Wednesday, August 20, 2008

Moga Ku Temui Ramadhan Kali Ini..

Ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan...

Assalamu'alaikum w.b.t..Segala puji yang selayaknya hanya bagi Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan sahabat baginda sekaliannya yang berjuang menegakkan ISLAM dimuka bumi ini sehingga kita sendiri sebagai ahli gerakan islam dapat merasai nikmat yang besar: iman dan islam ini. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan kepada kita. Setelah kita melalui bulan Rejab, bulan tarbiyah tauhid, kita pun menempoh bulan tarbiyah ibadah, bulan sya’aban dan bakal meniti kita pula Ramadhan, bulan mendidik jiwa, mentarbiyah diri menjadi hambaNYA yang takut dan taqwa kepada Allah SWT. Selamat menempuh RAMADHAN AL-MUBARAK, bulan yang mulia ini dengan penuh penghayatan dan keazaman.RAMADHAN, BULAN YANG DIBERKATI, BULAN MENDIDIK JIWA

Ramadhan, bulan adanya satu malam yamg lebih baik dari seribu malam, Lailatul Qadr. Bulan yang diturunkan mukjizat teragung, kitab al-Quran ini melakarkan peristiwa-peristiwa bersejarah yang amat memberi kesan dan pengajaran seperti perang Badar, persiapan perang Khandaq, Penawanan Kota Makkah, perang Tabuk, pendaratan pasukan tentera Islam pimpinan Thariq bin Ziyad di Sepanyol, penawanan semula Baitul Maqdis oleh tentera Islam pimpinan Salahuddin al-Ayubi dan pelbagai peristiwa yang bersejarah. Tuntas, jadikanlah catatan sejarah ini sebagai pemangkin keyakinan dan semangat kita sebagai pewaris agama Islam. Marilah kita sama-sama renungi dan hayati kehebatan Allah S.W.T untuk menjadi hambaNya yang taat kepada perintah dan hukum-hukum Allah S.W.T di muka bumi ini. Marilah bersama memperbanyakkanlah amalan-amalan sunat seperti bangun malam, solat sunat, membaca al-Quran, bersedekah, membantu fakir miskin dan anak-anak yatim, belajar menyelami kesusahan orang lain dan pada masa yang sama menjaga pancaindera daripada perkara-perkara yang boleh mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa. Semoga ramadhan ini mendidik jiwa kita menjadi tabah dan sabar dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur ”AL-BAQARAH 185

Sempadan geografi tidak membataskan, umur tidak membezakan dan darjat bukan perhitungan, aqidah yang menyatukan. Tidak kira enlightened, hegemony mahupun lauza’ie hatta generasi pencetus AM kita merupakan satu keluarga. Syariat memagar kita, menjadi Hamba Allah yang takut dan taqwa kepadaNYA. Manfaatkanlah segala kelebihan dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk Islam di mana sahaja kita berada. Kita perlukan Islam, Allah memelihara Islam.jika kita enggan bersama Islam, Islam tetap terpelihara. Malah akan bangkit golongan lain yang bersama Islam.

Maaf atas segala kesalahan dan kesilapan. JazakAllahukhairan kathira wabarakAllah kepada semua sahabat-sahabat. Semoga sentiasa dalam rahmat hidayah dan tarbiyyah Allah SWT

Sirru a’la barakatillah.

No comments: