Thursday, December 13, 2007

Ya ALLAh tabahkan hati hamba Mu

Ya Allah..
tabahkan hati hambamu ni..
atas ujian yang Kau kurniakan...
Berikan ku kekuatan..
agar ku tidak terus rebah...

Ya Allah...
Ku sedar diri ini hanya insan yang kerdil..
Hamba yang banyak melakukan dosa kepada Mu...
Taubat yang tidak pernah ditepati..
Ku mohon pada Mu Rabbi..
Tabahkan hatiku mengharungi ujian Mu...

Ya Allah..
Ujian ini sangat berat ku rasakan..
Moga ku Tabah menghadapinya..
Amin Ya rabbal Alamin

Friday, November 30, 2007

Suasana Di PPN

Perhimpunan Perwakilan Nasional 07





Alhamdulillah..Pada 23-25 november yang lalu Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia ( JIM) telah mengadakan Perhimpunan Perwakilan Nasional ( PPN) 2007 di Kampus Kejuruteraan, USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang..

Tema untuk perhimpunan kali ini ialah: "Bersatu Menegak Syariah, Menjamin Kesejahteraan Ummah" . Presiden JIM, Tuan Haji Zaid Kamaruddin akan menyampaikan Ucapan Dasar dengan tajuk seperti tema di atas pada pagi Sabtu, 24 November 2007.

Alhamdulillah..segalanya berjalan dgn lancar

Friday, November 16, 2007

Perhimpunan BERSIH





Pada 10 hb November..Parti Al-islam Semalaysia (PAS), PArti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengadakan perhimpunan aman yg menuntut pilihanraya yg Bersih dan Adil..Bahang ni tidak hanya dirasakan oleh rakyat di Malysia shj...Rakyat Mlaysia di kota London turut berhimpun di hdpn Malaysia Hall LOndon..

Perhimpunan yang aman yang bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong dikotori oleh FRU yg menyemburkan air mgunakan water canon dan juga melepaskan gas pemedih mata..

Ramai yg pedih mata x kurang orang awam yang lalu dikawsan itu turut terkena tempiasnnya..Di mana demokrasi...Setelah semua ruang untuk bersuara ditutup jadi dimana lagi ruang untuk kami bersuara..Jangan terlalu jumud..

pemerintah yang menghalang rakyat bersuara untuk mendapat keadilan adalah pemerintah yang mengamalkan pemerintahan kuku besi...yang takut dan pengecut kerana takutkan kebangkitan rakyat, manakala rakyat yang menurut segala kehendak kerajaan yang salah walhal tahu hakikat kebenaran adalah rakyat yang menjadi pak turut yag rela hidungnya dicucuk seperti mana lembu dicucuk hidung..jadi pilihlah sama ada nak jadi lembu atau nak menjadi manusia yang bermaruah

"wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu jejaki langkah kami serta kamu berada di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah Islam. kamu wakafkanlah segala tenaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, maka itu semua akan mendatangkan kebaikan untuk kamu dunia akhirat. tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih untuk terumbang ambing dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai- Syeikh Mustafa Masyur

Monday, November 12, 2007

Dedikasi buat TuanTanah

Moga usia ni dikurniakan barakah..
Ya ALLAH tetapkanlah hatiku pada jalan Mu..
Jadikan usiaku ni usia yg bermakna..
Yang sentiasa berjuang di jalan Mu..
Menegakkan agama Mu..

Semoga pertambahan usia ni..
mematangkan ku

Monday, November 5, 2007

Open House Fareast,Rabbani,Saujana,Nowseeheart,Brothers

bakal ayah mithali..manja adik ni dgn ustaz

makan time!!!makan ,makan


antara artis yg turut hadir


ustaz nazrey n family



akhi munif n family



akhi fitri n family







posing2 fareast..heheh






persembahan fareast



ustaz,abg fadzli n abg azwan sibuk aturkan meja



rupa kek sebelum jadi mangsa



pemotong kek yg dedikasi..sampai baju pun kena kek..hehe



wlaupun bru baik demam ustaz tetap lyn tetamu




abg fadzli dgn kek..yg blakang posing sakan

Alhamdulillah semalam bertempat di Kompleks Penyanyang Bakti ana dn beberapa org shbt meraikan anak2 yatim dan warga tuadi situ...suasana cukup meriah...tanbah2 dengan usik megusik dari akhi azwan,ustaz nabil dan akhi pyan saujana..kecoh dibuatnya..hehe
apa2pun tahniah buat tuan rumah yg mengajurkan rumah terbuka ni..Rabbani,Fareast,Saujana,Nowseeheart dan Brothers.

Friday, October 26, 2007

What A voice



Waktu ana mendengar suara ni..menitis air mata..Mampukah diri ini menjadi seperti anak kecil itu..Komen sahabat2?

Tuesday, October 23, 2007

Salam Imtihan

Alhamdulillah hari tamat satu paper ana..huhu baru satu..da lagi 4 paper..


TUESDAY 23-Oct-07

2:15pm-4:15pm, Wk 1AS120CTU211


SUNDAY 28-Oct-07

2:15pm-5:15pm, Wk 1AS120BEL250


FRIDAY 02-Nov-07

2:45pm-5:45pm, Wk 2AS120BIO250

WEDNESDAY 07-Nov-07

9:00am-12:00pm, Wk 3AS120MAT238

SATURDAY 10-Nov-07

9:00am-12:00pm, Wk 3AS120CHM201

Monday, October 22, 2007

Kiasah sekitar Hari Raya

Hari sabtu dan ahad lepas penat sungguh..penuhi undangan2 open house..heheh

HARI SABTU

Jam 9 pagi telefon berbunyi..Sepupu ana call..Ajak beraya di umah sedara ana..Ana pun bergegas siap..Pukul 9.30pagi kami bertolak ke rumah Mak Ngah..Smpai umah mak ngah kami balum laksa yang mak ngah buat..Sepupu ana smpai dua tiga pinggan tmbah..sedap punya pasal..hehe
Tgh2 duduk2 berbual dtg la adam..Anak buah ana yg paling nakal..huhu..dh la payah nk berkomunikasi dgn dia sebab dia x faham bhs melayu..bhs inggeris pun dia tau skit2 ja..yg dia fasih bahasa jerman..dh macam ayam dgn itik ja kami berbual..

Lepas tu mak ngan yang lain cdg nk p umah ayah ana..huhu..tempat yg x pernah ana kunjung selama ni..hari tu tercapai jugak hajat nk p umah ayah ana..perjalanan ke rumah ayah ana makan masa lebih kurang sejam lebih..huhu sampai2 ja umah ayah ana sedara ana semua balun makan..huhu ana sorang ja duduk tgk tv..hehe maklumlah umah ayah sndri..walaupun x prnah dtg..huhu

Balik ja dr umah ayah ana..ana p umah ummi n abah..x dan nk duduk lama pun..ummi n abah ajak p umah acu kat shah alam..kat umah acu kami x lama..lepas tu kami ke airport (KLIA) nk p hntr anis ke mesir..Sepupu angkat ana tu p mesir..jeles ja tgk..bila la ana dpt p mesir jugak..huhu
s,pai umah dlm pkul 12..pastu smbang sakan dgn ummi x sdr jam dh pkul 2 pg..huhu

HARI AHAD

Ana dpt undangan bertindih..Samada nk p umah Abg Khalid Silat or p umah sedara ana..huhu fikir2 punya fikir ana p umah sedara ana..Dlm pkul 11 abg ana sulung smpai..Kami konvoi p umah sedara ana..Pastu kami p mkn kat muara..haha best btul makan kat tpi laut..menikmati seafood..p cari barang kat tesco..blik umah dlm pkul 11..terus tdo..pnt btul

Lazimkan Kemaafan


Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf.

Lunakkan hati dengan renungan ini:
Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap?

Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita. Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini." Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T. Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.

RASULLAH S.A.W BERSABDA: "SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU." ...

Friday, October 19, 2007

DI MANA ALLAH DLM HATI KITA???

Sekali lagi kita tanya diri sendiri
“DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”

Adakah kita rasa amat gembira bila
dapat berdamping denganNya atau
sebaliknya? Adakah kita telah berusaha
agar Allah sentiasa bersama kita?Kalau
begitu ,sejauh manakah kita rasa
gembira menerusi solat yang
dilaksanakan ketika mendampingi dan
bermunajat padaNya? Apakah yang kita
dapat rasai ketika sujud di dalam
solat dan sejauh mana kita meneruskan
zikir terhadapNya bukan hanya terbatas
selepas solat, ingatlah ketika Allah
menyebut: “aku bersama hambaKu ketika
dia mengingatiKu dan kedua-dua
bibirnya bergerak kerana aku”


Adakah kita dapat meluangkan sepertiga
malam untuk menyepi diri bersama
Allah? Tidakkah kita teringat akan
janji2 Allah pada kita yang mampu
bangun di tengah2 malam- Allah
menyebut: “Adakah terdapat hambaKu
yang bangun di tengah malam untuk
bertaubat, di mana aku menerima
taubatnya, yang memohon keampunanKu,
maka aku ampunkan segala dosanya dan
memohon sesuatu, maka aku berikan
padanya.Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan
pujian kepada Allah, berkorban
keranaNYa untuk meninggikan syiar
agamaNYa walaupun pelbagai rintangan
dan halangan. Berapa banyak ruang dan
masa yang ada pada kita untuk
memerhatikan segala nikmat yang
dikurniakan oleh Allah kepada kita,
terus bersyukur padaNya tanpa sebarang
perasaan prejudis. Pernahkah terlintas
dalam pemikiran kita bagaimana Allah
menganugerahkan nikmat hidayah,
kesihatan, harta, ilmu pengetahuan,
kepandaian, kemahiran, bakat, anak2,
ibu bapa yang terlalu menyayangi kita
walau saat kita tersungkur, suami atau
isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya
tanpa sebarang balasan untuk beramal
dan mematuhi segala titah perintah
Allah.Sesungguhnya ketahuilah wahai
saudara-saudari segama! Dunia dan bumi
yang kita pijak ini menjanjikan
pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku
pada apa yang kita ada atau kita cari,
termasuk harta benda, anak2, pangkat
dan jawatan..tapi apa yang paling
penting.. DI MANA ALLAH DALAM HATI
KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan
sesuatu kejahatan, tanyalah diri?
Allahkah yang patut dicari atau
maksiat yang patut ditembusi,
bagaimana keadaan kita ketika hendak
bertemu dengan Allah pada hari
pembalasan yang mungkin esok, lusa
atau hari ini atau mungkin pada saat
ini..sedangkan kita melakukan maksiat
kepadaNya ???


*nasihat untuk sahabat2 dan diriku yang
selalu terlupa ....

Vc akhil hayy - nawaitu

Thursday, October 11, 2007

Syawal yg menjelma


Syawal yg bakal menjelma tak lama lagi...

Ada masanya ketika ribut cabaran
Melanda menerjah diri
Pada sekeping hati
Teralpa jua kita
Pada kelembutan budi pekerti

Ada ketikanya sering kita lupa lagi
Pada halusnya nurani
Terusik persaudaraan Tergurislah perasaan
Walau itu bukan maksud dan tujuan

Sampai masanya aidilfitri bertamu
Di ruang waktu bagai biduk lalu
Di samudera kalbu lalu kiambang
Persaudaraan bertaut semula
Terciptalah kemaafan terukir keampunan
Pada yang berkasih sayang

Pada nur Ramadhan yang terus membara
Sinar kemeriahan syawal pun menyala
Kita raikannya dengan indah bersaudara
Menjadi sebagai tangan kiri dan kanan

Yang sentuhan keduanya
Bisa membersihkan
Kembali kepada fitrah
Kepada ukhwah
Kembali seluruhnya
Kepada ALLAH
Berkat di hari raya

Maafkan saja
Segala sengketa lama
Yg membeku di jiwa
Di bulan yang mulia Hari yang bahagia
Moga ukhuwah terjalin SELAMANYA!!

BUAT SEMUA SAHABAT DAN JUGA BLOGGERS YANG BERKUNJUNG..AMPUN DAN MAAF SIPINTA DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI..MAAFKAN SEGALA KESALAHAN ANA..SEMOGA TAUTAN UKHWAH ANTARA KITA KEKAL SELAMANYA..JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA PADA SHBT2 YG MEMBANTU DAN MEMBERI KEKUATAN PADA DIRI YG KERDIL INI SEWAKTU DIRI INI JATUH SUATU KETIKA DULU...BUAT SHBT2 DI KTI ANA MEMOHON SEJUTA KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN ATAS KESILAPAN YANG LALU..PADA SHBT2 DI UKHWAH.COM..SYUKUR DPT MENGENALI ANTUM WA ANTUNNA..PADA SHBT2 DI FE..SYUKRAN ATAS SEGALANYA..BUAT INSAN BERNAMA *******I..SYUKRAN ATAS PENERIMAAN DN BANTUAN...

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ramadhan yg berlalu

akhirnya ramadhan smpai ke penghujungnya...
terasa sayu dgn pemergian ramadhan..
adakah diri ini akan bertemu dengan ramadhan yang akan datang??rindu pada ramadhan..
belum puas mendakap dirimu ya ramadhan..kini ramadhan harus berlalu..

semoga ramadhan yang berlalu memberi seribu makna kepada diri ini...

Friday, September 21, 2007

Ramadhan Bersama Far East

Alhamdulillah pada 2-3 ramadhan yg lepas ana sempat berprogram bersama Far East..walaupun tgh bz2 nk exam sempat jugak curi masa p..Ana agak lewat sampai di sana..sampai ja dh nk berbuka..huhu..smpai2 terus naik bilik pastu trun p berbuka..ada la shabat yg sesat..sampai2 buat muka blur ja..huhu jgn marah ek...

hbs buka berterawih sesama then slot taaruf..uhuk...slot yg ramai malu2..hehe mcm2 gaya dpt tgk..exspecially muslimin..da yg gaya menyanyi..cthnya spt ni..

akhi zul nyanyi lagu..hahah

k sambung balik...hbs slot smua naik tdo..sblm tu smpat jg dgr persembahan dr dmenc yg turut join pgrm..pastu dgr akhi2 far east kita nyanyi..balik bilik x tdo pun..lewat jugak la tido..bgun pg turun p qiam..masa ni ramai muslimin yg syahid..yg da mula2 ustaz nabil sorang ja..yg lain berkayuh atas katil..huhu.

malangnya dan x best ana x dpt tggu sampai habis pgrm sbb da pgrm d klcc plak pg tu..tp slot yg plg best dgn akhi fadli ataupun mahatma fadli bak kata ustaz nabil..slot blajar vokal..sa ri ga ma pa da ni sa..mcm2 bakat terpendam kluar..k la ni ana kongsi serba sedikit gmbar sewaktu pgrm





taaruf akhi fadzli




ustaz nabil



akhi azwan



muslimat yg hadir


ustaz senyum pa tu...akhi azwan pandang pa?


sempat posing lagi..nk balik dh ni

persembahan far east

dlm surau pun posing

penulis nama kat tag yg dedikasi

Monday, September 3, 2007

Agak lama ana x posting di blog..rindu plak rasanya..hmm apa ya nak bgtau..macam2 sebenarnya program sepanjang ana menyepi di blog..apa yang menarik ya..Alhamdulillah ana berpeluang untuk berjumpa dgn shbt2 ukhwah.com dlm pgrom Kem Ibadah & Motivasi..Syukran jazilan pada ukhti Syida yg sudi ajak ana join pgrm ni..kalau x, x berjumpalah ana dgn shbt2 ukhwah.com..

Alhamdulillah..sempat jugak la ana 'mencuri' beberapa keping gambar program..Alhamdulillah pgrm juga berjalan dgn lancar..

Adik2 dlm group ana

Barisan fasilitator

Slot bersama Bazli n Fazli UNIC

Sunday, August 19, 2007

Tanda ALLAH menyanyangi KITA

Sabda Rasullullah yang bermaksud: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, nescaya Ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya, Ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya baik/mulia dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat yang baik"
(diriwayatkan oleh Abu Syeikh dari Abi Zam)

Tanda-tanda seseorang manusia itu sedang dibimbing Allah ke arah jalanNya yang lurus atau kearah agama Nya yang suci ialah :

1. Allah membuka pintu hatinya dan membedahkan segala hijab-hijab kelalaian dan kejahilan, kemudahan hati yang terbuka itu dipancarkan dengan cahaya iman,cahaya cintakan Allah dan cahaya ma'rifatNya yang suci.

2. Kemudian hati yang dipancarkan dengan kecintaan dan ma'rifat itu akan dihiasi pula dengan kayakinan dan kepercayaan yang kukuh dan utuh, dan tidak tergoncang oleh ! fitnah-fitnah dunia.

3. Kemudian hati yang iman, ma'rifat, keyakinan dan kepercayaan kukuh akan dijadikan Allah begitu hati-hati, waspada dan sens if dalam setiap langkah hidup yang dijalani hingga ia terselamat dari noda-noda dosa dan nafsu-nafsu penyelewengan dan ia juga begitu sedar dan teliti dengan segala ajaran-ajaran Allah.

4. Allah jadikan hatinya yang penuh iman, ma'rifat, keyakinan dan kesedaran itu sihat sejahtera dari penyakit-penyakit hasat dengki, ria', takbur, dendam, marah, rasa perseteruan, was-was, keraguan dan sebagainya dari penyakit-penyakit jiwa yang menyeksa dan menghilangkan ketenteraman manusia.

5. Sebagai kesan dari pembinaan iman dan ma'rifat yang kukuh dalam hati seseorang, ia akan menjadi seseorang yang sentiasa bercakap benar dan berani memperkatakan kebenaran di tempat mana sahaja dan kepada tokoh mana sahaja.

6. Kesan dari pembinaan dan ma'rifat itu juga Allah kurniakan kepadanya telinga yang sentiasa cintakan ! ajaran dan nasihat yang benar dan serentak dengan itu Allah kurniakan kepada matanya yang tajam yang dapat melihat rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat ketuhanan disebalik kejadian Allah dengan penelitian batin yang mendalam.


Coretan




SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,

SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAND
ARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEHI
ALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,
HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN...

Moga ukhwah berkekalan abadan abada

Wednesday, August 8, 2007

Temuduga sebagai Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN

JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu-a'lam.

Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Monday, August 6, 2007

Manusia,Malaikat dan Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rileks lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah MahaMelihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah MahaPengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkaiAllah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan didunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Semoga perkongsian bermanfaat

Friday, August 3, 2007

Imam Hadhari Langgar Hukum!!!!

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan perbuatan yang melanggari hukum agama malah menyanggahi fatwa para Mufti berhubung perbuatan meletak kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan 2007 di Tugu Peringatan Negara semalam.

Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata hampir sepuluh tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berhubung perbuatan yang melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan seperti orang-orang jahiliyah beribadat dan septutnya PM sendiri perlu menghindari dan menghormati hukum tersebut.

"Tindakan ini selain membelakangi fatwa para mufti ianya melanggari hukum syarak dalam ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. net sebentar tadi.

"Tetapi tiada hairanlah kerajaan yang ada sekarang, hukum yang jelas dan 'clear-cut' dalam al-Quran pun dilanggar inikan pula hukum atau fatwa oleh para mufti yang dihormati kepakarannya dari sudut agama," katanya.

Perbuatan ini juga, katanya menyebabkan ramai orang khususnya umat Islam terkeliru dan celaru pandangan terhadap hukum Islam yang telah difatwa oleh mufti kerana telah dilanggari dan dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri yang turut mencanangkan Islam Hadhari kepada rakyatnya.

Katanya adalah sesuatu yang ganjil dan aneh, Malaysia yang didakwa bukan negara sekular sebaliknya sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri dan Timbalannya tetapi sanggup mengamalkan perbuatan dan perlakuan yang sama seperti upacara orang 'Barat' dan sekular itu sendiri.

"Amalan ini tiada kaitan dengan agama Islam, mengapa sanggup kita mencontohi budaya barat dan fahaman sekular ini sedangkan diistiharkan negara ini sebuah negara Islam," soalnya lagi.

"Jadi, sekali lagi kita mahu penegasan daripada kerajaan bahawa apa yang dilakukan ini merupakan perbuatan dan amalan sebuah negara Islam atau sebaliknya, dan adakah kerajaan mengiktiraf peranan mufti yang menasihati dari segi hukum agama," katanya. Ternyata katanya lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan Islam sebagai cara untuk memperdayakan umat Islam untuk membenarkan segala perilaku dan kecurangan yang dilakukan kepada rakyat jelata.

Katanya mengenakan jasa pahlawan dan pejuang negara adalah sesuatu perbuatan yang baik dan mulia malah pelbagai kaedah dan program boleh dilakukan seperti berdoa, aktiviti penerangan, ceramah dan seminar untuk memperingati Hari Pahlawan daripada melakukan perbuatan syirtik yang bercanggah dengan agama.

"Islam juga menuntut kita memperingati sejarah-sejarah pejuang untuk menaikkan semangat keberanian dan sebagai pedoman masa depan tetapi bukan mengalung bunga, bertafakur dan memberi hormat kepada berhala macam zaman jahiliyah dahulu," katanya.

Namun yang berlaku sekarang adalah kecelaruan pihak kerajaan melaksana tuntutan agama apabila masa tertentu mengikut landasan agama dan pada ketika yang lain pula melanggari secara terang-terangan.

Fatwa-fatwa yang mengharamkan kalungan bunga di tugu negara "Malam berdoa dan melakukan ibadat tetapi siangnya melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan pula. Jelas ini kecelaruan kerajaan BN dan Islam Hadhari ini," katanya.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Begitu juga dengan Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90. Ayat itu bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Dan keterangan kepada ayat itu memberi maksud bahawa “Al-Ansab” merupakan batu orang-orang jahiliyah sembelih korban di sisinya dan beribadat kepadanya manakala berdoa adalah ibadat dan berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Imam Ahamd Bin Hambal

Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di bandar Baghdad, pada bulan Rabiulawal tahun 164 Hijrah, iaitu setelah ibunya berpindah dari bandar 'Murwa' tempat tinggal ayahnya.

Sifat-sifat Imam Ahmad bin Hanbal

Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang yang tinggi badannya, warna kulitnya hitam kemerahan, beliau gemar memakai inai dan memakai pakaian yang kasar dan memakai serban, kurang memakan makanan, beliau tidak berpeluang memakan makanan yang bermacam-macam pada kebanyakan makanannya dimasukkan cuka, beliau mengambil wudhuk tanpa pertolongan orang lain dan beliau membeli kasut dari kayu atau lain-lainnya serta dibawanya sendiri dan beliau duduk di atas hamparan yang lama sehingga carik-carik.

Imam Ahmad adalah seorang yang kuat ingatan, seorang yang faham dengan apa yang dihafaznya, juga beliau seorang yang bersifat sabar dan mempunyai azam dan juga selalu berkemahuan yang kuat, tetap dengan pendirian, tidak riak dan selalu menjauhi dari bergurau senda sehingga manusia lain tidak berani bergurau-senda di kala beliau ada bersama.

Dari Hujung Pena Ke Pintu Kubur

Imam Ahmad menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap dengan mempelajari hadis sehinggalah beliau menjadi seorang imam. Sesetengah daripada manusia pernah berkata kepadanya disebabkan kehairanan dengan ketetapannya dalam menuntut ilmu sekalipun beliau sudah menjadi ketua dan tinggi kedudukannya, kata mereka: "Sehingga bilakah lagi engkau hendak menunutut ilmu pada hal engkau sudah menjadi imam bagi seluruh umat Islam? Imam Ahmad menjawab dengan berkata: "Dari hujung pena sehinggalah ke pintu kubur!"

Alangkah tingginya percakapannya! Ia adalah suatu percakapan yang mengkagumkan seluruh manusia dan seluruh alam. Ia adalah pengajaran yang mulia dari ajaran Islam yang mengajarkan kita bahawa ilmu itu dituntut dari buaian sehinggalah ke liang lahad. Menuntut ilmu adalah sesuatu kegemaran yang tidak dijemu-jemu. Imam Ahmad adalah orang yang menggunakan dakwat, pena, kertas di sepanjang hidupnya sebagaimana penyambungan kepada pelajarannya.

Imam Ahmad menguatkan lagi tujuan-tujuan percakapannya yang di atas, dengan katanya:"Aku menuntut ilmu sehingga aku masuk ke lubang kubur."

Alangkah baiknya bagi tiap-tiap orang penuntut jika mereka meletakkan kata-kata Imam Ahmad di hadapan mereka di setiap waktu: Dari hujung pena ke lubang kubur!

Percakapan Imam Ahmad di atas boleh jadi dirujukkan kepada percakapan yang digunakan oleh ahli-ahli akal dan fikir terhadap ahli-ahli hadis dan nakl, mengikut yang lahir kepada kita bahawa mereka menamakannya 'Ashabul Mahabir' sebagai menunjukkan bahawa mereka tidak hanya berpegang kepada akal fikiran sahaja bahkan mereka berpegang kepada tulisan-tulisan yang disalin dari buku-buku, mereka menuruti atau mempelajari hadis-hadis serta menulisnya dan dikatakan juga mereka adalah 'Hasywiyyah' perkataan Al-Hasy, ertinya ialah percakapan yang tinggi.

Konsisten Mengamalkan Sunnah

Di masa hidup Imam Ahmad, beliau sangat konsisten dalam mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.. Muridnya, Imam Abu Daud mengatakan: "Aku melihat Imam Ahmad apabila menghantar jenazah, ketika mendekati pemakaman, menanggalkan sandalnya."

Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini berdasarkan hadis di bawah ini:

"Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan bersama Basyri, pandangannya terbentur pada seorang yang sedang berjalan di perkuburan dengan memakai sandalnya, kemudian baginda menegurnya: "Wahai si pemakai sandal, celakalah engkau! Tanggalkanlah kedua sandalmu." Orang itu kemudian menoleh dan ketika diketahuinya bahawa yang menegur adalah Rasulullah s.a.w., segera saja dia tanggalkan kedua sandalnya." (Riwayat Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah dan Al-Hakim dengan sanad yang sahih).

Syeikh Al-Albani berkata di atas sikap Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini: "Semoga Allah menganugerahkan kepadanya rahmat, betapa konsistennya orang ini dalam mengikuti As-Sunnah."

Abu Hatim pernah berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang mengasihi Ahmad bin Hanbal maka ketahuilah orang itu adalah dari ahli Sunnah."

Sakit dan Wafatnya Dihadiri Ramai Orang

Menjelang wafatnya, beliau jatuh sakit selama sembilan hari. Mendengar sakitnya, orang-orang pun berdatangan ingin menjenguknya. Mereka berdesak-desakan di depan pintu rumahnya, sampai-sampai sultan menempatkan orang untuk berjaga di depan pintu. Akhirnya, pada permulaan hari Jumaat tanggal 12 Rabiulawal 241H, beliau menghadap kepada Rabbnya menjemput ajal yang telah ditentukan kepadanya.

Kaum Muslimin bersedih dengan kepergian beliau. Tak sedikit mereka yang turut menghantar jenazah beliau sampai beratusan ribu orang. Ada yang mengatakan 700 ribu orang, ada pula yang mengatakan 800 ribu orang, bahkan ada yang mengatakan sampai satu juta lebih orang yang menghadirinya. Semuanya menunjukkan bahawa sangat banyaknya mereka yang hadir pada saat itu demi menujukkan penghormatan dan kecintaan mereka kepada beliau. Beliau pernah berkata ketika masih sihat, "Katakan kepada ahlu bid'ah bahawa perbezaan antara kami dan kalian adalah (tampak pada) hari kematian kami."

Saturday, July 21, 2007

Alangkah Indahnya Syurga

Syurga adalah satu hadiah yang Allah janjikan kepada sekalian hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Syurga yang digambarkan oleh Allah adalah merupakan satu Bandaraya Damai yang wujud di dalamnya keharmonian, keindahan, kenikmatan dan segala jenis kebaikan. Syurga juga jika kita gambarkan keindahannya pasti tidak akan terjangkau dengan tahap pemikiran aqal fikiran kita.

Dewasa ini, semakin berkurangan cerita-cerita berkaitan keindahan syurga. Di dalam kuliah-kuliah agama di masjid mahupun di pertemuan usrah, agak jarang sekali cerita tentang nikmatnya syurga. Syurga merupakan sogokan yang Allah sediakan jika sekiranya kita berjaya menjadi seorang manusia yang mengikut segala kehendak Allah tanpa ada satu pun yang ditentang. Maka kerana itu, semakin ramai yang tidak mahukan syurga dan hanya mengejar kenikmatan dunia kerana mereka tidak diberitakan akan alangkah nikmatnya jika berada di dalam syurga.

Jika ingin digambarkan akan nikmatnya syurga, seolah-olah kita sudah tidak mahu lagi hidup di dunia. Terasa mahu saja kita terus ke sana lantaran begitu indah. Dulu, ketika saya masih kecil, ketika pengaruh Arqam masih kuat, saya sering membaca buku-buku terbitan Arqam. Walaupun masih kurang mengerti, namun majalah-majalah dan buku Arqam yang ayah saya beli itulah yang saya baca. Diantaranya perihal cerita keindahan syurga yang digambarkan begitu nikmat sehingga amat seronok sekali dibaca. Sehingga ternanti-nanti keluaran seterusnya.

Hidup beragama ketika itu amat nikmat. Walaupun saya masih lagi belum baligh dan tidak cukup solat lima waktu, tapi saya amat suka dengan hidup beragama ketika itu. Masjid di tempat saya juga amat meriah dan sentiasa ramai orang. Di tambah pula dengan air pancut di kolam masjid, lampu warna warni yang menarik menjadi tarikan orang ramai untuk hadir ke masjid. Saya menjadi di antara budak-budak yang suka ke masjid. Di sekolah pula, guru-guru tidak lepas untuk turut menyelitkan unsur keislaman di dalam pengajaran. Walaupun subjek yang hendak diajar ialah Bahasa Melayu, tapi murid-murid di ajak untuk menyanyikan zikir Asmaul Husna beramai-ramai. Untuk subjek yang lain pula ada juga lagu Sifat 20. Itu semua lagu-lagu yang dinyanyikan oleh NadaMurni. Lagu yang sering berkumandang di televisyen tanpa menampakkan siapakah penyanyinya. Tapi amat seronok. Kalau ada lagu itu disiarkan di tv, kami sekeluarga sangup mendengarnya. Terasa ada roh di dalam lagu itu.

Apabila ada sambutan maulidur Rasul, sambutan yang dibuat memang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh. Saya masih ingat, ketika saya darjah 3, abang-abang darjah 5 dan 6 mempersembahkan pentomen yang berdasarkan sajak sakaratul maut NadaMurni. Sajak itu amat popular ketika itu. Siapa yang mendengar dan menyaksikan pentomen itu pasti meremang bulu roma. Ia disusuli dengan nyanyian nasyid Bila Izrail Datang Memanggil selepas pentomen itu juga oleh abang-abang. Nikmatnya beragama.

Persembahan pentomen itu seterusnya dipanggil oleh masjid untuk mengisi slot pada sambutan Maulidur Rasul peringkat masjid. Kedatangan amat ramai! Terasa seolah-olah sebuah perkampungan Islam yang diidamkan. Akal budak kecil seperti saya ketika itu hanya tahu main-main saja. Tapi, kesannya barulah saya dapat kecapi pada hari ini bilamana suasana itu sudah tidak wujud lagi.

Bercerita tentang indahnya syurga, menyebabkan kita akan bersungguh-sungguh dalam menegakkan agama. Bercerita tentang nikmatnya syurga akan membangkitkan lagi rasa cinta kita terhadap Allah swt. Ia juga akan dapat menerapkan sifat berkasih sayang sesama manusia lantaran hati setiap insan telah menjadi satu dan apabila antara hati – hati ini bertemu, ia akan dapat membuahkan sifat cintakan Allah.

Saya mengajak anda sekalian untuk berfantasi berkaitan keindahan syurga. Dalam sebuah buku kalau tidak silap saya berjudul Alam Ghaib, ada memberi gambaran tentang nikmatnya syurga. Apabila penghuni syurga masuk ke dalam syurga, mereka tidak mahu keluar lagi. Pabila kita berjalan, tiba-tiba melintas di hadapan kita seekor binatang. Serta merta nafsu makan kita datang dan berkeinginan untuk makan binatang tersebut. Dengan lintasan keinginan itu, maka binatang itu pun terhidang siap dengan aroma yang menusuk kalbu. Maka kita pun nikmati hidangan itu.

Perjalanan diteruskan menyusuri sepanjang tempat. Tiba terdengar kocakan air di bahagian lembah. Maka bila pergi ke arah itu, satu panorama sungai yang sangat indah. Bila menjejakkan kaki ke airnya, satu kedinginan yang luar biasa. Bila mandi di airnya, seolah-olah seperti mandi di dalam nikmat. Bila meminum airnya, terasa satu kemanisan yang amat sedap sehingga mahu saja diminum air di sepanjang sungai itu.

Selesai mandi, mahu naik ke tebing, bidadari-bidadari telah sedia menghulurkan tangan menyambut kita. Layanan yang melampaui raja itu akan terjadi jika kita berkehendak terhadap perkara itu.

Macam tu lah lebih kurang isi di dalam buku itu yang membayangkan seolah-olah kehidupan kita ketika sudah berada di syurga. Seumpama kita mengembara ke satu daerah yang tidak ada lagi peraturan, bebas, dan buat apa sahaja. Bila membaca buku itu, terasa seperti kita di antara penghuni syurga tersebut.

Apabila bercerita tentang syurga, dan hati kita akan berasa akan nikmatnya syurga itu pabila mendengarnya, maka hati kita masih lagi belum buta dan boleh ada potensi untuk digilap agar ia mampu membawa diri kita sebagai di antara penghuni syurga dan mana turut didiami oleh Nabi-nabi dan sahabat.

Untuk masuk syurga, syarat utamanya ialah taat pada perintah Allah. Bercita-cita besar untuk membangunkan Islam sehingga berjaya menguasi dunia. Untuk itu, Islam yang sedia ada kita anuti sekarang ini seharusnya kita cambahkan agar ia mampu tumbuh mekar dan memberi naungan kepada umat yang lain. Sebagai seorang insan yang mempunyai kesedaran, jadilah diri kita sebagai ‘tukang tanam’ benih Islam ini. Dan jagalah ia, siramilah ia dan bila ia sudah membesar kelak, maka kita kutiplah hasilnya. Tiada lain hasil yang kita harapkan melainkan Islam itu menjadi tinggi dan disayangi oleh umat Islam yang lain.

Dipetik dari http://www.safa.blogdrive.com/ - bandaraya safa

Otai Rock & Otai Nasyid



Dengarkan tazkirah eksklusif dari dua orang 'Otai', Otai Rock - Us. Akhil Hayy dan Otai Nasyid - Nazrey Johani.VCD ceramah ini dirakamkan di Kilang ShinEtsu, Shah Alam.
Antara yang menarik adalah rentetan sejarah perjalanan Ustaz Akhil Hayy dari seorang rockers kepada seorang pendakwah, dan perjalanan Nazrey Johani sepanjang bergelar penasyid hinggalah kini. Selain itu, turut ditampilkan persembahan Ustaz Akhil Hayy menyanyikan lagu Ikhlas Dariku.VCD ini adalah terbitan Islamic Media Edutainment dan diedarkan bersama oleh Inteam Records. Dapatkan dipasaran tradisional dengan harga RM 15.90.

Saturday, July 14, 2007

Minggu yang bermasalah!!



Minggu ini minggu yang paling memeritkan otak.Memenatkan otak.emosi bercampur baur.Baru buka semesta baru macam-macam masalah yang timbul.Ana ingatkan semesta ni tidak ada masalah.Tapi ana sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.Kenapa ana katakan minggu yang memenatkan otak?Sebab macam-macam benda yang terjadi.

Pertamanya.Sewaktu ana sampai sebelum mula kuliah ana terima berita yang agak mengejutkan.Salah seorang sahabat ana ditimpa musibah.Ditambah pula dengan roomate ana diberitakan oleh pihak hospital menghidap penyakit ulser perut.Ana doakan cepat sembuh.

Kemudian ditambah pula dengan subjek wajib yang perlu diambil untuk semesta ni.Pilihan hanya tiga.Kesenian iaitu menari yang ntah apa2 tu,taekwando dan juga silat.Fikir punya fikir ana akhirnya memilih silat.Tak pasal je setiap malam rabu kena bersilat.nasib baik kuliah esoknya bermula pukul 11.00 pagi.

Datang lagi permasalahan yang lagi berat.Yg ni mau pecah otak berfikir.Walaupun bukan masalah ana tapi ana rasa bertanggungjawab nak membantu.Atas dasar kawan sendiri yang ditimpa masalah.Tapi bila ana cuba untuk membantu kawan ana ni pula buat macam endah x endah je.Padahal masalah ni bukannya kecik-kecik anak.Ni masalah bapa masalah!!Boleh buat endah tak endah.Yang kami ni punya berfikir cara nak membantu.Bukan ana mengungkit tapi perasan marah dan geram tu timbul.Mula-mula mengadu pada ana tapi bila dibantu dan diberi nasihat tak nak pula dengar!!!Perasan sangat bercampur baur.Tension segala-segalanya ada.

Kemudiannya sahabat ana ada mencadangkan untuk mengadakan konsert nasyid ditempat ana.Ana memang menyambut baik program ini.Sebabnya julung-julung kali diadakan di kolej ana.Pada awalnya semua berjalan dengan lancar hingga meeting yang pertama dijalankan dengan semua ajk pelaksana program.Sepatutnya meeting yang berjalan lancar,aman dan harmoni menjadi gelanggang perdebatan dan perbalahan.Pengarah program berfikiran yang tidak matang dan tidak ada keyakinan pada diri.Dahla begitu ditambah pula mempertikaikan hal-hal yang terlalu remeh-temeh dan bercakap dengan ego yang cukup tinggi melanggit.

Pada awalnya ana dapat bersabar.Tapi bila melihat sahabat2 yang lain mual membuat signal muka pada ana menunjukkan mereka tidak puas hati,akhirnya ana bersuara.Bila ana bersuara dan disokong oleh sahabat2 yang lain,ana rasa mungkin pengarah program ini merasakan egonya tercabar dan akhirnya membawa kepada perbalahan dan perdebatan yang sepatutnya tak berlaku!!Kesabaran ana menipis bila perkara yang tak sepatutnya dijadikan,dijadikan isu yang paling besar.Penyudahnya dari ana bergaduh dan berperang ana tinggalkan meeting.Ana duduk di luar surau mencari ketenangan.Rupanya tindakan ana itu diikut oleh beberapa sahabat yang lain.Bila pengarah program mula tidak professional.

Alhamdulillah masalah ni dapat diselesaikan.itu pun ana membuat keputusan yang agak drastik dan dipersetujui ramai.Memang minggu ni minggu yang meletihkan otak.Minggu yang beremosi.Minggu yang bermasalah!!

Video Clip Ustaz Akhil Hayy


Alhamdulillah...gambar ni diambil dari galeri INTEAM.Ana edit skit.Alfun mabruk ana ucapkan pada ustaz kerana dapat menyiapkan vc album terbarunya.Sungguh menghayati ustaz dalam vc ni..
Apa yg ana hendak perkatakan sebenarnya adalah keberanian ustaz.Ana memang cukup kagum dengan ustaz.Bukan kerana ana terlalu taksub.Tidak.Tetapi ana melihat dengan kebenaran dan pemikiran yang positif.Cuba fikir sejenak berapa ramai artis nasyid yang mampu tampil di dalam video klip mereka dengan berserban?
Tetapi ustaz berani melakukannya.Tampil dalam video klip dengan berserban.Mabruk ustaz kerana melakukan satu benda yang tidak berani dilakukan oleh artis nasyid yang lain.Namun ana yakin pasti akan ada yang mempertikaikan dan membangkitkan atau mungkin membanned ustaz.Kerana apa?Kerana ustaz berserban dan mendokong pejuangan membangun bersama Islam.TAKBIR!!
Kita lihat apa tindakan mereka yang jumud, yang takut dengan bayang-bayang sendiri apabila terbit saja vcd ini.Apa-apa pun kepada ustaz ana ucapkan tahniah.Teruskan perjuangan ustaz.Ana sentiasa menyokong ustaz.