Friday, September 7, 2012

Malaikat Mendoakan Mereka




Allah SWT berfirman, "Sebenarnya 
(malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka 
tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - 
perintah-Nya.  Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka 
dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at 
melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu 
berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28) 

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:


1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam
Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah 
SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat 
akan bersamanya di dalam pakaiannya.  Dia tidak akan bangun hingga 
malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam
keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih
At Targhib wat Tarhib I/37)  

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam
Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW 
bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu 
solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan 
mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia.  Ya Allah sayangilah ia" (Sahih 
Muslim no. 469) 


3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam
Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa 
Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" 
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud
I/130) 


4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF

(tidak
membiarkan kekosongan di dalam saf).  Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu 
Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah
ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para 
malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - 
saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib
wat Tarhib I/272) 


5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam
Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW 
bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh
dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa 
ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni 
dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)


6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam
Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 
"Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian
selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia 
belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan 
sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan 
hadith ini)