Sunday, April 26, 2009

Alangkah Bahagianya Diri Ini


Alangkah bahagianya diri ini..tak tergambar dgn kata-kata dan ucapan bagaimana bahagia yg dirasa kini..Diri ini terlalu bersyukur pada MU Allah Empunya Dunia atas kurniaan nikmat Mu yg tak tergambar keindahannya..

Alhamdulillah..perjalanan hidup ini pnuh dgn kejutan..kadang pa yg kita rancang blum tntu tercapai dan pa yg kita tidak rancang itu yg berlaku..Syukur alhamdulillah Allah mengetahui segala isi hati kami berdua..Apa yg kami inginkan...segala yg tersirat di hati..Segalanya tidak dirancang tetapi begitu indah ia berlaku..ingin dilinangkan air mata ini dihadapan suami tercinta tetapi terasa malu..namun akhirnya plukan pnuh kasih syg di malam yg penuh barakah diberi oleh zauj tersyg..

Tarikh 25 April tarikh keramat yg x kan dilupakn spnjang hayat diri ini..tarikh yg pnuh dgn keindahan..

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia 
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah 
Untuk bersama belayar ke muara 

Pernikahan, menginsafkan kita 
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha 
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu 
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri 

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu 
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun 
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


p/s:- terima kasih abg bg hadiah yg paling indah buat diri ini...terima kasih juga menerima diri ini sebagai peneman hidup mu menjadi sayap kiri dlm perjuangan mu..dirimu terlalu berharga buat diri ini..love u..

Tuesday, April 14, 2009

Imtihan..Imtihan..Imtihan


Akhirnya sampai ke penghujung perjalanan pembelajaran...Imtihan bakal ditempuhi..Ini adalah imtihan terakhir 'saya' di sini..Selepas ini 'saya' akan merindui suasana imtihan di sini..Juga akan merindui sahabat2 dan staff di sini ( ye ker ni..hmm ntahla..mcm x jer =p)..Nama je nk imtihan tapi buku pn x bca lg dok on9 jer..hihihi ni jadual imtihan 'saya' yg terakhir di sni..InsyaALLAH..doa kan 'saya' najah..

23/4/09 ( Khamis ) - ETR 300 ( 2.15-4.15)
29/4/09 ( Rabu )     - BIO 320 ( 2.15-4.15)
02/5/09 ( Sabtu )   - CHM 360 ( 9.00-12.00)
08/5/09 ( Jumaat ) - CHM 350 ( 2.45-4.45)

Hampir semua paper petang..ngantuk la 'saya' macam ni..tambah2 jawab biologi..adoiai..cmno ni..huhu..Chaiyok2... 

Monday, April 13, 2009

Untuk Sahabat2 yg Ku Sayangi


Ya Allah 
panjangkanlah umur sahabatku 
Kurniakanlah kesihatan yang baik 
padanya,terangi hatinya 
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah 
hatinya,perluaskanl ahrezekinya, 
dekatknlah hatinya kepada 
kebaikan,jauhkanlah hatinya pada 
kejahatan,tunaikanl ah hajatnya baik 
hajat dalam agama,dunia dan akhirat 

Ya Muhaimin 
jika dia jatuh hati izinkanlah dia 
menyentuh hati seseorang yang hatinya 
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia 
dalam jurang cinta nafsu?Jagalah 
hatinya agar tidak berpaling 
daripada melabuhkan hatinya pada 
hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia 
pada seseorang yang merindui syahid di 
jalanMu 

Ya Allah 
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan 
terjatuh dalam perjalanan panjang 
meyeru manusia kejalanMu jika kau 
halalkan aku merindui 
sahabatku,janganlah aku melampaui 
batas sehingga melupakan daku pada 
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih 
sejati hanya untukMu 

Ya Allah 
kurniakanlah sahabatku 
kesenangan,ketenang an,kecemerlangan 
hidup di dunia akhirat kelak.. 
AMIN

Saturday, April 11, 2009

Bermesra Berpahala



Kemesraan hubungan antara suami isteri tentunya merupakan dambaan setiap keluarga. Kemesraan bukan hanya ada pada ketika suami isteri melakukan hubungan seks (jima’) sahaja, akan tetapi ada banyak perkara yang dapat menjadikan hubungan suami isteri mesra dan harmoni.”

Perkara ini terkadang tidak disedari, sehingga jarang dilakukan secara sedar untuk menjaga kemesraan tersebut. Padahal bila dilakukan dengan niat yang benar akan dapat menambah kemesraan, mendapat pahala dan sekaligus dapat menghapus dosa-dosa.

Kita sebagai muslim patut bersyukur, kerana Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik kita telah memberikan petunjuk yang lengkap termasuk dalam perkara menjaga kemesraan hubungan suami isteri. Dengan demikian kita tidak perlu mencari-cari sumber lain yang terkadang justeru menjerumuskan ke dalam perkara-perkara yang melanggar syari’at. Beberapa perkara yang dituntunkan Rasulullah SAW dalam menjaga kemesraan hubungan suami isteri antara lain:

a. Bergandingan Tangan

Bergandingan tangan (saling memegang tangan) kelihatannya merupakan perkara remeh yang kadang dilupakan oleh pasangan suami isteri. Padahal bila ini dilakukan dengan lemah lembut dan perasaan kasih sayang yang mendalam, merupakan satu perkara yang dapat menjadikan suasana semakin mesra bagi pasangan tersebut.

Ini amat bermanfaat jika sebelumnya ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan, sehingga untuk membicarakannya perlu suasana yang tenang dan penuh kasih sayang.

Yang lebih penting lagi, bila dilakukan dengan niat untuk mencari keredhaan Allah, ketika seorang suami memegang tangan isterinya dengan penuh kasih sayang, dosa-dosa mereka akan keluar melalui celah-celah jari tangan mereka, seperti yang diriwayatkan dalam hadith dari Abu Sa’id.

Mari kita renungkan sejenak:

”Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka.”

b. Membelai

Perkara yang kedua yang dicontohkan Rasulullah SAW, yang menambah kemesraan hubungan suami isteri adalah membelai. Dengan belaian yang lembut penuh kasih sayang dari suaminya, seorang isteri akan merasakan ketenangan batin, sehingga perkara ini dapat menjadikan dia semakin sayang kepada suaminya. Perkara ini dilakukan Rasulullah SAW kepada para isterinya, sekalipun beliau belum akan mencampurinya. Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadith dari sahabat : ” Rasulullah SAW biasa setiap hari tidak melupakan untuk mengunjungi kami ( para isterinya ) seorang demi seorang. Beliau menghampirinya dan membelainya, sekalipun tidak mencampurinya, sehingga sampai ke tempat isteri yang tiba gilirannya, lalu bermalam disitu. ”
HR. Abu Dawud

Perkara ini kadang tidak dilakukan oleh pasangan suami isteri, kerana mungkin dinilai memperlakukan isteri seperti kanak-kanak, atau memang belum mengetahui bahawa perkara ini sebenarnya diperlukan isteri untuk menunjukkan kasih sayangnya.

c. Mencium

Ada cara lain untuk menciptakan suasana kemesraan suami isteri yang juga dicontohkan Rasulullah SAW, diantaranya adalah beliau mencium isterinya sekalipun ia sedang berpuasa. Berciuman merupakan cara sederhana dan mudah dilakukan untuk tetap menjaga kemesraan suami isteri.

Berciuman tidak hanya dilakukan ketika akan melakukan hubungan seksual. Perkara ini baik juga dilakukan pada saat terlarang untuk berhubungan seksual. Mithalnya ketika sedang berpuasa dan saat isteri sedang haid atau nifas. Pada saat-saat itu kemesraan tetap harus dijaga. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab shahihnya : Dari Umar bin Abu Salamah, sungguh ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: ”Apakah seorang yang berpuasa boleh mencium?”

Beliau menjawab: Tanyakan kepada orang ini (maksudnya Ummu Salamah) .

Lalu (Ummu Salamah) memberitahukan bahawa Rasulullah sering berbuat begitu.”
HR. Muslim

Dalam beberapa riwayat lain juga dijelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah mencium isterinya setelah beliau berwudhu sebelum menjalankan sholat.

d. Tidur Seranjang

Jika suami isteri tidur seranjang, tentunya lebih banyak perkara yang dilakukan dalam bermesraan. Dengan tidur satu ranjang memungkinkan mereka saling berdakapan dan berpelukan. Perkara ini menjadikan keduanya merasa tenteram dan tenang. Perkara ini juga dapat menjadi wacana hiburan atau penyegaran setelah melakukan tugas rutin sehari-harian.

Mengingatkan pentingnya tidur seranjang ini, maka Rasulullah SAW mencontohkan bahawa, beliau tetap tidur seranjang dengan isterinya sekalipun isterinya sedang haidh, seperti diceritakan pada sebuah hadith: Dari Aisyah RA, ujarnya: ”Rasulullah SAW dahulu biasa menyuruh kami berkain, lalu beliau sentuhkan dirinya padaku, padahal saya sedang haidh.”
HR. Bukhari dan Muslim

Sebaliknya seorang isteri yang tidak bersedia tidur seranjang akan mendapat laknat malaikat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada hadith berikut: Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: ”Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Jika seorang isteri semalaman tidur memisahkan diri dengan suaminya, maka malaikat melaknatnya hingga subuh.”
HR. Bukhari

e. Mandi Bersama

Mandi bersama juga merupakan perkara penting untuk menjaga kemesraan suami isteri. Mandi bersama dapat menjadikan hiburan yang menyenangkan sekaligus menyegarkan. Rasulullah SAW sebagai tauladan kita juga mencontohkan mandi bersama isterinya, sebagaimana diriwayatkan pada hadith berikut: Dari Aisyah RA, ia berkata: “Aku biasa mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu tempat mandi. Antara tanganku dan tangan beliau saling bergantian mengambil air, tetapi beliau mendahului aku, sehingga aku berkata: ‘Sisakan untukku, sisakan untukku‘. Ketika itu kami sedang junub.”
HR. Bukhari dan Muslim

Di samping sebagai perantaraan menambah kemesraan hubungan suami isteri, seorang isteri yang memandikan suaminya dengan niat mencari redha Allah akan mendapatkan rahmat. Perkara ini dijelaskan pada hadith berikut: Dari Aisyah RA, ia berkata: ”Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Semuga Allah merahmati suami yang dimandikan isterinya dan ditutup (kekurangan) akhlaknya.”
HR. Baihaqi

Itulah beberapa perkara yang dapat kita lakukan untuk menambah kemesraan hubungan suami isteri sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW, dengan harapan kita mendapat pahala dan sekaligus dosa-dosa kita diampuni. 

Wednesday, April 8, 2009

Kerana tutur bicara


Tanggungjawab isteri;

·         Mentaati suami berdasarkan kehendak islam

·         Menjaga maruah diri dan harta suaminya

·         Menjaga kebersihan diri dan anak seta rumah tangga

·         Menjaga dan mendidik anak dengan sempurna

·         Mengadakan pergaulan yang baik

·         Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami

 

  Ciri-ciri isteri yang solehah;

·         Beriman

·         Berakhlak mulia

·         Patuh pada ajaran islam

·         Menjaga kehormatan / maruah diri

·         Berilmu pengetahuan

·         Sentiasa  melakukan kebaikan

 

Entry kali ini berkaitan dengan seorang isteri..Tapi kenapa tajuk entrynya begitu?Kerana  apa ingin dicoretkan disini adalah perkongsian bersama..


Sebagai seorang isteri tutur kata kepada suami memang perlu dijaga dan berhati2 lah dalam berkata2..Sebenarnya bukan kepada suami shj prlu diajga tutur kata tetapi kepada semua insan..cuma saya tekankan dalam konteks seorang isteri..Seorang suami atau lebih tepat seorang lelaki mempunyai ego..Sekali dua mungkin meraka akan mengalah..tapi jika terlampau kerap mereka tidak akan bertoleransi lagi..


Itulah keadaannya sekarang..Kerana terungkap satu perkataan padah yg mendatang..Betullah kata orang kerana mulut badan binasa..Hari ini 'saya' menanggung padah itu..kerana ikutkan emosi maka terkeluarlah kata2 yg x sepatutnya diungkapkan kepada seorang suami..Sehingga zauj tercinta mendiamkan diri..Inilah dugaan Mu..tidak terniat untuk berkata2 demikian..namun terlajak perahu blh diundur telajak kata buruk padahnya..Jadi mmg benar akal seorang wanita senipis bilahan rambut..hati bak kaca yg rapuh..


Tika isteri beri hempedu 
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun 
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya





Saturday, April 4, 2009

Dinner USC....






Julung2 kali 'saya' ke Dinner USC..tergerak hati untuk pergi mungkin disebabkan dah berada di sem terkahir dan 8/5/09 merupakan hari terakhir di kolej ni..so mungkin tulah terge
rak hati nk pergi..namun pada awalnya rasa sgt berat di hati utk bersiap dan pergi...memandangkan keadaan diri yg x berapa sihat dan juga my habib outstation..so terpaksa prgi seorang..nasib baik lydia tanya nk g mcm mana..so bg keputusan pergi dgn kereta pakwe sarah..

Ptg sblm bersiap call my habib mnta pndangan nk pergi ke tak memandangkan hati sgt berat..then my habib kata pergila tp sblum tu buat ni buat tu buat ni...ok 'saya' pn ikut ckp zauji tercinta..then pkul 8 mlm bertolak..dlm perjalanan call lg m habib bgtau dh bertolak..my habib pesan elok2 n hati2..pa2 call..

Dipendekkan cerita smpai je kat K Klub dftar nama then duduk...majlis pn bermula dgn ucapan koordinator then pengarah program..makan2 pn bermula...start plak cabutan bertuah dan persembahan..persembahan pertama memang best la...sepanjang majlis 'saya' sms zauj..masuk ke pertengahn acara badan mula rasa x selesa..tp bertahan lagi..sampai cabutan bertuah yg terakhir dan persembahan yg kedua yg melibatkan tarian dr shbt2 klas, mood trus lari..bosan menguasai diri..badan makin x selesa..then bawak si comel main belon nk hilangkan rasa x sedap..                                     
     

Pkul 11.30 badan terasa makin panas..sampai time tgkap gmbr lydia tgur apsal badan 'saya' panas..call my habib then ckp kondisi diri..my habib mmg seorang yg tenang..dia ckp xpa..smpai umah nnt tgk cmner..dh smpai nnt sms..perasaan time ni mmg dh celaru..pkul 12 lbih bru bertolak balik..bdn dh lesu ltih tiba2..smpai dlm pkul 12.30..bersihkan diri trus call my habib..
dia tny mcm mana..'saya' pn terangkan keadaan perasaan dan diri..then dia suh rehat..rupanya perasaan x sedap dan berat ati da mkna..somthing had happen to my habib..hmmm..mlm tu tgh ckp2 dgn dia airmata yg ditahan berguguran juga..huhu..

Ambil wudhuk dan trus tdo smpai pg..smpai sms zauj pkul 7 pg x perasan..tido mati sungguh..pnt sungguh..pnt pa pn x tahu la..nsb baik baqir baik jer smlm..kalu x naya 'saya'..baqir mmg anak yg baik..UMMI AYAH SYG BAQIR

Wednesday, April 1, 2009

Abid Baqir Syah


Siapakah empunya geramgan nama ini?Kenapa perlu 'saya' letakkan di dalam blog ini..Apa kaitannya dgan 'saya'..Banyak sungguh persoalannya ya...Sebelum tu 'saya' akan terangkan makna maksud nama tu..

Abid  = yg kuat beribadah
Baqir = yg pandai, terpelajar
Syah = kerabat diraja

Abid Baqir Syah = kerabat diraja yg kuat beribadah pandai.terpelajar..

Nama ini cukup bermakna bg diri ni...nama ini terpahat selamanya di hati dan ingatan kerana dia adalah PENYEJUK DI MATA PENAWAR DI HATI ini..Nama yg dipilih bersama dan nama yg sentiasa akan dirindui..bukan hanya setakat nama yg dirindui tetapi juga jasad tubuhnya juga akan dirindui..

Tubuh mungil juga wajah yg comel dan putih dirimu pasti akan ummi rindui...Moga walid menjaga dirimu dgn baik...Jadi anak yg soleh..Ummi dan ayah mendoakan dirimu dan merindui dirimu sentiasa tnpa jemu..UMMI DAN AYAH SAYANG BAQIR!!!!!