Friday, January 30, 2009

Penawar Kepenatan


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wednesday, January 28, 2009

Sangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu keranan mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangaka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

Saturday, January 24, 2009

Alahai Kad ATM ku


Kenapa dgn kad ATM CIMB 'saya'??Apa g x kena??Bangun pagi semalam dengan semangatnya 'saya' nk keluarkan duit di mesin ATM dalam 7-Eleven..Sebab masa tu duit mmg sgt2 dah kekeringan..so niatnya nk kluarkan duit kemudian pergi la beli makanan..

Denagan semangat yg berkobar2 jalanlah turun ke bawah terus menuju ke 7-Eleven..Masa tu mmg la x perasan keadaan kad yg tersimpan dlm dompet...dengan confidentnya kluarkan la kad..terkejut beruk tgk keadaan kad..(agaknya beruk pn x terkejut mcm tu ..huhu)..rupanya kad tu dh terbelah skit kat tepi..tapi yg selamat x kena cip dia..cubalah masukkan jgk dlm mesin atm tu..mula2 boleh..dh masukn no pin smua jumlah wang nk kluar..tgh tgu tba dia kata urusniaga tidak boleh dilakukan..(mesin blh kata ka?..huh blasah la).

cuba utk kali kedua terus kluar kad anda tidak dapat disahkan...adoi...'saya' pn pening lalat la kat situ..msg my mom..then my mom cal sruh pergi KLCC buat kad baru sbb dekat situ ja bukak sampai mlm..my mom ckp sampai pkul 8 mlm..pendekan crita 'saya' pn ke klcc..smpai kat klcc pkul 6.15..tp tgk2 bank dh tutup..alahai...macm mana ni..mak 'saya' kata smpai pkul 8 mlm ni baru pkul 6.15..rupanya bank tu tutup pkul 6.00ptg...my mom salah bg information sgguh...huhu..

'saya' pn melangut la kat depan bank tu fkir nk buat mcm mana..huhu..try la jgk cucuk kat ATM CIMB sndri..sbb yg kat 7-Eleven tu atm bank lain..tawakal je la masa tu..masukn kad tekan itu tekan ini..alhamdulillah blh jgk kluarkan duitnya..lega sgt2 masa tu...terasa beban hilang..huhu..
Kesimpulannya lepas ni bila dh tukar kad baru kena la jaga kad stu elok2..adoi..Padan muka..

Wednesday, January 21, 2009

Terimalah sayang ALLAH

senja yang indah, senja jumaat.
senjah yang penuh keberkatan tanpa kecelaan,
senja yang di redhaiNya.

sayang yang indah sayang yang kekal selamanya,
sayang yang tak mengerti erti jemu dan bosan,
sayang yang kita semakin kita tinggalkan walaupun sayang itu tidak pernah tinggalkan kita,


kita mencari sayang yang repuh dan seketika ibarat hembusan angin lalu,
kita mencari sayang yang disaluti emas kedosaan,
kita mencari sayang dari sayang syaitan yang melalaikan dan menyesatkan kita ke api keadilan,
kita mencari sayang yang ditadah duniawi dan bukanya sayang dari syurga.

sayang Ilahi, sayang yang kekal biarpun jasad bersatu tanah yang mulia,
sayang yang kekal biarpun bumi menyepikan diri,
sayang yang kekal biarpun mentari dan rembulan pergi tak menyinari sang bumi,
sayang yang akan setia biarpun sang bintang angkasa gugur ke bumi.

sayang itu sayang yang tak memilih insan ia setia menyayangi,
sayang yang setia sentiasa tersenyum biarpun ia di khianati dan dinodai,
sayang dibawah mati,
sayang yang memberi erti syurga,
sayang yang tiada diganti beli dengan kekayaan,kemanjaan dan kenafsuan,


SAYANG DARI ALLAH SAYANG UNTUK KITA, SAYANG YANG HARUM BAU SYURGA BAGI ORANG YANG BERIMAN,
SAYANG ALLAH MEMBERI KITA HIDUP UNTUK KITA MENCARI BEKAL MENGHADAPI-Nya NANTI DI ALAM PENGADILAN,

MARILAH KITA MENCARI SAYANG DARI ALLAH, MARILAH KITA KETEPIKAN SAYANG DUNIAWI,
MARILA KITA MENCARI SAYANG SYURGAWI,
AGAR KITA LEBIH DISAYANGI OLEH ALLAH.

Lintah dan perubatan


Entry yg lepas bercakap pasal lintah..ni 'saya' selitkan sedikit info pasal lintah..mana la tau kot2 da sahabat2 lepas ni yg nk cuba try test rawatan lintah ni kan..hhehe

Seorang penyelidik perubatan terkenal Dr. Mahelly menyatakan bahawa lintah adalah suatu hidupan yang penting di dalam pembedahan moden. Ia membantu pengaliran darah berlaku secara semula jadi. Lintah juga boleh dijadikan sebagai satu alat mengeluarkan toksin dari darah yang mengalir dalam badan kita.

Lebih dari 600 spesis lintah telah ditemui hingga ke hari ini. Dari 600 jenis ini, hanya 15 jenis sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Di dalam dinuia perubatan, lintah ini dikenali sebagai Hirudo Medicinalis.

Kaedah rawatan menggunakan lintah ini dikatakan telah bermula sejak lebih 5,000 tahun dahulu. Apabila lintah menghisap darah dari badan anda, pada masa yang sama ia mengeluarkan sejenis cecair yang di antara lainnya menghalang darah anda dari menjadi beku, serta menggalakkan pengaliran keluar darah. Fenomena ini dapat membantu proses pemulihan kecederaan atau pun pembedahan kerana darah yang mengalir ke bahagian tersebut dalam satu jangka masa yang lama, dapat menghasilkan pertumbuhan semula sisitem pengaliran darah di kawasan tersebut.

Nyatalah bahawa sebenarnya lintah adalah pembantu manusia.

Di kerongkong tempat isapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti setengah gergaji yang mempunyai sehingga 100 gigi-gigi kecil. Seekor lintah mungkin mengambil masa antara 15 hingga 30 minit untuk menyedut darah dari badan manusia. Dalam tempoh masa tersebut ia dapat menghisap kira-kira 2.5 sehingga 5.5 gm darah. Kuantiti darah tersebut sudah cukup bagi menampung hidupnya selama 6 bulan.

Pada air liur lintah terdapat sekurang-kurangnya 15 jenis zat aktif. Di antaranya ialah sejenis zat yang sama seperti yang terkandung di dalam putih telur.

Air liur lintah mengandungi zat aktif antaranya :-

  • Hirudin
  • Hyaluronidase
  • Pseudohirudin
  • Destabilase
  • Apyrase
  • Bdellines
  • Eglines
  • Kininases
  • Histamine-melancarkan peredaran darah dan oksigen
  • Collagenase
  • Leech prostanoids
  • Inhibitor of kallikrein of the blood plasma
  • Proteases
  • Lipolytic enzymes
  • Intibitor of Xa factor of the blood coagulation
  • Triglyceridase17.Cholesterol esterase18.Lipase

ekstrak hirudin – mengurangkan pembentukan pembekuan darah dan melancarkan darah. mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot dan sengal-sengal badan.

ekstrak pheromone – merupakan hormon yang mengeluarkan bau yang boleh menarik perhatian pasangan. berguna dalam masalah hubungan seksual.

ekstrak histamin – histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana dapat melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.

ekstrak nitric oxide – mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.

“hirudin” adalah salah satu komponen yang penting di dalam air liur lintah. Ia amat bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”.

Di antara lain, Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia mahupun depresi. Ia juga digunakan untuk merangsang mata, mengempiskan lidah bengkak, dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan.

Kemampuan lintah ini menarik perhatian Manfred Roth. Maka, sejak sepuluh tahun lalu ahli zoology dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya pengimport lintah di Jerman. Ia membiakkan binatang ini pada bekas-bekas kaca. Lintah peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai, di kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi.

Kerana keupayaan lintah tadi, dalam Bangsa Inggeris seorang tabib pada Abad Pertengahan digelar sebagai leechers. Orang Teuton (Jerman kuno) mengartikan leech hampir sama artinya dengan kata “penyembuh”. Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam Ayurveda digambarkan memegang seekor lintah di salah satu dari empat tangannya.

Jadi, haiwan yang menakutkan kerana ia menghisap darah ini menyimpan sejuta rahsia yang sangat bermanfaat kepada manusia.

Sunday, January 18, 2009

Rawatan Lintah

Pertama kali dlm sejarah hidup 'saya' membuat rawatan menggunakan lintah..selalu kna gigit pacat ja kan..itu pn sbb pergi camping kat mana2..

Mula2 tengok lintah tu sgt la geli..huhu sbb panjang sgt..(tula x pnh tgk lintah..asyik tgk pacat ja)..tpi beranikan diri jugak masa nk letak lintah sekitar kaki dan tangan..huhu rasa sejuk dan lembik ja lintah tu..huhu lama2 dh biasa x geli dh la...


4 ekor lintah enak menghisap darah 'saya' smpai jdi mcm timun jepun..bygkan betapa gumuknya lintah tu..dan sebenarnya betapa bnyaknya darah kotor 'saya'..iskh2 iskh...alhamdulillah selepas buat rawatn lintah ni rsa ringan skit badan..dan yg menakjubkan dari tgn kiri 'saya' x boleh nk mngenggam dpt genggam skit dah...dengan izinnya...KUASA ALLAH sglanya...Setiap panyakit ada ubatnya kecuali MATI!..ni sedikit 'saya' tepekn gmbr msa lintah tu sdg enak sronok 'makan'..huhu



dh 'gumuk' lintah tu dh jadi mcm timun jepun


ni pn sma 'gumuk' juga...



darah yg mengalir lepas lintah kekenyangan



bekas gigitan lintah..

Thursday, January 15, 2009

Mulakan Strategi!!






Sekadar coretan


Alhamdulillah..harini bru berkesempatan nk update blog...haih azam bru konon2 nk slalu update blog mcm x jd ja..huhu nasib2..

hmm...sbnrnya x tau nk tulis pa ni...kblakangan ni rutin harian bertambah..maka waktu sentiasa rasa mcm x ckup..padahal ada 24 jam...tula manusia...sntiasa rasa x cukup...(trmasuk diri sndri)..

rutin harian sjak seminggu ni kalu hari biasa dari 9 pg sampai pkul 4.oo ptg p klas..kdg2 ptg da meting mpm..kdg2 ptg jgk da discussion utk projek ETR..pastu mlm kna ke gombak utk berubat dan mngurut...balik dlm pkul 12 mlm..tepat2 sblm pntu gate tutup (kalu x memanjat la 'saya'..huhu)..blik dr brubat mmg ngantuk tapi yg peliknya bla dh nk tdo x nk pulak mata ni lelap..dpt tdor pn msti pkul 1-2 pg...pastu dlm pkul 3-3.30pg msti terjaga...uhuh...pnyudah x ckup tdo...huhu

haa...tu la rutin sjak 2 menjak ni...ni bru la dpt update..kalu x pgg laptop pn x dpt..huhu sedih...
lpas ni ada klas lagi...jmpa nnt..

DA DA

Tuesday, January 6, 2009

Peduli Palestin!!!


Peduli palestin...kekejaman zionis telah melampaui batas...kanak2 tg x berdosa mnjadi mangsa..Hulurkan secebis peduli buat saudara2 kita di sana...

Hulurkanlah bantuan sekarang.Keluarkan duit kita dan bantu mereka.Semoga Allah menilai segala pengorbanan kita sebagai jihad disisinya.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

Bank Islam Malaysia Berhad

Nombor akaun: 12113010005797

Aman Palestin Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787


QUNUT NAZILAH

Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.

Sunday, January 4, 2009

Tanggungjawab Kita

akademi


Menurut pandangan hukamah, kedatangan tahun baru 1430 Hijiriah dan tahun 2009 Masehi ini mempunyai petanda yang signifikan. Justeru itu, marilah kita menggandakan segala usaha dan tenaga kita untuk mempergiatkan lagi amalan-amalan baik dalam kehidupan kita seharian.


Bagi ahli-ahli Silat Cekak Hanafi, kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar apa jua sumbangan kita, dalam apa bentuk sekali pun akan menjadi satu ibadah yang diterima hendaknya olehNya.

Sejak Allahyarham Ustaz Hanafi meninggalkan kita pada tanggal 13 Ogos 1986 yang lalu, pergerakan Silat Cekak telah dilanda dengan pelbagai ujian dan halangan. Yang memedihkan hati kita adalah ujian-ujian ini datangnya daripada dalam pergerakan kita sendiri. Yang menyakitkan hati kita adalah ujian-ujian ini datangnya daripada mantan-mantan guru utama yang sememangnya dipertanggungjawabkan untuk memimpin dan menerajui pergerakan kita sejajar dengan asas-asas perjuangan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi kepada kita semua.

Berbanding dengan pencapaian kita di zaman Ustaz Hanafi dahulu, pergerakan Silat Cekak di zaman pasca Ustaz Hanafi menjadi lesu dan perpecahan dalaman berlaku di dalam pergerakan kita. Semuanya angkara ahli-ahli yang berada di dalam pergerakan kita.

Kewibawaan mantan guru utama yang pertama tergugat kerana beliau tidak mampu menjadi pendamai dalam krisis yang berlaku pada tahun 1993.

Sehingga kini, beliau masih lagi bergerak tanpa mandat yang sah. Namun pergerakan itu masih lagi lesu, tidak sehebat zaman Ustaz Hanafi.

Begitu juga dengan mantan guru utama yang kedua, yang mempunyai kes jenayah di mahkamah, kononnya pergerakan Silat Cekak adalah hak eksklusif keluarga. Sehingga kini masih lagi bergerak secara kongsi gelap tanpa mandat yang sah. Hatta, tidak mampu bergerak sendiri kerana kurang kredibiliti.

Bagi kita yang berada dalam pergerakan Silat Cekak Hanafi sekarang, bukan menjadi tanggung jawab kita untuk menjaga mereka, baik mantan guru yang pertama mahupun mantan guru yang kedua. Tanggungjawab kita adalah kepada ahli-ahli sedia ada di bawah kepimpinan Guru Utama yang mempunyai mandat yang sah iaitu YM En. Marwi bin Latif. Bersama-sama dengan para pendukung yang tulen, satu era baru bakal menjelma!

Oleh itu, sempena tahun baru ini, kita harus betekad untuk meneruskan perjuangan yang diasaskan oleh Ustaz Hanafi. Nama baik pengasas kita, Allahyarham Ustaz Hanafi mesti kita jaga kerana begitu besar jasa beliau kepada dunia persilatan Melayu. Begitu besar jasa beliau mendidik kita menjadi mukmin yang sejati.

Halatuju baru yang diilhamkan oleh MMK baru-baru ini adalah sangat bersesuaian dengan asas-asas perjuangan Allahyarham Ustaz Hanafi. Kita mahu melahirkan insan-insan yang berbudaya di kalangan semua ahli kita. Pergerakan kita akan menjadi lebih mantap bertenaga lagi berwibawa.

Salah satu anjakan paradigma yang dilahirkan oleh para pemimpin sekarang adalah wujudnya Akademi Silat Cekak Hanafi. Allahyarham Ustaz Hanafi semasa hayatnya mahukan pergerakan Silat Cekak berpaksikan akademik. Inilah yang telah diusahakan oleh para pendukung kita.

Pelbagai program dan aktiviti telah dirangkakan dan akan dilaksanakan setiap tahun sehingga 2015.

Ayuh rakan-rakan seperjuangan, marilah kita bergerak sehati sejiwa seiya dan sekata agar hasrat murni ini akan membuahkan pelapis-pelapis yang berwibawa; pelapis-pelapis yang “makan cekak”. Pelapis-pelapis pejuang nusa dan bangsa agar “melayu tidak hilang di dunia”

~dari cekakhanfi.com~