sis lmbat skit..ok ni jawapannya...

1.Anda rasa anda hot?
--> erk hot ka...haha xdanya hot...'hot' bila tgh marah da la...heheh =P

2.Upload gambar kegemaran anda
--> banyak gambar favourite ni..tp amik yg ni je la ek..gmbr budak 'nakal' masa gath FEZ
3. Kenapa anda suka gambar ini?
--> bnyak kenangan indah dan best.. =)

4. Bila kali terakhir kamu makan pizza?
--> huhu..x ingat la...tapi dh lama la x mkn...

5. Lagu terakhir yang kamu dengar?
--> Merah saga...sangat best lagu ni..

6. Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
--> dgr lagu merah saga n update FS

7. Selain nama kamu sendiri, apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
--> abid..sebab nama ni da seseorang yg bagi..lagipun mksud nama ni baik kan..so moga2 diri 'saya' ni jd spt mksud nama ni...lagi2..pggil adik..haa ni utk family je la...cam comel je kan walaupn dh besar gajah...satu lagi baby..ni poknik je yg pggl..haha =P

8. Tag lagi enam orang
--> sapa ek..hmmm...cicah..afrah..muhammad...muzaffar..x tau dh sapa..huhu

9. Siapa orang nombor satu?
--> 'a'isyah aka cicah..tapi cicah ni buka ka blog dia ni.. :-? sama2 blaja kat skolah dulu dan sekarang merangkap adk beradik angkat..heheh..sama je umo kitorang..skrang dia study kat uitm sarawak...

10. Orang nombor tiga ada hubungan dengan siapa?
--> hubungan cmna tu?huhu..kenal dia kat ukhwah.com..orangnya simple tapi hebat n manthop...x caya jumpa la sendiri... =)

11. Katakan sesuatu berkenaan org nombor lima
--> aiyak nak pa...xda orang kelima pn..heheh sbb x tau nk buh sapa.. =P

12. Bagaimana pula dengan orang nombot empat?
-->erm yg keempat ek...muzaffar aka mujahid..haa teka mana satu nama betul dia..heheh ni pn kenal kat ukhwah.com..orang perak..dok kat blkang umah je kat perak tu..huhu..kalu dtg umah 'saya' meriah dgn suara dia..huhu =P

13. Siapakah orang nombor dua?
-->orang kedua afrah...ni merangkap spupu angkat..ni dh jadi mak orang dh pn...ummi wafiyah..hehe comel anak nya...

14. Orang yg terakhir adalah?
-->orang terakhir pn xda..sbb buh 4 nama jer.. =p

Tuesday, February 3, 2009

Bermula Kembali


Alhamdulillah...hari ni hari pertama kembali ke klas setelah cuti seminggu..Klas pg ni stat pkul 11 pagi..So blh la bgun lambat..huhu :p bgun pg ni dgn semangat azam baru (cewah..ye ye je..) nk g klas awal la..dlm pkul 10 siap gosok baju n sarapan skit..lately ni sng sgt 'saya' ni lapar..mesti brat badan naik.. :(

Pkul 10.55 pg ( awal ker ni?..huhu) berjln g klas..ala buknnya jauh pn dr asrama..sampai ja klas dh riuh rndah dgn crite msing2..tggu pny tggu jam dh pkul 11 lbh...mana lcturer x msuk lagi ni..seorang sahabat 'saya' pn p la tgk lcturer rupanya dia xda..so scara automatiknya klas batal la...(pnt ja gosok baju..huhu kalu tau pkai t-shirt ja) so memandangkan klas arini dua ja..bnyak masa free..jap lagi klas kul 2 lak...

ok smpai sini ja la..

da da.. :)