Friday, October 19, 2007

DI MANA ALLAH DLM HATI KITA???

Sekali lagi kita tanya diri sendiri
“DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”

Adakah kita rasa amat gembira bila
dapat berdamping denganNya atau
sebaliknya? Adakah kita telah berusaha
agar Allah sentiasa bersama kita?Kalau
begitu ,sejauh manakah kita rasa
gembira menerusi solat yang
dilaksanakan ketika mendampingi dan
bermunajat padaNya? Apakah yang kita
dapat rasai ketika sujud di dalam
solat dan sejauh mana kita meneruskan
zikir terhadapNya bukan hanya terbatas
selepas solat, ingatlah ketika Allah
menyebut: “aku bersama hambaKu ketika
dia mengingatiKu dan kedua-dua
bibirnya bergerak kerana aku”


Adakah kita dapat meluangkan sepertiga
malam untuk menyepi diri bersama
Allah? Tidakkah kita teringat akan
janji2 Allah pada kita yang mampu
bangun di tengah2 malam- Allah
menyebut: “Adakah terdapat hambaKu
yang bangun di tengah malam untuk
bertaubat, di mana aku menerima
taubatnya, yang memohon keampunanKu,
maka aku ampunkan segala dosanya dan
memohon sesuatu, maka aku berikan
padanya.Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan
pujian kepada Allah, berkorban
keranaNYa untuk meninggikan syiar
agamaNYa walaupun pelbagai rintangan
dan halangan. Berapa banyak ruang dan
masa yang ada pada kita untuk
memerhatikan segala nikmat yang
dikurniakan oleh Allah kepada kita,
terus bersyukur padaNya tanpa sebarang
perasaan prejudis. Pernahkah terlintas
dalam pemikiran kita bagaimana Allah
menganugerahkan nikmat hidayah,
kesihatan, harta, ilmu pengetahuan,
kepandaian, kemahiran, bakat, anak2,
ibu bapa yang terlalu menyayangi kita
walau saat kita tersungkur, suami atau
isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya
tanpa sebarang balasan untuk beramal
dan mematuhi segala titah perintah
Allah.Sesungguhnya ketahuilah wahai
saudara-saudari segama! Dunia dan bumi
yang kita pijak ini menjanjikan
pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku
pada apa yang kita ada atau kita cari,
termasuk harta benda, anak2, pangkat
dan jawatan..tapi apa yang paling
penting.. DI MANA ALLAH DALAM HATI
KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan
sesuatu kejahatan, tanyalah diri?
Allahkah yang patut dicari atau
maksiat yang patut ditembusi,
bagaimana keadaan kita ketika hendak
bertemu dengan Allah pada hari
pembalasan yang mungkin esok, lusa
atau hari ini atau mungkin pada saat
ini..sedangkan kita melakukan maksiat
kepadaNya ???


*nasihat untuk sahabat2 dan diriku yang
selalu terlupa ....

No comments: