Monday, December 22, 2008

Pesanan buat sahabat2 SCH

Alhamdulillah,

Kita kini masih diberikan nafas dan dipanjangkan umur hingga ke saat dan ketika ini, agar kita sentiasa berusaha untuk pulang pulih sediakala seperti keluar dari perut ibu mengandung, suci sesucinya bak kain putih yang belum dicorakkan, moga kita dapat mewarnainya dengan lukisan-lukisan yang indah dan menenangkan jiwa...insyallah.

Dalam ,menempuhi keadaan sukar persatuan kita, sebagai ahli yang juga insan bernama muslim, kita wajib membuang sejauh-jauhnya perasaan dendam, hasad dengki, sikap yang mengundang pergaduhan, pertengkaran dan sebagainya. Buanglah segala sikap dan perangai tidak elok kita yang berpunca dari sikap fanatik kita terhadap perkara-perkara yang terjadi pada persatuan.

Tidak perlulah di'highlight'kan pantang larang perguruan "JANGAN BERGADUH SESAMA AHLI" hanya kerana tidak mahu diderhakai, dan juga janganlah kita terus memburukan-burukan dan membuka keaiban orang lain berterusan hanya kerana ingin "MENEGAKKAN KEBENARAN". Cukuplah dengan apa yang terjadi sepanjang dua tahun yang lepas. Marilah kita membuka lembaran baru dalam persatuan ini agar terus realistik dalam dunia yang serba moden dan berteknologi tinggi ini. Apa yang lepas biarlah menjadi sejarah, dan usah dikenangkan lagi, fokuskan tumpuan kita bagi terus mengembangkan ilmu yang berguna demi agama bangsa dan negara ini.

Apa yang penting adalah, sebagai seorang Islam, kita semua adalah bersaudara, kerana itu, umat Islam perlu kuat dan tidak boleh berpecah belah apatah lagi bergaduh hanya disebabkan berlainan "fahaman yang bukan agama". Jika kita orang Islam, kita dengan automatiknya, tahu yang kita wajib "JANGAN BERGADUH SESAMA ISLAM"!

Seperkara yang ingin saya fokuskan pada kali ini, adalah mengenai sesetengah pihak yang suka mendakwa andai kita bersama guru yang benar, nescaya ilmu yang kita pelajari berkat dan "menjadi". Jika bukan guru yang hak, maka tiada "roh"nya, maksudnya ilmu menjadi. Lebih hebat lagi, diperkatakan andai Silat Cekak Hanafi bergaduh dengan Silat Cekak Malaysia, maka akan kalah si Silat Cekak Malaysia itu!

Apa yang ingin saya tekankan disini, betul, ilmu adalah berkat jika kita belajar dengan guru yang betul, tapi, betul yang bagaimana? Adakah ia betul kerana ia keturunan guru yang sebelumnya? Ataupun betul kerana ia mengajar ilmu agar kita berada di jalan yang lurus dan diredhai Allah swt?

Fikir-fikirkanlah, ilmu itu bukan milik manusia, tetapi milik Allah swt, juga bukan milik sesuatu keturunan. Andai ilmu itu milik keturunan, nescaya yang akan mengajar agama islam di muka bumi ini adalah keturunan Rasullullah saw, bangsa Arab Quraisy.

Ilmu juga menjadi berkat dan "menjadi", andai kita mengamalkan kerana Allah swt, dan mengamalkannya kerana ingin menjaga diri, seterusnya agama bangsa dan negara yang tercinta ini. Andai benar sekalipun guru itu, jika kita yang ,mempelajarinya mengamalkan ilmu ini ke jalan yang salah, maka ilmu itu tiada menjadi, malah memakan diri kita kembali.

Berbalik kepada cerita CM dan CH tadi, andai si CM itu benar dan berniat baik, maka Allah swt akan menolongnya, begitu juga sebaliknya jika CH benar dan berniat baik.

Kesimpulannya, keberkatan ilmu itu datangnya dari niat kita yang baik, dan tujuan kita mengamalkannya, insyallah andai kita berniat ikhlas, maka Allah swt akan menolong kita serta memberkati ilmu yang kita pelajari, sekaligus menjadikan ilmu itu, "JADI".



Wednesday, December 3, 2008

hmmm..nak wat pa nih??


hmmm...dh lama jugak cuti sem...huhu baru duduk kat umah brapa ari dh bosan bangat....nk wat pa nih???huhuhu..

setakat ni duk umah..mkn tidor tgk tv...ckup time solat..paih tu tgk blik tv mlm tidoq...
kalu ari2 gini gumuk dan brtambah mls la saya...

tp nk wat pa...rasa mcm nk blik kolej lani ja..bohsan....huhu