Minggu lepas merupakan minggu ujian buat kami..Tanggal 2 Mei mencatatkan satu peristiwa yang sukar untuk saya lupakan dan pasti lebih sukar untuk suami saya..Rutin kehidupan bermula seperti biasa pada pagi kejadian..Bezanya saya terpaksa membawa Ifah ke pejabat disebabkan babysitternya demam..Semuanya berjalan seperti biasa..Hinggalah...
Pukul 2.oo petang saya terima panggilan dari abg din sahabat suami saya..Terkejut juga sebab jarang dapat panggilan dari dia..Itulah panggilan yang membuatkan saya tidak senang duduk selepas itu..Abg din call saya sebab nak bgtau suami saya ada di emergency room di Hospital Ampang..Menerima perkhabaran itu membuatkan saya memang tak senang duduk..Setelah agak tenang sedikit saya acll semula abg din untuk bertanya keadaan sebenar...Semasa kejadian abg din tiada di situ, jadi dia pun tak berapa pasti apa yang berlaku..hanya tahu suami saya terkena mesin grinder..
Terus saya minta kebenaran dari manager untuk pulang..Kebetulan masa hujan lebat jadi saya terpaksa tnggu hujan reda dahulu memandangkan saya bawa Ifah..Macam-macam yang saya fikir sementara tunggu hujan reda..Untuk menghilangkan rasa stress saya buat kerja dahulu sampai rasa hujan dah reda baru saya bertolak ke Hospital Ampang..Kesian Ifah basah jugak walaupun saya lindungkan Ifah dgn baju hujan..Maafkan Ummi ye sayang..Anak ummi kuatkan..Sampai di hospital abg din call,suami saya dah berda di wad dan doctor nk mintak kebenaran untuk operation kaki suami saya..Lagila perasaan saya tak tentu hala..Memandangkan Ifah tak boleh naik ke wad saya tinggalkan Ifah dengan abg din di lobby hospital..
Naik ke wad suami perasan makin berdebar-debar..Akhirnya jumpa wajah suami rasa macam nk menangis pun ada..huhu tapi control sbb masa sy sampai doctor ada..saya tanya suami apa yang terjadi grinder tu sebenarnya terkena sikit jari dia, terkejut terlepas grinder tu lalu terkenalah paha..luka yang teruk tu dkat peha dia..dalam la jugak..itu yang doctor nk operate..operate pn bukan operate apa nk jahit semula luka tu..lega sikit rasa hati..nasib baik juga tak kena tulang..kalau tak lagi haru..memandangkan saya bawa Ifah jadi malam tu saya terpaksa biarkan suami seorang di wad..Malam memang saya tak boleh tidur memikirkan keadaan suami..Pukul 3.00 pagi suami saya call dia dah ditolak ke dewan bedah separuh jalan..sebab blood pressure dia tinggi so terpaksa batalkan operation pagi tu..
Esoknya saya ke hospital awal pagi..Ifah saya tinggalkan dengan anak buah saya..Suami saya agak tertekan sebab tak jadi operate tambah sakit dan tak boleh tidur..sepanjang hari tu jenuh jugak la saya tenangkan dia..jangan fikir sangat sebab nak bagi bp dia turun..sebab selagi tak turun selagi tu la tak boleh buat operation..setiap jam nurse akan amik bp dia..Alhamdulillah akhirnya trun jugak la bp dia sikit dan boleh untuk operate..Pkul 5.00 petang suami saya ditolak ke operation theater..Saya yang menunggu yang berdebar sakan..huhu nasib baik la ada sorang nurse praktikal muda lg dr saya ajak bersembang..hilang jugak la rasa berdebar tu..2 jam berlalu..akhirnya pkul 7.00 petang suami saya selamat dibedah..Disebabkan suami di bius separuh badan dari pinggang ke bawah so dia tak boleh la nak bergerak..Malam tu saya menemani suami di hospital..Malam tu saya serba tak kena..ingat Ifah yang tak pernah saya tinggalkan waktu malam..dan suami yang tak boleh bergerak dan perlukan bantuan..
Pagi 4 Mei pukul 6.30 saya pulang sebentar..Amik Ifah terus pulang ke rumah..Badan yang kepenatan membuatkan saya terlena sebentar..Ifah pun tengok ummi dia tidur dia pun sibuklah cari badan saya letak kepala dia dan tidur!! heheh..sampailah pukul 9.00 pagi suami saya call tanya pukul berapa saya nk datang hospital sebab doctor dh bagi dia balik..Cepat juga boleh balik..Hati saya lega selega-leganya..Bangun bersiap..Ifah pun saya siapkan dan saya tinggalkan sekejap dekat rumah babysitter lama dia..terus ke hospital..muka suami saya dah ceria dan berseri sikit sebab dah boleh balik..Alhamdulillah semua lancar..selepas solat jumamt suami pun boleh pulang ke rumah..Abg din bawa balik suami naik kereta saya terus amik ifah dan tunggu di rumah..dalam hati fikir jugak macam mana la suami nk naik tangga tu walaupun setingkat..dalam bilik saya dh kemas supaya mudah untuk suami bergerak..
"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..." "Tiada sesuatupun yang menimpa seseorang muslim dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit berterusan, tidak pula kesedihan dan kesakitan, hinggalah kepada tusukan duri melainkan dengannya Allah hapuskan dosa hamba itu.."
Allah menurunkan ujian buat kami kerana Dia tahu kami mampu untuk menerimanya..Terima Kasih Ya Allah kerana menyayangi kami sekeluarga..Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.
Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.