Tanggungjawab isteri;
· Mentaati suami berdasarkan kehendak islam
· Menjaga maruah diri dan harta suaminya
· Menjaga kebersihan diri dan anak seta rumah tangga
· Menjaga dan mendidik anak dengan sempurna
· Mengadakan pergaulan yang baik
· Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami
Ciri-ciri isteri yang solehah;
· Beriman
· Berakhlak mulia
· Patuh pada ajaran islam
· Menjaga kehormatan / maruah diri
· Berilmu pengetahuan
· Sentiasa melakukan kebaikan
Entry kali ini berkaitan dengan seorang isteri..Tapi kenapa tajuk entrynya begitu?Kerana apa ingin dicoretkan disini adalah perkongsian bersama..
Sebagai seorang isteri tutur kata kepada suami memang perlu dijaga dan berhati2 lah dalam berkata2..Sebenarnya bukan kepada suami shj prlu diajga tutur kata tetapi kepada semua insan..cuma saya tekankan dalam konteks seorang isteri..Seorang suami atau lebih tepat seorang lelaki mempunyai ego..Sekali dua mungkin meraka akan mengalah..tapi jika terlampau kerap mereka tidak akan bertoleransi lagi..
Itulah keadaannya sekarang..Kerana terungkap satu perkataan padah yg mendatang..Betullah kata orang kerana mulut badan binasa..Hari ini 'saya' menanggung padah itu..kerana ikutkan emosi maka terkeluarlah kata2 yg x sepatutnya diungkapkan kepada seorang suami..Sehingga zauj tercinta mendiamkan diri..Inilah dugaan Mu..tidak terniat untuk berkata2 demikian..namun terlajak perahu blh diundur telajak kata buruk padahnya..Jadi mmg benar akal seorang wanita senipis bilahan rambut..hati bak kaca yg rapuh..
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
No comments:
Post a Comment