Sunday, August 19, 2007

Tanda ALLAH menyanyangi KITA

Sabda Rasullullah yang bermaksud: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, nescaya Ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya, Ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya baik/mulia dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat yang baik"
(diriwayatkan oleh Abu Syeikh dari Abi Zam)

Tanda-tanda seseorang manusia itu sedang dibimbing Allah ke arah jalanNya yang lurus atau kearah agama Nya yang suci ialah :

1. Allah membuka pintu hatinya dan membedahkan segala hijab-hijab kelalaian dan kejahilan, kemudahan hati yang terbuka itu dipancarkan dengan cahaya iman,cahaya cintakan Allah dan cahaya ma'rifatNya yang suci.

2. Kemudian hati yang dipancarkan dengan kecintaan dan ma'rifat itu akan dihiasi pula dengan kayakinan dan kepercayaan yang kukuh dan utuh, dan tidak tergoncang oleh ! fitnah-fitnah dunia.

3. Kemudian hati yang iman, ma'rifat, keyakinan dan kepercayaan kukuh akan dijadikan Allah begitu hati-hati, waspada dan sens if dalam setiap langkah hidup yang dijalani hingga ia terselamat dari noda-noda dosa dan nafsu-nafsu penyelewengan dan ia juga begitu sedar dan teliti dengan segala ajaran-ajaran Allah.

4. Allah jadikan hatinya yang penuh iman, ma'rifat, keyakinan dan kesedaran itu sihat sejahtera dari penyakit-penyakit hasat dengki, ria', takbur, dendam, marah, rasa perseteruan, was-was, keraguan dan sebagainya dari penyakit-penyakit jiwa yang menyeksa dan menghilangkan ketenteraman manusia.

5. Sebagai kesan dari pembinaan iman dan ma'rifat yang kukuh dalam hati seseorang, ia akan menjadi seseorang yang sentiasa bercakap benar dan berani memperkatakan kebenaran di tempat mana sahaja dan kepada tokoh mana sahaja.

6. Kesan dari pembinaan dan ma'rifat itu juga Allah kurniakan kepadanya telinga yang sentiasa cintakan ! ajaran dan nasihat yang benar dan serentak dengan itu Allah kurniakan kepada matanya yang tajam yang dapat melihat rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat ketuhanan disebalik kejadian Allah dengan penelitian batin yang mendalam.


Coretan




SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,

SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAND
ARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEHI
ALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,
HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN...

Moga ukhwah berkekalan abadan abada

Wednesday, August 8, 2007

Temuduga sebagai Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN

JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu-a'lam.

Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Monday, August 6, 2007

Manusia,Malaikat dan Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rileks lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah MahaMelihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah MahaPengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkaiAllah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan didunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Semoga perkongsian bermanfaat

Friday, August 3, 2007

Imam Hadhari Langgar Hukum!!!!

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan perbuatan yang melanggari hukum agama malah menyanggahi fatwa para Mufti berhubung perbuatan meletak kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan 2007 di Tugu Peringatan Negara semalam.

Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata hampir sepuluh tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berhubung perbuatan yang melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan seperti orang-orang jahiliyah beribadat dan septutnya PM sendiri perlu menghindari dan menghormati hukum tersebut.

"Tindakan ini selain membelakangi fatwa para mufti ianya melanggari hukum syarak dalam ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. net sebentar tadi.

"Tetapi tiada hairanlah kerajaan yang ada sekarang, hukum yang jelas dan 'clear-cut' dalam al-Quran pun dilanggar inikan pula hukum atau fatwa oleh para mufti yang dihormati kepakarannya dari sudut agama," katanya.

Perbuatan ini juga, katanya menyebabkan ramai orang khususnya umat Islam terkeliru dan celaru pandangan terhadap hukum Islam yang telah difatwa oleh mufti kerana telah dilanggari dan dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri yang turut mencanangkan Islam Hadhari kepada rakyatnya.

Katanya adalah sesuatu yang ganjil dan aneh, Malaysia yang didakwa bukan negara sekular sebaliknya sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri dan Timbalannya tetapi sanggup mengamalkan perbuatan dan perlakuan yang sama seperti upacara orang 'Barat' dan sekular itu sendiri.

"Amalan ini tiada kaitan dengan agama Islam, mengapa sanggup kita mencontohi budaya barat dan fahaman sekular ini sedangkan diistiharkan negara ini sebuah negara Islam," soalnya lagi.

"Jadi, sekali lagi kita mahu penegasan daripada kerajaan bahawa apa yang dilakukan ini merupakan perbuatan dan amalan sebuah negara Islam atau sebaliknya, dan adakah kerajaan mengiktiraf peranan mufti yang menasihati dari segi hukum agama," katanya. Ternyata katanya lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan Islam sebagai cara untuk memperdayakan umat Islam untuk membenarkan segala perilaku dan kecurangan yang dilakukan kepada rakyat jelata.

Katanya mengenakan jasa pahlawan dan pejuang negara adalah sesuatu perbuatan yang baik dan mulia malah pelbagai kaedah dan program boleh dilakukan seperti berdoa, aktiviti penerangan, ceramah dan seminar untuk memperingati Hari Pahlawan daripada melakukan perbuatan syirtik yang bercanggah dengan agama.

"Islam juga menuntut kita memperingati sejarah-sejarah pejuang untuk menaikkan semangat keberanian dan sebagai pedoman masa depan tetapi bukan mengalung bunga, bertafakur dan memberi hormat kepada berhala macam zaman jahiliyah dahulu," katanya.

Namun yang berlaku sekarang adalah kecelaruan pihak kerajaan melaksana tuntutan agama apabila masa tertentu mengikut landasan agama dan pada ketika yang lain pula melanggari secara terang-terangan.

Fatwa-fatwa yang mengharamkan kalungan bunga di tugu negara "Malam berdoa dan melakukan ibadat tetapi siangnya melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan pula. Jelas ini kecelaruan kerajaan BN dan Islam Hadhari ini," katanya.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Begitu juga dengan Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90. Ayat itu bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Dan keterangan kepada ayat itu memberi maksud bahawa “Al-Ansab” merupakan batu orang-orang jahiliyah sembelih korban di sisinya dan beribadat kepadanya manakala berdoa adalah ibadat dan berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Imam Ahamd Bin Hambal

Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di bandar Baghdad, pada bulan Rabiulawal tahun 164 Hijrah, iaitu setelah ibunya berpindah dari bandar 'Murwa' tempat tinggal ayahnya.

Sifat-sifat Imam Ahmad bin Hanbal

Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang yang tinggi badannya, warna kulitnya hitam kemerahan, beliau gemar memakai inai dan memakai pakaian yang kasar dan memakai serban, kurang memakan makanan, beliau tidak berpeluang memakan makanan yang bermacam-macam pada kebanyakan makanannya dimasukkan cuka, beliau mengambil wudhuk tanpa pertolongan orang lain dan beliau membeli kasut dari kayu atau lain-lainnya serta dibawanya sendiri dan beliau duduk di atas hamparan yang lama sehingga carik-carik.

Imam Ahmad adalah seorang yang kuat ingatan, seorang yang faham dengan apa yang dihafaznya, juga beliau seorang yang bersifat sabar dan mempunyai azam dan juga selalu berkemahuan yang kuat, tetap dengan pendirian, tidak riak dan selalu menjauhi dari bergurau senda sehingga manusia lain tidak berani bergurau-senda di kala beliau ada bersama.

Dari Hujung Pena Ke Pintu Kubur

Imam Ahmad menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap dengan mempelajari hadis sehinggalah beliau menjadi seorang imam. Sesetengah daripada manusia pernah berkata kepadanya disebabkan kehairanan dengan ketetapannya dalam menuntut ilmu sekalipun beliau sudah menjadi ketua dan tinggi kedudukannya, kata mereka: "Sehingga bilakah lagi engkau hendak menunutut ilmu pada hal engkau sudah menjadi imam bagi seluruh umat Islam? Imam Ahmad menjawab dengan berkata: "Dari hujung pena sehinggalah ke pintu kubur!"

Alangkah tingginya percakapannya! Ia adalah suatu percakapan yang mengkagumkan seluruh manusia dan seluruh alam. Ia adalah pengajaran yang mulia dari ajaran Islam yang mengajarkan kita bahawa ilmu itu dituntut dari buaian sehinggalah ke liang lahad. Menuntut ilmu adalah sesuatu kegemaran yang tidak dijemu-jemu. Imam Ahmad adalah orang yang menggunakan dakwat, pena, kertas di sepanjang hidupnya sebagaimana penyambungan kepada pelajarannya.

Imam Ahmad menguatkan lagi tujuan-tujuan percakapannya yang di atas, dengan katanya:"Aku menuntut ilmu sehingga aku masuk ke lubang kubur."

Alangkah baiknya bagi tiap-tiap orang penuntut jika mereka meletakkan kata-kata Imam Ahmad di hadapan mereka di setiap waktu: Dari hujung pena ke lubang kubur!

Percakapan Imam Ahmad di atas boleh jadi dirujukkan kepada percakapan yang digunakan oleh ahli-ahli akal dan fikir terhadap ahli-ahli hadis dan nakl, mengikut yang lahir kepada kita bahawa mereka menamakannya 'Ashabul Mahabir' sebagai menunjukkan bahawa mereka tidak hanya berpegang kepada akal fikiran sahaja bahkan mereka berpegang kepada tulisan-tulisan yang disalin dari buku-buku, mereka menuruti atau mempelajari hadis-hadis serta menulisnya dan dikatakan juga mereka adalah 'Hasywiyyah' perkataan Al-Hasy, ertinya ialah percakapan yang tinggi.

Konsisten Mengamalkan Sunnah

Di masa hidup Imam Ahmad, beliau sangat konsisten dalam mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.. Muridnya, Imam Abu Daud mengatakan: "Aku melihat Imam Ahmad apabila menghantar jenazah, ketika mendekati pemakaman, menanggalkan sandalnya."

Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini berdasarkan hadis di bawah ini:

"Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan bersama Basyri, pandangannya terbentur pada seorang yang sedang berjalan di perkuburan dengan memakai sandalnya, kemudian baginda menegurnya: "Wahai si pemakai sandal, celakalah engkau! Tanggalkanlah kedua sandalmu." Orang itu kemudian menoleh dan ketika diketahuinya bahawa yang menegur adalah Rasulullah s.a.w., segera saja dia tanggalkan kedua sandalnya." (Riwayat Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah dan Al-Hakim dengan sanad yang sahih).

Syeikh Al-Albani berkata di atas sikap Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini: "Semoga Allah menganugerahkan kepadanya rahmat, betapa konsistennya orang ini dalam mengikuti As-Sunnah."

Abu Hatim pernah berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang mengasihi Ahmad bin Hanbal maka ketahuilah orang itu adalah dari ahli Sunnah."

Sakit dan Wafatnya Dihadiri Ramai Orang

Menjelang wafatnya, beliau jatuh sakit selama sembilan hari. Mendengar sakitnya, orang-orang pun berdatangan ingin menjenguknya. Mereka berdesak-desakan di depan pintu rumahnya, sampai-sampai sultan menempatkan orang untuk berjaga di depan pintu. Akhirnya, pada permulaan hari Jumaat tanggal 12 Rabiulawal 241H, beliau menghadap kepada Rabbnya menjemput ajal yang telah ditentukan kepadanya.

Kaum Muslimin bersedih dengan kepergian beliau. Tak sedikit mereka yang turut menghantar jenazah beliau sampai beratusan ribu orang. Ada yang mengatakan 700 ribu orang, ada pula yang mengatakan 800 ribu orang, bahkan ada yang mengatakan sampai satu juta lebih orang yang menghadirinya. Semuanya menunjukkan bahawa sangat banyaknya mereka yang hadir pada saat itu demi menujukkan penghormatan dan kecintaan mereka kepada beliau. Beliau pernah berkata ketika masih sihat, "Katakan kepada ahlu bid'ah bahawa perbezaan antara kami dan kalian adalah (tampak pada) hari kematian kami."